Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan pihak berkuasa tempatan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Senarai
Berikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti politik | Dilantik pada |
---|---|---|---|---|---|
Persekutuan | Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan | Nga Kor Ming | PH (DAP) | 2 Disember 2022[2] | |
1 | Sarawak | Kementerian Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan | Sim Kui Hian | GPS (SUPP) | 30 Disember 2021[3] |
2 | Johor | Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Mohd Jafni Md Shukor | BN (UMNO) | 26 Mac 2022[4] |
3 | Perak | Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Sandrea Ng Shy Ching | PH (Keadilan) | 24 November 2022[5] |
4 | Perlis | Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Fakhrul Anwar Ismail | PN (PAS) | 25 November 2022[6] |
5 | Pahang | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau | Johari Harun | BN (UMNO) | 14 Disember 2022[7] |
6 | Sabah | Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan | Joachim Gunsalam | GRS (PBS) | 11 Januari 2023[8] |
7 | Melaka | Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana | Rais Yasin | BN (UMNO) | 5 April 2023[9] |
8 | Terengganu | Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Wan Sukairi Wan Abdullah | PN (PAS) | 16 Ogos 2023 |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa | H'ng Mooi Lye | PH (DAP) | 16 Ogos 2023 |
10 | Kedah | Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan | Mansor Zakaria | PN (PAS) | 21 Ogos 2023[10] |
11 | Kelantan | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar | Hilmi Abdullah | PN (PAS) | 23 Ogos 2023[11] |
12 | Selangor | Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan | Ng Suee Lim | PH (DAP) | 23 Ogos 2023[12] |
13 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan | Arul Kumar Jambunathan | PH (DAP) | 24 Ogos 2023[13] |
Lihat juga
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Wilayah Persekutuan
- Kerajaan tempatan di Malaysia
- Senarai kerajaan tempatan di Malaysia
- Kabinet Malaysia
Rujukan
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
- ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
- ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.