Hubungan luar negara Jepun dikendalikan oleh Kementerian luar negeri Jepun.
Sejak penyerahan selepas Perang Dunia II dan Perjanjian San Francisco, Dasar diplomatik Jepun berdasarkan kerjasama erat dengan Amerika Syarikat dan ditekankan kepada kerjasama antarabangsa seperti PBB. Ketika perang dingin, Jepun mengambil tempat dalam konfrotasi dunia barat terhadap Soviet Union di Asia timur. Dalam perkembangan ekonomi pesat pada 1960-an dan 1970-an, Japan memulihkan pengaruhnya dan dianggap sebagai satu dari kuasa besar dunia. Pengaruh Jepun dilihat sangat positif [perlu rujukan], kecuali oleh dua buah negara: Republik Rakyat China dan Korea Selatan.[1]
Semasa perang dingin, dasar luar Jepun tidak ditentukan sendiri, secara relatifnya mengfokuskan kepada kepesatan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, akhir kepada perang dingin dan pengajara pahit dari Perang Teluk mengubah dasar ini perlahan-lahan. Kerajaan Jepun memutuskan untuk menyertai dalam operasi pengamanan oleh PBB, dan menghantar tentera mereka ke Kemboja, Mozambique, Banjaran Golan dan Timor Timor pada 1990-an dan 2000-an.[2] Selepas Serangan 11 September 2001, kapal-kapal angkatan laut Jepun ditugaskan untuk membekalkan semula tugasan di Lautan India sehingga tarikh kini. Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun juga menghantar tentera mereka ke selatan Iraq untuk pemulihan infrastruktur asas.
Diluar jiran terdekatnya, Jepun telah meneruskan lebih dasar luar yang aktif dalam tahun kebelankangan ini, mengiktiraf tangggungjawab yang mengiringi kekuatan ekonominya. Perdana menteri Fukuda menekankan sebuah perubahan halatuju dalam syarahan dasar terkininya kepada Diet: "Jepun berhasrat untuk menjadi sebuah hub bagi pembangunan sumber manusia disamping untuk sumbangan intelektual dan kajian untuk terus mempromosikan kerjasama dalam bidang pembangunan keamanan."[3] Ini mengikuti kejayaan sederhana sebuah pelan damai yang diilham Jepun yang menjadi asas untuk pilihan raya seluruh negara di Kemboja pada tahun 1998.
Rujukan
- ^ BBC World Service Poll, 6 March 2007 (PDF)
- ^ 国連平和維持活動(PKO), Ministry of Foreign Affairs
- ^ Komura, Masahiko. "Building Peacebuilders for the Future," Tokyo Peacebuilders Symposium 2008. March 24, 2008.
{{Navbox | name = Topik Asia | title = Asia | titlestyle = | state = autocollapse | border = | navbar = | image = | groupstyle = | liststyle = | listclass = hlist
| group1 = Negara berdaulat | list1 =