Daerah merupakan unit pentadbiran yang kerap kali digunakan di Jepun semasa tahun 1878 hingga 1921 dan secara kasar dikatakan bersamaan dengan kaunti (kawasan) yang ada di Amerika Syarikat. Sehingga tahun 2008, bandar-bandar di Jepun adalah dibawah kuasa wilayah dan tidak lagi perlu bergantung kepada daerah. Pekan dan kampong di Jepun adalah dibawah daerah dan tidak mempunyai sedikit pun kuasa pentadbiran keatas pekan dan kampung. Masyarakat Jepun menggunakan Sistem Alamat Jepun berdasarkan daerah dan ini juga bagi memudahkan mengesan kawasan geografi dan pungutan yang boleh dibuat di pekan dan kampung terdekat.
Daerah pada asalnya dikenali sebagai ‘’kōri’’ dan mempunyai kaitan dengan zaman dahulu kala. Walaupun Nihon Shoki menyatakan ia ditubuhkan semasa Kebangkitan Taika, ‘’kōri’’ pada asalnya ditulis seperti 評 sehinggalah Penal Taihō dan Kod Sivil menjelaskan bahawa ia seperti 郡. Dibawah Penal Taihō dan Kod Sivil, unit pentadbiran (国 kuni) adalah diatas daerah manakala kampung (里; sato or 郷; sato) pula dibawahnya.
Kes-kes yang mengelirukan di Hokkaidō
Disebabkan setiap satu wilayah di Jepun mempunyai nama yang unik dan bermulanya tahun 2008, sempadan daerah disatukan dengan wilayah, setiap nama dearah adalah sangat unik bagi setiap kawasan wilayah Jepun. Sebagai contoh, wilayah Hokkaidō mengandungi 11 buah wilayah yang berbeza-beza dari segi daerah serta nama yang sama digunakan.
Terdapat 3 Daerah Kamikawa dan 2 Daerah Nakagawa di wilayah Hokkaidō.
- Daerah Kamikawa (Ishikari), diuruskan oleh subwilayah Kamikawa.
- Daerah Kamikawa (Teshio) diuruskan oleh subwilayah Kamikawa.
- Daerah Kamikawa (Tokachi) diuruskan oleh subwilayah Tokachi.
- Daerah Nakagawa (Teshio) diuruskan oleh subwilayah Kamikawa.
- Daerah Nakagawa (Tokachi) diuruskan oleh subwilayah Tokachi.
Daerah Abuta, Daerah Rumoi, Daerah Sorachi dan DaerahYufutsu adalah sama, tetapi setiap satu daerah tersebut tetapi dikawal oleh 2 subwilayah yang berbebza.
- Daerah Abuta, diseleraskan oleh subwilayah Iburi dan subwilayah Shiribeshi.
- Daerah Sorachi, diseleraskan oleh subwilayah Kamikawa dan subwilayah Sorachi.
- Daerah Teshio, diseleraskan oleh subwilayah Rumoi dan subwilayah Sōya.
- Daerah Yūfutsu, diseleraskan oleh subwilayah Iburi dan subwilayah Kamikawa.