Herman Neubronner van der Tuuk | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 17 Ogos 1894 | (umur 70)
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Linguistik |
Herman Neubronner van der Tuuk (23 Februari 1824 – 17 Ogos 1894) ialah seorang pakar linguistik Belanda kelahiran Melaka.
Beliau mengkhusus terhadap kajian pembandingan bahasa-bahasa tuturan se-Nusantara semasa zaman Hindia Timur. Beliau juga terlibat dalam penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu untuk kegunaan para penutur di kawasan itu.
Awal hidup dan pendidikan
Herman lahir di Melaka, ayahnya seorang peguam Belanda manakala ibunya seorang kacukan German dan Belanda Serani. Beliau dan keluarganya berpindah ke Surabaya, Jawa berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang mendorong pertukaran milik antara Bengkulu di Sumatra dan Melaka sesama empayar-empayar British dan Belanda seterusnya memisahkan pengaruh politik Nusantara.
Beliau dihantar melanjutkan pengajian ke Belanda berusia 12 tahun; beliau memasuki peperiksaan kemasukan ke Universiti Groningen tahun 1840 untuk mendalami perundangan, namun hatinya mula berubah minat terhadap bidang linguistik. Beliau berpindah ke Universiti Leiden tahun 1845 untuk berguru bahasa-bahasa Arab dan Parsi dengan Th.W. Juynboll. Beliau turut menguasai bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu dengan baik.
Senarai karya
- 1861 — Bataksch-Nederduitsch woordenboek; Amsterdam, Muller (“Kamus Bahasa Batak-Bahasa Belanda”).
- 1864 — Tobasche spraakkunst, eerste stuk; Amsterdam, Muller (“ Tatabahasa Batak Toba, Bahagian 1”).
- 1866 — Hikajat Pandja-tandaran; Tamilsche omwerking van het Indische fabelboek: de Pantja-Tantra, vermaleischt door Abdullah ben Abdilquadir bijgenaamd 'de Munsji' (de Tolk). Uitgegeven en met aanteekeningen voorzien door H.N. van der Tuuk; Leiden, Brill (terjemahan kisah-kisah Panchatantra Melayu kepada bahasa Tamil).
- 1864 — Tobasche spraakkunst, tweede stuk; Amsterdam, Nederlandsch Bijbelgenootschap (“A Toba-Batak Grammar, Part 2”).
- 1897-1912 — Kawi-Balineesch-Nederlandsch woordenboek; Batavia, Landsdrukkerij, 4 dln (in 1971 uitgebracht in Engelse vertaling, red. A. Teeuw en R. Roolvink) (“Kamus bahasa Kawi-Bali-Belanda”; English reprint in 1971).
Rujukan
Bibliografi
- Grijns, C.D. “Van der Tuuk and the Study of Malay”. In BKI 152[1996]-3:353-381.
- Groeneboer, Kees. Een vorst onder de taalgeleerden. Herman Neubronner van der Tuuk. Afgevaardigde voor Indië van het Nederlandsch Bijbelgenootschap 1847-1873. Leiden, KITLV, 2002 (on Van der Tuuk's activities as a missionary translator).
- Ngajenan, Drs Mohamad. Kamus Etimologi Bahasa Indonesia. Semarang, Dahara Prize, 19923
- Nieuwenhuys, Rob. “Van der Tuuk”. In Tussen twee vaderlanden. Amsterdam, Van Oorschot, 19883, pag. 85-158 (an essay).
- Saussure, Ferdinand de. Course in General Linguistics (transl. Wade Baskin), London, Fontana, 1974 [1959].