Graptemys pulchra | |
---|---|
Kura-kura Peta Alabama sedang berjemur di atas batu | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Emydidae |
Genus: | Graptemys |
Spesies: | G. pulchra
|
Nama binomial | |
Graptemys pulchra | |
Peta taburan habitat | |
Sinonim[3] | |
|
Graptemys pulchra juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Alabama ialah spesies kura-kura dari keluarga Emydidae yang berasal dari selatan Amerika Syarikat. Haiwan ini memiliki bonggol tajam hitam dibelakangnya, dan bonggol ini semakin susut apabila ia dewasa. T.H. Bean dan L. Kumlen antara pengkaji terawal mengumpul dan merekodkan mengenai kura-kura ini pada bulan Julai 1876 di Montgomery, Alabama. Lokasi spesimen bagi spesies ini ialah di wilayah Montgomery, Alabama. Baur menamakan spesies ini sebagai Kura-kura Peta Alabama pada tahun 1893. Genus Graptemys terdiri daripada tiga belas spesies yang kebanyakannya ialah kura-kura akuatik.[4]
Taburan habitat
Habitat asal kura-kura ini ialah di bahagian tenggara Amerika Syarikat, merangkumi Teluk Mobile dan perairan Alabama, Georgia, Florida, Mississippi, serta Louisiana. Termasuklah Sungai Pearl (Mississippi–Louisiana) di Mississippi dan timur Louisiana hingga ke Sungai Yellow di Florida dan Alabama.[5]
Status
IUCN meletakkan haiwan ini sebagai spesies yang hampir terancam. Di Alabama, kerajaan tempatannya menyenaraikan ia sebagai spesies yang dilindungi, Georgia pula meletakkan ia sebagai spesies yang jarang ditemui, manakala Mississippi meletakkan haiwan ini kedalam senarai haiwan yang dilindungi. Kura-kura ini hampir pupus kerana pemusnahan habitatnya[6] akibat daripada aktiviti manusia.[7]
Rujukan
- ^ van Dijk, P.P. (2011). "Graptemys pulchra". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2011: e.T170494A97424569. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T170494A6782009.en. Dicapai pada 24 Disember 2017.
- ^ Rhodin 2010, halaman 000.101
- ^ Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 189–190. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 December 2010. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Lovich, J.E. 1985. Graptemys pulchra Baur. Alabama map turtle. Catalogue of American Amphibians and Reptiles 360.1–360.2.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaernst
- ^ van Dijk, P.P. 2011. Graptemys pulchra. In: IUCN 2013. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2013.1. <www.iucnredlist.org>. Downloaded on 11 November 2013.
- ^ Shealy, R.M. 1976. The natural history of the Alabama map turtle, Graptemys pulchra Baur, in Alabama. Bull. Florida St. Mus., Bi-01. Sci. 21:47-111.
Bacaan lanjut
D.S. Wilson. 2012. Terrestrial habitat requirements of nesting freshwater turtles. Biological Conservation 150: 121-128.org. Downloaded on 11 November 2013.
- Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Iverson, John B.; Shaffer, H. Bradley (14 Disember 2010). "Turtles of the World 2010 Update: Annotated Checklist of Taxonomy, Synonymy, Distribution and Conservation Status" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 15 December 2010. Dicapai pada 15 December 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Pautan luar
- Austin's Turtle Page[pautan mati kekal]
- Graptemys pulchra di Reptarium.cz Reptile Database. Diakses pada 14 April 2013.