Claudius angustatus | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Klad: | Americhelydia |
Keluarga: | Kinosternidae |
Subkeluarga: | Staurotypinae |
Genus: | Claudius Cope, 1865 |
Spesies: | C. angustatus
|
Nama binomial | |
Claudius angustatus | |
Sinonim[2] | |
|
Claudius angustatus ialah spesies kura-kura akuatik dari keluarga Kinosternidae yang dijumpai di Mexico, Guatemala, dan Belize.[1] Pada tahun 2010, ia dikelaskan sebagai spesies Monotip dari genus Claudius.[1]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Kura-kura ini berwarna coklat. Skutnya mempunyai garisan dan berbintik seperti kayu. Biasanya mereka memiliki tanda kuning cerah pada hujung karapas (cangkerang belakang). Walau bagaimanapun apabila ia dewasa, algae meliputi seluruh cangkerangnya. Memiliki kepala yang agak besar, leher panjang dan paruh tajam. Cangkerangnya melengkung dan berombak. Walaupun dikelaskan sebagai subkeluarga Staurotypinae bersama dengan Kura-kura Kesturi Besar, mereka hanya mampu membesar sehingga 6.5 in (16.5 cm) panjang.
Perlakuan
[sunting | sunting sumber]Bersifat akuatik, dan mendiami kawasan paya, atau tasik yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan. menghabiskan masa di dasar air, mencari makanan, dan dietnya terdiri daripada serangga, haiwan invertebrata lain dan bangkai. Mereka mempunyai kelenjar di sebalik cangkerangnya yang menghasilkan bau busuk (kesturi).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley (2010-12-14). "Turtles of the world, 2010 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5: 000.98. doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v3.2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-15. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 249–250. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]