Glyptemys | |
---|---|
Glyptemys muhlenbergii | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Emydidae |
Subkeluarga: | Emydinae |
Genus: | Glyptemys Agassiz, 1857 |
Spesies | |
Glyptemys ialah genus kura-kura dalam keluarga Emydidae. Ia mengandungi dua spesies, iaitu Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu, kedua-duanya berasal (endemik) dari Amerika Utara. Dahulunya, kedua-dua spesies kura-kura ini pernah dikelaskan ke dalam genus Clemmys, yang kini hanya mempunyai satu sahaja spesies, iaitu Kura-kura Bintik.
Kura-kura ini boleh membesar sehingga 8.9 dan 20 cm (3.5 dan 7.9 inci). Mereka bersifat semiakuatik, walaupun sifatnya bergantung kepada musim. Sifat-sifat Morfologi mereka adalah unik berbanding spesies lain.
Kura-kura Glyptemys mendiami kawasan rawa, tasik dan sungai yang mengalir perlahan. Mereka menjadikan serangga, tumbuh-tumbuhan, invertebrata kecil sebagai makanan. Kura-kura ini dilindungi habitatnya.
Taksonomi
Kini, dua spesies dikelaskan dalam genus ini, merangkumi:
- Glyptemys insculpta (LeConte, 1830) — Kura-kura Kayu
- Glyptemys muhlenbergii (Schoepff, 1801) — Kura-kura Rawa
Sebelum tahun 2001, Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu ditempatkan ke dalam genus Clemmys, kemudian dipindahkan ke dalam genus terbaharu, Glyptemys, selepas kajian analisis morfologikal dan genetik menunjukkan bahawa mereka lebih menghampiri genus Kura-kura Bintik.[2] Kura-kura Rawa dan Kura-kura Kayu berkongsi genetik yang serupa, menjadikan mereka berbeza berbanding Kura-kura Bintik, genus Clemmys.[3] Kura-kura Kolam Barat dahulunya juga ahli dari genus Clemmys, dan kemudiannya dipindahkan ke genus Actinemys.[4] Kura-kura Glyptemys mempunyai 50 kromosom kariotip.[5][6]
Antara nama-nama vernakular (tempatan) lain bagi Kura-kura Rawa ialah mud turtle, marsh turtle, yellowhead, dan snapper[7] Manakala Kura-kura Kayu juga dikenali sebagai sculptured tortoise, red-legged tortoise, atau redleg.[2]
Ciri-ciri
Kura-kura Glyptemys mempunyai saiz yang sederhana dan kecil:[2][8] Kura-kura Rawa jantan membesar sehingga 9.4 cm (3.7 in) dan betina pula 8.9 cm (3.5 in)[8] manakala kura-kura Kayu sama ada jantan atau betinanya membesar sehingga 14 hingga 20 cm (5.5 hingga 7.9 in).[9] Kura-kura Rawa boleh mencapai berat sehingga 110 g (3.9 oz)[10] dan kura-kura Kayu pula sekitar 1 kg (2.2 lb) apabila matang.[11] Kura-kura Rawa dikenali daripada saiznya yang kecil, mempunyai tanda cerah pada kedua-dua lehernya[7] manakala Kura-kura Kayu pula kepalanya berwarna kelabu atau hitam gelap, dan ventralnya berwarna jingga cerah.[2]
Taburan dan Habitat
Kura-kura Glyptemys wujud di timur Amerika Utara. merangkumi selatan Nova Scotia ke Georgia dan dari barat Nova Scotia ke Minnesota.[6][12] Mereka bersifat semiakuatik dan banyak dijumpai di rawa, kawasan berair[13] dan sungai kecil, yang dasarnya berpasir.[14]
Sejarah evolusi
Semasa akhir zaman ais, Pleistocene, kura-kura Glyptemys terpaksa menuju ke hemisfera selatan disebabkan paras glasiers meningkat di sebelah utara. Selepas proses glasiasi, sesetengah koloni kura-kura kekal mendiami kawasan utara, manakala sesetengah koloni yang lain terus mendiami bahagian selatan hemisfera bumi. Disebabkan itu, terdapat fosil dari zaman Rancholabrean (300,000 ke 11,000 tahun dahulu) dijumpai di Georgia dan Tennessee, yang berada di selatan, iaitu jauh berbanding kawasan utara, kediaman asal mereka.[1][15]
Ekologi
Kura-kura ini bersifat diurnal dan menjadi aktif pada waktu pagi.[1][16] Ketika suasana sejuk di siang hari, mereka menghabiskan masa di dalam air. Namun, Kura-kura Rawa cenderung bersembunyi di balik daun-daun semak atau belukar untuk menanam dirinya.[17] Kadangkala mereka juga melakukan Estivasi apabila cuaca terlalu panas.[14][18]
Pemuliharaan
Kedua-dua spesies adalah haiwan yang dilindungi. Kura-kura Rawa diletakkan dalam senarai Haiwan Terancam,[19] manakala Kura-kura Kayu dianggap sebagai haiwan terjejas.[20]
Rujukan
- Nota
- Nota kaki
- ^ a b c Ernst 2009, halaman 265
- ^ a b c d Bowen 2004, halaman 5
- ^ Ernst 2009, halaman 262
- ^ Bickham 2007, halaman 74
- ^ Ernst 2009, halaman 269
- ^ a b Ernst 2009, halaman 251
- ^ a b Bloomer 2004, halaman 1–2
- ^ a b Bloomer 2004, halaman 2
- ^ NHESP 2007, halaman 1
- ^ "Bog Turtle". Department of Environmental Protection. State of Connecticut. 2002. Dicapai pada 2009-09-19.
- ^ COSEWIC 2007, halaman iv
- ^ Shiels 2007, halaman 24
- ^ Walton 2006, halaman 26
- ^ a b Bowen 2004, halaman 4
- ^ Ernst 2009, halaman 250
- ^ Ernst 2009, halaman 253
- ^ "Bog Turtle – Fact Sheet" (PDF). North Carolina Wildlife Resource Commission. 2006. Dicapai pada 2009-09-19.
- ^ Ernst 2009, halaman 266
- ^ "Glyptemys muhlenbergii". The IUCN Red List of Threatened Species. Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group. 2010-11-27. Dicapai pada 2010-11-27.
- ^ "Glyptemys insculpta". The IUCN Red List of Threatened Species. Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group. 2010-11-27. Dicapai pada 2010-11-27.
- Bibliografi
- Bickham, John; James Parham; Hans-Dieter Philippen; Andres Rhodin; Bradley Shaffer; Phillip Spinks; Peter Paul Van Dijk (2007). "Turtle Taxonomy: Methodology, Recommendations, and Guidelines" (PDF). Chelonian Research Monographs: 73–84. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-06-10. Dicapai pada 2010-11-27. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - Bloomer, Tom J. (2004) [1970]. The Bog Turtle, Glyptemys muhlenbergii... A Natural History (PDF). Gainesville, Florida: LongWing Press. OCLC 57994322. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-30. Dicapai pada 2008-12-17. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) - Bowen, Kenneth; James C. Gillingham (2004). "R9 Species Conservation Assessment for Wood Turtle – Glyptemys insculpta (LeConte, 1830)" (PDF). Dicapai pada 2010-05-12.
- Ernst, C. H.; Lovich, J. E. (2009). Turtles of the United States and Canada (ed. 2). JHU Press. m/s. 250–271. ISBN 978-0-8018-9121-2.
- Shiels, Andrew L. (2007). "Bog Turtles Slipping Away" (PDF). Nongame and Endangered Species Unit. Commonwealth of Pennsylvania, Fish and Boat Commission. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-30. Dicapai pada 2010-05-29. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - Smith, Erika (October 2006). "Bog Turtle" (PDF). National Resources Conservation Service. Dicapai pada 2010-01-09.[pautan mati kekal]
- Walton, Elizabeth M. (2006). "II. Literature Review". Using Remote Sensing and Geographical Information Science to Predict and Delineate Critical Habitat for the Bog Turtle, Glyptemys muhlenbergii (PDF) (Tesis). University of North Carolina at Greensboro. Dicapai pada 2010-04-09.
- "Wood Turtle Glyptemys insculpta" (PDF). nhesp.org. Natural Heritage & Endangered Species Program. 2007. m/s. 1–3. Dicapai pada 2010-05-11.
- "Assessment and Update Status Report on the Wood Turtle Glyptemys insculpta in Canada" (PDF). Committee on the Status of Endangered Wildlife in Canada. 2007. m/s. iv-42. Dicapai pada 2010-05-16.