Graptemys ouachitensis | |
---|---|
Anak kura-kura Graptemys ouachitensis di dalam akuarium | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Emydidae |
Genus: | Graptemys |
Spesies: | G. ouachitensis
|
Nama binomial | |
Graptemys ouachitensis Cagle, 1953
| |
Subspecies | |
| |
Peta taburan habitat |
Graptemys ouachitensis juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Ouachita ialah spesies kura-kura yang berasal dari Amerika Syarikat.
Ciri-ciri
Karapas (cangkerang belakang) haiwan ini lebih rendah, dan bergerigi pada bahagian hujungnya. Berwarna zaitun, coklat gelap, atau hitam dengan tanda kekuningan. Plastronnya mempunyai warna krim kekuningan dengan corak bergaris dan berlingkar gelap. Badannya pula berwarna kelabu-coklat dengan belang kuning pada bahagian kepala dan kaki-kakinya.
Kura-kura jantan lebih kecil berbanding betina, di mana jantan boleh membesar hingga 5 in (12 cm) panjang dan betina pula sekitar 10 in (25 cm).
Taksonomi
Terdapat subspesies yang kini dikenalpasti.[3] Subspesies yang lebih dominan, G. o. ouachitensis, mendiami sepanjang Sungai Mississippi. Manakala subspecies kedua, G. o. sabinensis, boleh ditemui di Sungai Mermentau, Calcasieu, Sabine, iaitu barat daya Louisiana dan timur Texas.
Diet
Kura-kura ini bersifat maserba dan menjadikan haiwan akuatik kecil seperti udang halus, serangga, moluska, ikan, algae dan tumbuh-tumbuhan akuatik sebagai makanan.
Taburan habitat
Spesimen spesies G. o. sabinensis (empat spesimen) telah diambil dari hilir ke hulu Sungai Mermentau pada tahun 1893 dan 1894. Sebuah kajian dilakukan pada tahun 2013 di hulu Sungai Mermentau, Tasik Arthur, dan 5 lokasi utama lain seperti Paya Plaquemine Brule, melibatkan 73% kura-kura seperti spesies G. sabinensis. Spesies Graptemys pseudogeographica hampir mengalami kepupusan dengan populasi hanya 0.2% berbanding keseluruhan spesies kura-kura lain.[4]
Peliharaan
Haiwan ini mudah dipelihara. Pelet kura-kura dan udang kecil boleh diberikan sebagai makanan. Mereka juga memerlukan penggunaan lampu sinar ultraungu (UVB),
Rujukan
- ^ "Graptemys ouachitensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2016.3. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Graptemys ouachitensis, Reptile Database
- ^ Stephens, P.R., and J.J. Wiens. 2003. Ecological diversification and phylogeny of Emydid turtles. Biol. Journ. Linn. Soc. 79 (4): 577-610.
- ^ "Map Turtles of the Mermentau: Status Surveys of Forgotten Populations". Field observation: Vol. 13, Issue 1. Chelonian Conservation and Biology. Julai 2014. m/s. 1–8. Dicapai pada 6 Oktober 2015.
Bacaan lanjut
- Cagle, F.R. 1953. Two New Subspecies of Graptemys pseudogeographica. Occ. Papers Mus. Zool. Univ. Michigan (546): 1-17. ("Graptemys pseudogeographica sabinensis, new subspecies", pp. 2–10; and "Graptemys pseudogeographica ouachitensis, new subspecies", pp. 10–16.)
- Conant, R. 1975. A Field Guide to Reptiles and Amphibians of Eastern and Central North America, Second Edition. Houghton Mifflin. Boston. xviii + 429 pp. + 48 Plates. ISBN 0-395-19979-4 (hardcover), ISBN 0-395-19977-8 (paperback). (Graptemys pseudogeographica ouachitensis and G. p. sabinensis, pp. 57–58, Figure 10. + Plate 8 + Map 14.)
- Lindeman, P.V. 2013. The Map Turtle and Sawback Atlas: Ecology, Evolution, Distribution, and Conservation. University of Oklahoma Press. Norman. 460 pp.
- Smith, H.M., and E.D. Brodie, Jr. 1982. Reptiles of North America: A Guide to Field Identification. Golden Press. New York. 240 pp. ISBN 0-307-13666-3 (paperback). (Graptemys ouachitensis ouachitensis and G. o. sabinensis, pp. 50–51.)
Pautan luar
- Ouachita Map Turtle, Reptiles and Amphibians of Iowa
- Graptemys ouachitensis, Illinois Natural History Survey
- Ouachita Map Turtle, Missouri Department of Conservation