Koordinat: 27°00′N 30°00′E / 27.000°N 30.000°E Geografi Mesir berkaitan dengan dua wilayah: Afrika Utara dan Asia Barat Daya.
Mesir mempunyai garis pantai di Laut Mediterranean, Sungai Nil, dan Laut Merah. Mesir bersempadan dengan Libya di barat, Genting Gaza di timur laut, Palestin/Israel di timur dan Sudan di selatan. Mesir mempunyai keluasan 1,002,450 km2 (387,050 bt2) yang menjadikannya negara ke-29 terbesar di dunia.
Jarak garis lurus terpanjang di Mesir dari utara ke selatan ialah 1,420 km (880 bt), manakala jarak dari timur ke barat berukuran 1,275 km (792 bt). Mesir mempunyai lebih daripada 2,900 km (1,800 bt) garis pantai di Laut Mediterranean, Teluk Suez, dan Teluk Aqaba. Ia mempunyai Zon ekonomi eksklusif seluas 263,451 km2 (101,719 bt2).
Pautan luar
- Kategori berkenaan Geografi Mesir di Wikimedia Commons