Khatulistiwa (dari Arab: خط الاستواء, rumi: khaṭ al-istiwā', lit. 'garisan tengah' ) ialah satu bulatan khayalan yang dilukis membahagikan planet Bumi kepada dua hemisfera (Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan) yang sama jarak dari kedua-dua kutub planet atau objek astronomi yang lain. Garisan lintang khatulistiwa ialah 0°. Panjangnya khatulistiwa ialah kira-kira 40,075.0 kilometer, atau 24,901.5 batu.
Khatulistiwa merupakan salah satu daripada lima bulatan latitud yang utama, berdasarkan hubungan antara putaran Bumi dengan satah orbit yang menyelilingi matahari. Selain itu, khatulistiwa ialah garisan latitud tunggal yang juga merupakan bulatan besar. Dalam pergerakan bermusim melintasi langit, matahari lalu secara langsung di atas khatulisiwa sebanyak dua kali setahun pada ekuinoks Mac dan September. Di kawasan khalistiwa, sinar matahari adalah serenjang dengan permukaan bumi pada kedua-dua tarikh tersebut.
Tempat-tempat yang berhampiran dengan khalistiwa mengalami kadar matahari terbit dan matahari terbenam yang paling cepat di dunia, dengan masa hanya beberapa minit. Tempat-tempat tersebut mempunyai jangka siang/malam yang lebih kurang sama setiap hari pada sepanjang tahun, berbanding dengan tempat-tempat yang terletak lebih di utara atau selatan.
Iklim khatulistiwa
Di banyak kawasan tropika, orang-orang mengenal pasti dua musim, iaitu musim lembap dan musim kering, tetapi kebanyakan tempat yang amat dekat dengan khatulistiwa adalah lembap pada sepanjang tahun. Bagaimanapun, musim-musim boleh berbeza-beza bergantung kepada berbagai-bagai faktor, termasuk aras tinggi dan kedekatan dengan lautan.
Permukaan Bumi di khatulistiwa terdiri terutamanya daripada lautan. Titik tertinggi di Khatulistiwa ialah 4,690 meter di 77°59′31" B[pautan mati kekal] pada lereng selatan Volcán Cayambe (kemuncak: 5,790 m) yang terletak di Ecuador. Ketinggian ini adalah lebih tinggi sedikit berbanding garis salji, dan merupakan titik tunggal di khatulistiwa di mana salji terdapat di atas tanah (data dan gambar foto Google Earth).
Kepentingan lokasi
Kawasan yang diliputi direntasi garisan khatulistiwa dipandang berat dalam bidang sains angkasa lagi-lagi apabila berkait dengan pusat pelancaran satelit kerana kelajuan pusingan yang diukur iaitu 460 meter/saat - kelajuan ini mampu melancarkan roket dengan tujahan dan bekalan tenaga yang sekurang mungkin berbanding dengan pusat pelancaran yang lebih jauh daripada khatulistiwa.[1]
Negara dan wilayah Khatulistiwa
Khatulistiwa merentasi daratan 11 buah negara; ia juga melalui dua negara pulau, walaupun tanpa membuat bertemu daratan untuk kedua-duanya. Bermula di Meridian Perdana dan menuju ke arah timur, garis Khatulistiwa melalui:
Walaupun namanya tertera Khatulistiwa, tiada bahagian wilayah Guinea Khatulistiwa wilayah terletak di khatulistiwa. Walau bagaimanapun, pulaunya iaitu Annobón terletak 155 kilometer (96 bt) selatan Khatulistiwa, dan seluruh negara terletak di utara.
Ambil perhatian bahawa Singapura adalah berhampiran, tetapi tidak pada khatulistiwa (60 batu nautika).
"Menyeberangi Garisan"
Tradisi pelaut memerlukan semua kelasi yang menyeberangi khatulistiwa semasa pelayaran untuk menjalani upacara amal yang rumit. Upacara-upacara amal ini bertarikh dari Zaman Pertengahan, walaupun upacara-upacara terkini mungkin berasal daripada tradisi-tradisi Viking. Kelasi-kelasi yang tidak pernah "menyeberangi garisan" dipersendakan dan dirujuk sebagai "pollywog" atau "slimy wog" dalam bahasa Inggeris. Wog ialah slanga kesat yang digunakan oleh orang British untuk merujuk kepada orang-orang kulit berwarna dari Asia dan Afrika.
Ketika masuk ke alam Duli Yang Maha Mulia Neptunus Rex, semua kelasi yang tidak pernah menyeberangi khalistiwa perlu menjalani upacara pengesahan yang dilaksanakan oleh kelasi-kelasi yang pernah membuat perjalanan itu. Selepas upacara ini, kelasi-kelasi itu dikenali sebagai "trusty Shellback" (Cangkerang Setia). Jika penyeberangan khatulistiwa dibuat pada meridian ke-180, gelaran "Golden Shellback" (Cangkerang Emas) akan dianugerahkan untuk mengakui kemasukan serentak ke dalam alam Naga Emas (Golden Dragon). Selain itu, jika penyeberangan dibuat pada Greenwich atau Meridian Perdana, kelasi itu akan digelarkan "Emerald Shellback" (Cangkerang Zamrud).
Lihat juga
Rujukan
- ^ William Barnaby Faherty; Charles D. Benson (1978). "Moonport: A History of Apollo Launch Facilities and Operations". NASA Special Publication-4204 in the NASA History Series. m/s. Chapter 1.2: A Saturn Launch Site. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2018. Dicapai pada 8 May 2019.
Equatorial launch sites offered certain advantages over facilities within the continental United States. A launching due east from a site on the equator could take advantage of the earth's maximum rotational velocity (460 meters per second) to achieve orbital speed. The more frequent overhead passage of the orbiting vehicle above an equatorial base would facilitate tracking and communications. Most important, an equatorial launch site would avoid the costly dogleg technique, a prerequisite for placing rockets into equatorial orbit from sites such as Cape Canaveral, Florida (28 degrees north latitude). The necessary correction in the space vehicle's trajectory could be very expensive - engineers estimated that doglegging a Saturn vehicle into a low-altitude equatorial orbit from Cape Canaveral used enough extra propellant to reduce the payload by as much as 80%. In higher orbits, the penalty was less severe but still involved at least a 20% loss of payload.
- ^ Instituto Geográfico Militar de Ecuador (24 January 2005). "Memoria Técnica de la Determinación de la Latitud Cero" (dalam bahasa Spanish).CS1 maint: unrecognized language (link)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Khatulistiwa |