Meridian (atau garisan longitud) dalam subjek geografi ialah garisan andaian yang dilukis di Bumi dari Kutub Selatan ke Kutub Utara. Garisan dari selatan ke utara ini disebut garisan longitud atau longitud sahaja. Meridian berasal dari bahasa Latin meridies yang bermaksud tengah hari - di mana cahaya matahari melalui dan agak tepat di atas kepala kita.
Saiz garisan ini sama sahaja iaitu 20,003.93 km. Meridian O melalui pekan Greenwich di England, Britain. Ia dipanggil Meridian Perdana, Garisan Meridian Pangkal atau Prime Meridian.
Lihat juga
- Meridian (astronomi)
- Arka meridian
- Meridian perdana
- Meridian utama
- Sistem Ukur Tanah Awam, Amerika Syarikat
- Ukur Tanah Dominion, Kanada