Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Galápagos Islands (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Islas Galápagos |
Termasuklah | Baltra Island Bartolomé Island Daphne Major Darwin Island Darwin and Wolf Española Island Fernandina Island Floreana Island Galápagos National Park Genovesa Island Isabela Island Marchena Island Nameless Island North Seymour Island Pinta Island Pinzón Island Redonda Rock Rábida Island San Cristóbal Island Santa Cruz Island Santa Fe Island Santiago Island Seymour Islands South Plaza Island Wolf Island |
Inskripsi | 1978 (sesi ke-2) |
Lanjutan | 2001 dan 2003 |
Dalam bahaya | 2007–2010 |
Keluasan | 7,880 km2 (8.48×1010 ka2) |
Laman sesawang | http://www.galapagospark.org/, https://islasgalapagos.org/, https://galapagos.today |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Pentadbiran Galápagos, Ecuador |
Koordinat | 0°40′00″S 90°33′00″W / 0.6667°S 90.55°W |
sunting · sunting di Wikidata |
Kepulauan Galápagos (nama rasmi: Archipiélago de Colón; nama lain dalam bahasa Sepanyol: Islas de Colón or Islas Galápagos) ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi yang tertabur di sekitar khatulistiwa di Lautan Pasifik, 972 km (525 nmi) di barat dari tanah besar negara Ecuador yang menguasai kepulauan ini.
Kepulauan Galápagos dan perairan di sekitarnya membentuk sebuah wilayah Ecuador, sebuah taman negara, dan sebuah laut simpan biologi. Bahasa Sepanyol ialah bahasa utama kepulauan ini. Pulau-pulau ini diduduki oleh kira-kira 25,000 orang.[1]
Pulau-pulau ini agak muda dari segi geologi dan terkenal dengan sejumlah besar spesies hidupan endemik yang pernah dikaji oleh Charles Darwin sewaktu dalam penjelajahan di atas kapal Beagle. Pemerhatian dan koleksinya menyumbang kepada mulanya teori evolusi secara pemilihan semula jadi.
Carta pengemudian kasar pertama tentang kepulauan ini dibuat oleh seorang lanun yang bernama Ambrose Cowley pada tahun 1684. Beliau menamakan satu demi satu pulau sempena beberapa rakan seerjuangannya ataupun para bangsawan British yang menyokong perjuangan beliau. Lama-kelamaan, kerajaan Ecuador memberikan nama Sepanyol kepada pulau-pulau tersebut. Biarpun nama Sepanyol adalah rasmi, namun ramai pihak (terutamanya penyelidik ekologi) masih menggunakan naam Inggeris, terutamanya kerana nama-nama itulah yang digunakan sewaktu kunjungan Darwin.
Geografi fizikal
Pulau-pulau ini terletak di Lautan Pasifik timur, 973 km (525 nmi; 605 bt) di luar pesisir barat Amerika Selatan. Daratan yang terdekat ialah tanah besar Ecuador di timur (negara yang menaklukinya), di utara ialah Pulau Cocos pada 720 km (389 nmi; 447 bt) dan di selatan pula letaknya Pulau Easter dan Pulau San Felix pada 3,200 km (1,730 nmi; 1,990 bt).
Kepulauan ini berada di koordinat 1°40'U–1°36'S, 89°16'–92°01'B, oleh itu merentangi khatulistiwa dan terletak di hemisfera utara dan selatan sekali, dengan Gunung Berapi Wolf dan Gunung Berapi Ecuador di Pulau Isabela yang terletak betul-betul di atas khatulistiwa. Española, iaitu pulau paling selatan, dan Darwin, pulau yang paling utara, terpisah sejauh 220 km (137 batu). Walau apapun, Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) menganggap seluruh kepulauan ini dalam Lautan Pasifik Selatan.[2] Kepulauan Galápagos terdiri daripada daratan seluas 7,880 km2 (3,040 bt2) yang terbentang di atas lautan seluas 45,000 km2 (17,000 bt2). Pulau yang terbesar, iaitu Isabela, luasnya 4,640 km2 (1,790 bt2) dan merangkumi separuh jumlah keluasan Galápagos. Gunung Berapi Wolf di Isabela adalah puncak tertinggi pada aras 1,707 m (5,600 kaki) di atas paras laut.
Kepulauan ini terdiri daripada 15 pulau besar, 3 pulau kecil, dan 107 batu dan anak pulau. Pulau-pulau ini terletak di atas Plat Nazca (sebuah plat tektonik) yang bergerak ke arah timur/tenggara, menyelinap ke bawah Plat Amerika Selatan pada kadar kira-kira 2.5 inci (64 mm) setahun.[3] Ia juga berada di atas Tompok panas Galapagos, iaitu tempat di mana kerak Bumi sedang dileburkan dari bawah oleh plum mantel, maka terbentuknya gunung berapi. Pulau-pulau yang terawal terbentuk di sini sekurang-kurangnya 8 juta hingga 90 juta tahun dahulu.[4]
Sementara pulau-pulau yang lebih lama sudah tenggelam di bawah laut kerana menjauhi plum mantel, pulau-pulau yang terbaru, iaitu Isabela dan Fernandina, masih sedang terbentuk.
Rujukan
- ^ "Censo 2010". Instituto Nacional de Estadística y Censos. 2010. Dicapai pada 13 Disember 2011.
- ^ "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-10-08. Dicapai pada 7 Februari 2010.
- ^ Pearson, David L., David W. Middleton (1999). The New Key to Ecuador and the Galapagos (ed. 3rd ed.). Berkley: Ulysses Press.
|edition=
has extra text (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ W. M. White (2 October 1997). "A Brief Introduction to the Geology of the Galapagos". Cornell University Earth and Atmospheric Sciences. Dicapai pada 14 December 2011.
- domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=
(bantuan) Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kepulauan Galápagos. |
- Galapagos National Park Diarkibkan 2002-06-13 di Wayback Machine (Inggeris)
- Galápagos Islands xeric scrub (World Wildlife Fund)
- Galápagos geology, with general information on the Galápagos Islands
- Mehmet Palabıyık
Templat:Galápagos Islands
Koordinat: 0°40′S 90°33′W / 0.667°S 90.550°W
- CS1 errors: extra text: edition
- Rencana menggunakan Kotak info Tapak Warisan Dunia dengan templat Peta lokasi hilang
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 tanpa parameter article
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan teks dari Encyclopædia Britannica tahun 1911
- Kepulauan Galápagos
- Wilayah Galápagos
- Pusat biokepelbagaian
- Ekokawasan
- Kawasan endemik
- Pulau di Ecuador
- Kelompok gunung berapi
- Gunung berapi di Ecuador
- Gunung berapi di Lautan Pasifik
- Tapak Warisan dalam Bajaya
- Tapak Warisan Dunia di Ecuador