Fareez Fauzi | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Fareez Hazwan bin Mohd Fauzi 5 Mei 1997 |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2016–kini |
Pasangan | Nurwathiqah Abd. Wahab (k. 2020) |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music Aquarius Musikindo (Indonesia) |
Pengkarya berkait | Qody Rany |
Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi (lahir 5 Mei 1997) ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mula meraih perhatian menerusi rancangan realiti Mentor Milenia, memenanginya pada 2016.[3][4] Beliau ialah anak kepada pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati.[5][6]
Kerjaya
Pada tahun 2016, Fareez terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan realiti Mentor Milenia 2016 antara lain turut disertai oleh Qody Rany dan Haqiem Rusli. Beliau menjadi anak didik Hazama,[7] dinobatkan sebagai juara sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.[3][8][9] Selepas tamat Mentor Milenia 2016, beliau muncul dengan single sulungnya, "Lagu Radio" namun kurang mendapat sambutan. Beliau juga pernah bekerjasama dengan Haqiem menghasilkan lagu "Aku Yang Bersalah" nyanyian Usop.[10][11] Fareez melancarkan single keduanya, "Bersamamu" selepas dua tahun disekat.[12]
Mengikut jejak langkah ibu bapanya, Fareez juga berkecimpung dalam bidang lakonan,[13] dengan membuat penampilan sulungnya dalam filem seram psikologi Hospital (2017) arahan Azaromi Ghozali. Beliau juga pernah membuat penampilan khas dalam drama Cinta.[14] Seterusnya muncul dalam filem Badang arahan A. Razak Mohaideen, dibintangi oleh usahawan, Aliff Syukri Kamarzaman.[6] Beliau kemudian berlakon dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa dengan memegang watak sebagai Malek.
Mentor Milenia 2016
Berikut ialah senarai persembahan Fareez dalam Mentor Milenia 2016:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Battle | "Wanita Seluruh Dunia" | Projek Pistol | SELAMAT |
Minggu 2 | "Rindu Serindu-Rindunya" | Spoon | SELAMAT | |
Minggu 3 | "Bila Tiba" | Ungu | SELAMAT | |
Minggu 4 | "Karam" | Zabarjad | SELAMAT | |
Minggu 5 | Separuh Akhir | Duet bersama Eyza Bahra: "Berhenti Berharap" "Mentera Semerah Padi" |
Sheila on 7 M. Nasir |
SELAMAT |
Minggu 6 | Akhir | "Drama King" "Hilang Naluri" |
Meet Uncle Hussain Once Mekel |
JUARA |
Duet bersama Hazama: "Apokalips" "Aku Juga Manusia" |
M. Nasir Amir Jahari |
Kehidupan peribadi
Fareez ialah anak kedua pelakon, Fauzi Nawawi daripada perkahwinan pertama bapanya. Lisdawati ialah ibu tirinya.[15]
Beliau berkahwin dengan gadis pilihannya, Nurwathiqah Abd. Wahab pada 20 Disember 2020.[16][17] Pasangan ini bertunang pada 12 September, iaitu dua bulan sebelum berkahwin.[18] Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ibu kandung Fareez, iaitu bekas isteri Fauzi bagaimanapun tidak dapat hadir di majlis perkahwinan beliau kerana berada di Baling, Kedah.[19]
Diskografi
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Lagu Radio" | 2016 |
"Lebaran Kejayaan" (bersama Qody Rany) | |
"Bersamamu" | 2017 |
"Sedar" | 2019 |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2017 | Hospital | Filem seram arahan Azaromi Ghozali | ||
2018 | Badang | Fareez | Filem adiwira arahan A. Razak Mohaideen | [6] |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Abang Ngah | Fahmi/abang ngah | TV2 | Telefilem pertama |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Cinta | Dirinya sendiri | Drama pertama, penampilan khas | |
2021 | Rindu Awak Separuh Nyawa | Malek | Astro Ria | |
Kampung Kolestrol | Jai | TV9 | Penampilan khas |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Mentor Milenia 2016 | TV3 | Sebagai peserta |
2021 | Famili Duo | Bersama bapanya, Fauzi Nawawi |
Rujukan
- ^ Hanisah Selamat (6 Mei 2019). "Fareez tak patah semangat". Berita Harian. Dicapai pada 27 Disember 2019.
- ^ "Fareez sukar pahat nama". Media Permata. 31 Januari 2020. Dicapai pada 27 Februari 2020.
- ^ a b Farhana Ab Rahman (6 Mac 2016). "Fareez muncul juara Mentor Milenia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2020. Dicapai pada 27 Disember 2016.
- ^ "Fareez cepat memberontak". Berita Harian. 27 Januari 2020. Dicapai pada 27 Januari 2020.
- ^ "Fareez tidak bertingkah dengan bapa". Berita Harian. 20 Mac 2016. Dicapai pada 27 Disember 2016.
- ^ a b c Mohd Al Qayum Azizi (21 Januari 2017). "Fareez Fauzi akur ibu bapa membantu kerjaya". mStar Online. Dicapai pada 27 Disember 2017.
- ^ Budiey (18 Januari 2016). "Fareez, anak Fauzi Nawawi kini protege Hazama dalam Mentor Milenia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Disember 2016.
- ^ "Anak Fauzi Nawawi, Fareez diumum juara Mentor Milenia". mStar Online. 6 Mac 2016. Dicapai pada 27 Disember 2016.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Mac 2016). "Fareez juara Mentor Milenia". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2016.
- ^ Norhayati Nordin (10 Mac 2019). "Fareez tempuh onak liku". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2019.
- ^ Norhayati Nordin (11 Februari 2019). "Fareez tak ralat beri Usop lagu". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2019.
- ^ Ifqdar Rahman (17 Mei 2018). "Dua tahun disekat, Fareez Fauzi kembali dengan Bersamamu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-24. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ Ashraf Nasser (26 Jun 2017). "Fareez Fauzi ikut jejak langkah ibu bapa". Cinema Online. Dicapai pada 27 Disember 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (14 Jun 2017). "Fareez 'enjoy' berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2017.
- ^ Nor Eryani Yusop (20 Disember 2020). "Anak Fauzi Nawawi, penyanyi Fareez Fauzi selamat bernikah". Kosmo!. Dicapai pada 27 Disember 2020.
- ^ Syafiqah Jalal (20 Disember 2020). "Penyanyi Fareez Hazwan, anak Fauzi Nawawi bernikah di usia 23 tahun". Astro Gempak. Dicapai pada 27 Disember 2020.
- ^ Wawann Mohd (20 Disember 2020). "Fareez Fauzi selamat bergelar suami". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Disember 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (20 September 2020). "Fareez Fauzi nikah November ini". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (20 Disember 2020). "Fareez Fauzi selamat bernikah". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2020.