Destinasi Bajet ialah sebuah rancangan berbentuk informasi yang bertujuan membantu rancangan melancong di destinasi-destinasi dalam Malaysia dengan wang perbelanjaan tidak melebihi RM300. Rancangan ini telah menyiarkan Musim ke-2 setiap Rabu jam 9.30 malam di 8TV dengan menampilkan Qushairi Mohammed Razali sebagai pengacaranya. Rancangan ini diterbit oleh Michael Christian Simon di Homegrown Productions Sdn Bhd.
Mulai 4 Mac 2010, musim ketiga Destinasi Bajet didapati dalam bentuk webisod yang boleh ditonton di tapak web mastraveller.com. Kali ini, Qi beranding bahu dengan Cheryl Samad untuk memperkenalkan destinasi pelancongan termurah bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia Tenggara[1]