(Dilencongkan daripada Delta sungai)
Delta ialah lanar yang berbentuk segi tiga di muara sungai. Ia biasanya berlaku daripada terkumpulnya endapan atau sedimen yang dibawa oleh muara sungai lalu memasuki jasad air yang mengalir dengan lebih perlahan ataupun bertakung[1][2] seperti laut, lautan, tasik ataupun sungai lain yang tidak mampu memindahkan atau membawa endapan keluar dari aliran tersebut. Saiz, bentuk dan lokasi lembangan turut memainkan peranan dalam pembentukan delta ini.