Terusan (Tulisan Jawi: تروسن ) ialah laluan air buatan manusia yang selalunya disambungkan dengan tasik, sungai, atau laut. Terdapat dua jenis terusan iaitu terusan untuk tujuan pertanian (mengalirkan air ke tanaman) dan terusan untuk tujuan pengangkutan air.
Terusan pengangkutan yang kecil dapat menampung sampan-sampan dan kapal-kapal kecil manakala terusan perkapalan dapat menampung kapal-kapal besar dan dapat disambungkan terus ke laut.
Di negara yang menjadi pengeluar komoditi padi misalnya Thailand, Kemboja, Indonesia, Vietnam dan Malaysia, tali air biasanya dibina bagi membolehkan padi-padi yang ditanam di lapangan bendang mendapat bekalan air pada kadar kelembapan yang sesuai dan seterusnya menghasilkan hasil tuaian diantara 2 hingga 3 kali setahun.
Terusan pada masa silam
Terusan tertua yang dapat dikenal pasti dibina di Mesopotamia pada sekitar tahun 4000 SM. Tamadun Lembah Indus di Pakistan dan utara India (sekitar 2600 SM) mempunyai sistem terusan untuk tujuan pertanian pertama sekali di dunia.[1] Diarkibkan 2002-01-05 di Wayback Machine Terusan terpanjang pada masa silam ialah Terusan Besar China. Ia sepanjang 1794 kilometer dan dibina untuk membawa Maharaja Yang Guang diantara Beijing dan Hangzhou. Projek itu bermula pada tahun 605.
Kota di atas air
Terusan begitu sinonim dengan Kota Venice sehinggakan banyak kota yang mempunyai terusan dinamakan "Kota Venice....". Kota itu dibina di atas kawasan berpaya dengan tiang bangunannya diperbuat daripada kayu untuk menyokong bangunan-bangunan di situ.
Amsterdam dibina dengan cara yang sama dengan tiang bangunan adalah kayu. Bandar ini menjadi sebuah kota sekitar tahun 1300.
Revolusi Perindustrian
Di Eropah dan Amerika Syarikat, pembangunan terusan mengatasi pembangunan kereta api semasa fasa awal Revolusi Perindustrian.
Terusan tertua yang dibina untuk sektor perindustrian di Amerika Utara ialah Terusan Mother Brook. Ia dibina pada tahun 1639 untuk menyediakan bekalan air kepada ladang-ladang.
Persaingan daripada rangkaian kereta api menjadikan penggunaan terusan sebagai pengangkutan komerisal menjadi terasing dan jarang digunakan.
Kegunaan moden
Satu gerakan yang bermula di Britain dan Perancis untuk menggunakan terusan perindustrian awal telah membangkitkan satu rasa untuk memelihara terusan-terusan bersejarah.
Terusan telah menjumpai satu kegunaan lain dalam kurun ke-21 ini apabila dijadikan medium rangkaian komunikasi gentian optik.