Dalam Naruto, Akatsuki (暁 , Fajar) merupakan organisasi jenayah yang terdiri daripada ninja pelarian Kelas-S dan sangat dikehendaki oleh dunia ninja. Objektif utama mereka adalah untuk mengumpulkan ke semua biju atau "Makhluk Berekor" untuk tujuan menguasai dunia. Walaupun pada mulanya Akatsuki hanya memainkan peranan kecil dalam Bahagian I, namun pada Bahagian II mereka telah menjadi watak antagonis utama siri ini.
Ahli Akatsuki (pada bila-bila masa) tidak akan melebihi sepuluh orang anggota dan mereka disenaraikan sebagai ninja pelarian kelas-S oleh kampung mereka. Ahlinya sentiasa bergerak dalam kumpulan berdua kecuali Zetsu yang berperanan sebagai perisik atau peninjau kepada organisasi tersebut dengan menggunakan kebolehan unik yang dimilikinya untuk kelebihan organisasi tersebut. setiap pasukan mesti berfungsi dengan baik, ataupun sekurang-kurangnya perlu menyempurnakan misi yang diberi walaupun anggota setiap pasukan memiliki perbalahan di antara mereka. Semua ahli organisasi ini jarang berkumpul bersama seperti yang dilihat dalam penghujung Bahagian I apabila seorang ahli menyatakan bahawa ia merupakan perjumpaan pertama mereka selepas perjumpaan kali terakhir pada tujuh tahun yang lalu.
Jaringan Akatsuki sangat luas, merangkumi beberapa negara ninja dengan bantuan ejen-ejen rahsia mereka di banyak tempat. Apabila sesebuah pasukan berjaya mendapatkan makhluk berekor seperti yang diarahkan, mereka perlu segera mengurungnya. Semua ini dilakukan di dalam kubu rahsia mereka yang dikelilingi dengan pelbagai perangkap. Proses pengurungan ini memerlukan masa selama tiga hari untuk disempurnakan.
Objektif
Objektif utama
Walaupun sesetengah anggota Akatsuki menyertai organisasi tersebut adalah kerana mereka memiliki tujuan tersendiri, namun mereka semua bersatu di bawah objektif utama Akatsuki untuk mendominasi seluruh dunia ninja[1]. Ketua mereka telah menerangkan tiga langkah untuk mereka mencapai tujuan tersebut[2]. Pertama, mereka perlu mendapatkan sumber kewangan yang tinggi untuk menyangga organisasi mereka[3]. Kedua, mereka akan menyediakan pasukan askar upahan yang setia kepada Akatsuki[4]. Untuk membina reputasi, mereka perlu menerima sebarang misi dengan kos yang rendah berbanding negara ninja yang lain (ini akan dibantu oleh sumber kewangan daripada langkah pertama)[5]. Oleh kerana tidak berlaku peperangan sejak kebelakangan ini, negara-negara ninja tidak akan dapat merendahkan kos upah mereka, mengakibatkan negara-negara ninja kecil mendapatkan bantuan Akatsuki berbanding negara-negara ninja yang memiliki kos yang tinggi[6]. Dengan menggunakan biju yang dikumpul, Akatsuki akan menggunakannya untuk memulakan peperangan, mengukuhkan kedudukan mereka dan mendapatkan keyakinan negara-negara lain untuk emndapatkan perkhidmatan mereka di mana ini akan mengakibatkan mereka mendominasi upah untuk misi-misi di dunia ninja[7]. Tanpa sebarang urusniaga, negara-negara ninja besar akan musnah kerana tidak mempunyai sumber kewangan[8]. Akhir sekali, selepas Akatsuki diangkat sebagai kuasa besar ninja, mereka dengan mudah boleh menguasai mana-mana negara ninja[9]. Ahli tidak akan terus mengetahui perancangan ini sebaik sahaja mereka menyertai organisasi ini; sebagai contoh ialah Hidan yang hanya mengetahui perancangan ini setelah beberapa ketika berada di dalam organisasi[10].
Penangkapan biju iaitu sembilan raksasa syaitan yang memiliki keupayaan hebat adalah fokus utama organisasi ini. setiap ahli diberikan tugasan untuk menangkap seekor daripada sembilan ekor yang ada secara hidup-hidup, atau di dalam banyak insiden, menangkap jinchuriki yang mengurung biju tersebut[11]. Akatsuki telah berjaya mengurung tujuh daripada sembilan ekor biju yang ada sebelum deklarasi Perang Dunia Ninja Keempat[12].
Objektif Madara
Projek Mata Rembulan (月の眼計画 , Tsuki no Me Keikaku) merupakan rancangan terbesar yang diusahakan oleh Madara Uchiha demi mendominasi dunia, yang mana ianya melibatkan Sasuke Uchiha untuk berselaras dengan "Patung Puaka dari Jalan Luar" Gedō Mazō (外道魔像 ) yang telah mengurung tujuh daripada sembilan biju yang ada oleh Akatsuki. Madara menyatakan bahawa, selepas Sasuke gagal dalam usaha untuk menangkap Killer Bee dan "Lembu Gergasi Berekor Lapan" Hachibi no Kyogyū (八尾の巨牛 ), dia menyatakan bahawa dia sudah terlalu lama bersabar dan menyatakan bahawa sudah sampai masa yang sesuai untuk di keluar daripada persembunyian dan memulakan perancangannya itu.
Selepas Madara membongkarkan niat dan perancangan kepada empat daripada lima Kage di Negara Besi yang mana melihatkan para kage telah menolak kemahuan Madara yang menginginkan dua lagi Jinchūriki terakhir iaitu Naruto Uzumaki dan Killer Bee. Para Kage juga telah bersatu dan mewujudkan Pakatan Ninja untuk menghalang perancangan oleh Madara itu daripada berjaya.
Madara merancang untuk mengumpul ke semua sembilan biju untuk disatukan kepada bentuk asalnya iaitu "Makhluk Syaitan Berekor Sepuluh" Jūbi (十尾 ). Madara kemudian berniat untuk menjadi hos kepada raksasa tersebut untuk membolehkannya memiliki kuasa yang hebat. Dia turut merancang untuk mempergunakan bulan (yang menjadi penjara kepada badan asal Jubi) untuk menyelimuti dunia dengan teknik "Tsukuyomi Abadi" Mugen Tsukuyomi (無限月読 ), yang mana ianya akan membolehkan Madara mengawal semua hidupan untuk mencipta dunia yang tiada konflik dan dendam.
Sebahagian daripada rancangan ini adalah melibatkan Zetsu yang diarahkan untuk mengalihkan perhatian para Kage dan mengumpan mereka untuk bertarung dengan Sasuke. Dengan berbuat sedemikian, Madara berharap para Kage akan menjadi lemah dan boleh ditangkap sebagai tebusan dan seterusnya mempercepatkan rancangannya. Namun begitu, semua itu mengalami kegagalan oleh kerana Madara telah salah mentafsir kebolehan sebenar Sasuke.
Objektif Pain
Pain turut menerangkan peranan biju dalam rancangannya secara mendalam. Ke semua biju ini akan digunakan untuk mencipta sejenis Kinjutsu berkuasa yang mampu memusnahkan salah satu negara besar ninja dalam sekelip mata, agar jika sesebuah negara ninja terlibat dengan peperangan dan mereka tidak memiliki kuasa ketenteraan, maka mereka akan mengharapkan kepada Akatsuki dan "senjata" mereka. Mana-mana pihak yang dapat boleh membuatkan Pain menggunakan teknik tersebut, akan membolehkan mereka memusnahkan pihak yang lain. Ini akan menakutkan pihak yang disasar agar tidak diserang oleh pihak yang mengupah Akatsuki dan menimbulkan ketakutan kepada mereka agar tidak memulakan sesuatu peperangan; atau mereka juga akan turut dimusnahkan. Melalui "kengerian" yang diwujudkan ini, perang akan terhentidan dunia akan mengenali erti keamanan, sehinggalah manusia melupakan "kengerian" tersebut dan menggunakan semula senjata tersebut. Maka, putaran antara keamanan dan peperangan akan berterusan, mewujudkan masa yang singkat untuk suatu keamanan di dalam rantai kebencian yang tidak berpenghujung[13].
Bagaimanapun, perancangan ini hanya diketahui oleh Pain dan Konan sahaja yang mengetahui perancangan ini. Selepas kematian Pain dan Konan keluar daripada Akatsuki, matlamat ini telah dibubarkan.
Objektif Itachi
Selepas berlakunya insiden Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha, Itachi menyertai Akatsuki adalah atas dasar mahu melindungi Konohagakure dan memerhatikan tindakan mereka, terutamanya Sasuke daripada dunia luar. Ketika berada di dalam Akatsuki, Itachi sering melengah-lengahkan usahanya untuk menangkap Kyubi dan membocorkan rahsia tindakan Akatsuki kepada Konoha dan pernah cuba untuk membunuh Madara melalui Sasuke. Sebelum kematiannya, Itachi telah menyerahkan sebahagian "kuasa" miliknya kepada Naruto dan memberitahu Naruto agar terus melindungi Konohagakure dan Sasuke, seandainya terjadi perkara mengenai Sasuke mahu memusnahkannya. "Kuasa" yang diberikan oleh Itachi kepada Naruto masih belum diketahui buat masa ini.
Pakaian
Ahli Akatsuki memiliki persamaan dari segi pemakaian mereka, di mana mereka akan mudah dikenali apabila muncul di sesuatu tempat. Ahli Akatsuki memakai jubah panjang berwarna hitam dengan bahagian dalamnya berwarna merah, memiliki corak berbentuk awan berwarna merah di luarnya dan kolar tinggi yang berparas hingga ke dagu (pada satu ketika, Madara dilihat memakai jubah yang memiliki penutup dan tidak mempunyai lengan baju. Ke semua ahli mengenakan pewarna kuku yang berlainan warna pada kuku di tangan dan kaki. Mereka turut membawa topi jerami yang mempunyai bebola kecil dan kain putih tergantung di sekeliling topi tersebut sebagai pelindung muka dan angin. Topi itu juga boleh digunakan sebagai pelindung untuk bergerak di kawasan terbuka dan ketika dalam keadaan cuaca yang memerlukannya [14]. Sesetengah ahli Akatsuki suka memakai dirah dahi yang telah ditanda dengan garis melintang di tengah-tengah simbol kampung mereka untuk menunjukkan mereka sudah tidak mempunyai kaitan dengan kampung mereka, manakala sesetengah daripada mereka tidak memakainya demi sesuatu sebab. Setiap ahli juga memakai sebentuk cincin yang memiliki tulisan kanji pada kedudukan berbeza bagi setiap ahli yang memilikinya.
Cincin Akatsuki dan kedudukan
Pemakaian cincin adalah sangat diutamakan oleh setiap ahli Akatsuki. Keseluruhannya, sepuluh cincin telah diberikan kepada setiap seorang ahli Akatsuki. Kepentingan cincin tersebut dilihat sebagai satu tanda keahlian dan dari kedudukan cincinnya. Kepentingan ini dapat dilihat setelah pemergian Orochimaru, di mana dia telah membawa bersama cincin yang dipakainya[15] dan ianya tidak pernah digantikan[16]. Tujuan sebenar pemakaian cincin tersebut masih tidak diketahui.
Berikut adalah senarai cincin-cincin berjenaan[17]:
- Ibu jari kanan: 零 (rei, "kosong"); dipakai oleh Pain,
- Jari telunjuk kanan: 青 (Aoi, shō, "biru", "hijau"); dipakai oleh Deidara.
- Jari hantu kanan: 白 (bya, "putih"); dipakai oleh Konan.
- Jari manis kanan: 朱 (shu, "oren kemerah-merahan", "merah hati"); dipakai oleh Itachi Uchiha.
- Jari kelingking kanan: 亥 (gai, "simbol khinzir"); dipakai oleh Zetsu.
- Jari kelingking kiri: 空 (kū, "langit", "ketiadaan"); dipakai oleh Orochimaru.
- Jari manis kiri: 南 (nan, "selatan"); dipakai oleh Kisame Hoshigaki.
- Jari hantu kiri: 北 (hoku, "utara"); dipakai oleh Kakuzu.
- Jari telunjuk kiri: 三 (san, "tiga"); dipakai oleh Hidan.
- Ibu jari kiri: 玉 (gyoku, "permata", "bola", buah "raja" dalam permainan shogi); dipakai oleh Sasori dan kemudiannya dipakai oleh Tobi.
Lapan daripada sepuluh tulisan kanji yang terdapat pada cincin tersebut diambil daripada "Kuji-in" (九字印 , Sembilan Kombinasi Postur Tangan): koleksi sembilan postur tangan yang digunakan dalam meditasi Buddha. Kuji-in ini dianggap sebagai sejenis "sihir" dalam dunia ninja. Cincin berukir "rei" milik Pain dan "gai" milik Zetsu tidak terkandung di dalam senarai Kuji-in ini. Bagaimana pun, hanya 玄 (gen, "misteri") daripada senarai Kuji-in yang tidak digunakan memiliki persamaan yang kuat dengan "gai" milik Zetsu yang mana ia mungkin merupakan suatu bentuk kesilapan teknikal. Bagaimana pun, oleh kerana perkataan kanji "gai" ini telah digunakan banyak kali pada kemunculan cincin tersebut, sama ada di dalam manga atau buku data Naruto berkemungkinan menjadikannya "kesilapan" yang kekal.
Di dalam Bahagian II, Pasukan Taka telah menjadi sekutu kepada Akatsuki. Mereka memakai seragam Akatsuki yang memiliki penutup kepala. Namun, mereka tidak memakai atau memiliki dirah dahi, kuku yang diwarnakan atau pun cincin; menunjukkan bahawa mereka tidak dianggap sebagai anggota rasmi Akatsuki. Hubungan dalaman di antara Akatsuki dan Taka dilihat agak goyah. Ini terbukti apabila Sasuke menyatakan bahawa dia hanya mempergunakan Akatsuki untuk kepentingannya. Sebagai ganti, Madara telah mengancam untuk membunuh mereka sekiranya mereka cuba untuk membelot.
Keahlian
Akatsuki terdiri daripada ninja pelarian Kelas-S yang telah keluar daripada kampung masing-masing oleh pelbagai punca dan sebab. Harus diambil perhatian bahawa, Pain dan Konan bukanlah ninja pelarian kerana mereka memiliki dan mentadbir perkampungan ninja yang diiktiraf oleh dunia luar. Turut dinyatakan bahawa Kakuzu memiliki suatu "tabiat" yang suka membunuh teman sepasukannya pada suatu ketika dahulu, namun tidak pernah diketahui siapakah teman sepasukannya itu sebelum dia digandingkan bersama Hidan. Setakat ini, hanya Madara Uchiha dan Zetsu merupakan ahli daripada Akatsuki yang masih tertinggal.
Senarai keahlian
- Tobi atau Uchiha Obito (Pengasas Akatsuki; bergabung bersama-sama Uchiha Madara dalam perang dunia ninja ke-4)
- Deidara (membunuh diri sewaktu menentang Uchiha Sasuke; tiada pengganti)
- Hidan (dibunuh oleh Shikamaru; tiada pengganti)
- Kisame Hoshigaki (bunuh diri; tiada pengganti)
- Kakuzu (tewas di tangan Naruto; tiada pengganti)
- Konan (Meninggalkan Akatsuki setelah kematian Nagato)
- Orochimaru (keluar; mati ataupun dikurung; tiada pengganti)
- Pain (ketua Akatsuki[18]; tewas di tangan Naruto; tiada pengganti)
- Sasori (tewas di tangan Chiyo; diganti oleh Tobi)
- Itachi Uchiha (tewas di tangan Uchiha Sasuke; tiada pengganti)
- Zetsu
-(Bahagian hitam merupakan semangat Uchiha Madara yang telah ditanam); Bahagian putih pula ialah gabungan sel Gedou Mazou dengan Senju hashirama atau Shodaime Hokage (digunakan sebagai tentera akatsuki dalam perang dunia ninja ke-4
-(Sebanyak 100 ribu zetsu putih dihasilkan menggunakan sel hokage pertama termasuk sel yang tertinggal dalam tubuh Yamato Taichou
Senarai pakatan
- Amegakure (kampung ninja yang diuruskan oleh Pain, hubungkait terputus setelah kematian Pain dan Konan keluar daripada organisasi)
- Kabuto Yakushi (anak buah Sasori, kemudian keluar menyertai Orochimaru)
- Yura (anak buah Sasori, terbunuh)
- Mukade (anak buah Sasori, terbunuh)
- Ginji (Pengurus kewangan Kakuzu, status tidak diketahui)
- Zangei (Pengutip ganjaran tebusan, ditangkap)
- Kumpulan Taka (Pasukan bersekutu dengan Akatsuki)
Pasukan
Akatsuki dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada dua orang anggota untuk mempergunakan kebolehan mereka bagi tujuan pencapaian objektif organisasi.
Senarai pasukan
Kakuzu & Hidan
- Senior: Kakuzu
- Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Dua (Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Gagal)
Pasukan yang dilihat sebagai suatu gandingan yang paling efektif dan sukar dikalahkan apabila mereka bersatu seperti yang dinyatakan oleh Shikamaru bahawa mereka berdua perlu ditangani secara berasingan. Pain bercadang menggandingkan mereka berdua kerana kebolehan unik yang mereka miliki. Hidan memiliki tubuh yang "tidak mati" kerana telah berjaya dijadikan eksperimen oleh ajaran Jashin, walaupun tubuhnya dikerat-kerat. Ini membolehkan Kakuzu melakukan serangan hebatnya secara melulu untuk menyerang musuhnya tanpa perlu menghiraukan keselamatan Hidan. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Pasangan Kekal Abadi" (不死コンビ , Fushi Konbi) oleh kerana cara mereka mengelakkan diri dari kematian. Kisame berjenaka dengan memanggil mereka sebagai "Pasangan Zombi" (ゾンビコンビ , Zonbi Konbi).
Mereka juga merupakan pasangan yang tidak mempunyai hubungan baik di antara mereka. oleh kerana memiliki konflik dengan kegemaran masing-masing; Kakuzu menganggap ritual keagamaan yang dilakukan oleh Hidan adalah tidak berguna dan hanya membuang masa. Manakala, Hidan pula beranggapan bahawa Kakuzu seorang yang tidak penyabar dan bersikap suka mencaci ajaran Jashin yang diamalkannya dan turut menyatakan bahawa Kakuzu memiliki sifat ketamakkan yang tiada batasnya. Hidan turut menyatakan bahawa pekerjaan Kakuzu sebagai pemburu upahan sering memberikan perasaan tidak selesa kepadanya. Oleh kerana terdapatnya ketidakserasian di antara mereka, mengakibat mereka sering terlewat dalam menyelesaikan misi yang diberikan oleh organisasi.
Pain & Konan
- Senior: Pain
- Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Gagal)
Pasangan Pain dan Konan dilihat sebagai salah satu pasangan yang serasi di dalam Akatsuki. Ini dapat dilihat melalui tindak-tanduk Konan yang sangat menurut semua perintah dan arahan daripada Pain. Pain bertindak sebagai ketua Akatsuki dan memberikan arahan kepada seluruh ahli Akatsuki untuk tujuan pencapaian objektif organisasi. Namun begitu, interaksi bersemuka yang pernah dilakukannya hanya ketika menggunakan Teknik Kurungan Naga Sembilan Kepala.
Pain juga merupakan pemimpin kepada kampung ninja Amegakure dan menggunakan kampung tersebut sebagai salah satu pengkalan untuk Akatsuki. Manakala, Konan pula bertindak sebagai pemimpin kedua berkuasa di Amegakure.
Orochimaru & Sasori
Sasori menyatakan bahawa dia dan Orochimaru dapat bekerjasama dengan baik sekali ketika mereka bergandingan sebagai sebuah pasukan kecil Akatsuki. Bagaimana pun, setelah Orochimaru keluar daripada organisasi Akatsuki setelah gagal dalam percubaannya untuk merampas tubuh Itachi (demi mendapatkan mata Sharingan), Sasori telah mula berdendam dengan bekas rakan sepasukannya itu.
Sasori & Deidara
- Senior: Sasori
- Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Satu (Deidara, Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Gagal)
Kumpulan ini dibentuk daripada dua orang artisan daripada Akatsuki; Deidara dan Sasori. Kedua-dua mereka didapati mampu bekerjasama dengan baik walaupun terdapat sedikit pertengkaran jika berkaitan dengan topik kesenian. Sasori berpendapat bahawa seni itu sesuatu yang "kekal" seperti mana seni membuat boneka miliknya, manakala Deidara pula berpendapat bahawa seni itu sesuatu yang "spontan dan kemudian hilang selama-lamanya" seperti mana Letupan Tanah Liat miliknya.
Namun begitu, sikap mereka sangat berbeza dengan falsafah kesenian mereka. Sasori bersikap kurang penyabar dan mahu menamatkan sesuatu pekerjaan dengan segera, manakala Deidara pula suka melengah-lengahkan sesuatu kerja yang dilakukannya.
Sasori memiliki rangkaian perisiknya sendiri (yang dikawal olehnya menggunakan sejenis bentuk jutsu kawalan minda) untuk membantu urusan Akatsuki. Deidara sebelum ini merupakan pengebom upahan yang kemudiannya direkrut oleh Itachi Uchiha untuk menyertai Akatsuki.
Deidara & Tobi
- Senior: Deidara
- Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Tiga (Tobi, dikurung)
Pasukan ini ditubuhkan setelah kematian Sasori dan Tobi telah dipilih sebagai pengganti tanpa melalui sebarang "ujian" syarat kemasukkan menjadi Akatsuki seperti anggota lain. Walaupun Tobi bersikap "tidak sabar-sabar" untuk mengambil perhatian seniornya, namun sikap keanak-anakan yang ditunjukkannya dianggap oleh Deidara sebagai membosankan dan menjengkelkan.
Walau pun Deidara berasa jengkel dengan perangai Tobi, namun mereka berdua mampu bekerjasama dengan baik apabila diberikan tugasan oleh organisasi. Ini dapat dilihat apabila berlakunya pertarungan di antara Deidara dan Sasuke. Tobi telah membantu Deidara untuk meletakkan bom-bom tanah liat milik Deidara ke dalam tanah tempat mereka bertarung. Deidara juga dilihat mengambil berat akan keselamatan Tobi namun tetap tidak menyukai sikapnya yang suka bermain-main.
Itachi Uchiha & Kisame Hoshigaki
- Senior: Itachi
- Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Itachi, Gagal), Makhluk Syaitan Berekor Empat (Kisame, Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Lapan (Kisame, Gagal)
Pasukan ini dianggap sebagai sebuah pasukan yang baik dan sangat efektif. Pasangan ini hampir berjaya menyempurnakan semua misi yang diarahkan oleh Pain kepada mereka (kecuali misi menangkap Kyubi). Dengan Itachi yang bertindak sebagai "perisik" bagi kedua-dua pihak Akatsuki dan Konoha. Bagaimana pun, Itachi sengaja menggagalkan rancangan kedua-dua belah pihak.
Tidak seperti kebanyakkan pasukan lain di dalam Akatsuki, Itachi dan Kisame berhubungan dengan baik sesama mereka dan mampu berbual secara biasa dan dalam keadaan aman apabila tidak bertempur. Kisame berjaya menangkap Makhluk Syaitan Berekor Empat apabila doarakan berbuat demikian, namun dia mnegakui mengalami sedikit kesukaran. Kisame pernah menyatakan bahawa dia mengalami sedikit kesukaran untuk menewaskan jincuriki tersebut kerana dia menggunakan Gaya Lepas Sifat Lahar. Bagaimana pun, dalam pertempuran dengan Killer Bee, Kisame telah gagal melaksanakan misi tersebut dan telah 'memalsukan kematiannya' ketika kepalanya dipenggal oleh Killer Bee dan abangnya; Raikage ( Kisame bertukar tempat dengan Zetsu Putih sewaktu Killer Bee dalam keadaan lemah , Kisame yang sebenar bersembunyi dalam pedang Samehada ).
Zetsu
- Fungsi: Perisik
Walaupun Zetsu bertindak bersendirian tanpa teman, namun oleh kerana dia memiliki dua personaliti maka dia dapat bertindak secara efektif seperti sebuah pasukan berdua. Oleh kerana setiap personaliti memiliki sifat yang berlainan, mereka sering bertengkar apabila berbicara soal pertempuran mana yang harus dilihat terlebih dahulu berbanding perkara lain. Kedua-dua bahagian personalitinya juga dapat berpisah dan bertindak mengikut pemikiran masing-masing.
Taka
- Senior: Sasuke Uchiha
- Anggota: Suigetsu Hōzuki, Karin, Jūgo
- Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Lapan (Gagal)
Apabila anggota Akatsuki berkurangan sehingga tinggal lima ahli, Madara telah meminta bantuan daripada Pasukan Taka yang juga mahukan kemusnahan kepada Konohagakure. Untuk menyempurnakan objektif mereka, Madara telah mengarahkan Pasukan Taka untuk memburu Makhluk Syaitan Berekor Lapan manakala Akatsuki (terutamanya Pain) pula pergi memburu Makhluk Syaitan Berekor Sembilan.
Secara teknikalnya, semua anggota pasukan Taka tidak dianggap sebagai anggota Akatsuki memandangkan mereka tidak memiliki cincin keahlian seperti mana anggota rasmi Akatsuki yang lain. Bagaimana pun, mereka mengenakan pemakaian jubah yang menyamai apa yang digunakan oleh setiap ahli organisasi Akatsuki.
Pertubuhan terdahulu
Setiap ahli Akatsuki diketahui (atau telah) bergabung dengan kumpulan lain.
- Madara: Berpaling tadah dari kampung Konoha berikutan pemilihan Hashirama Senju sebagai Hokage Pertama. Menukar matlamat Akatsuki dengan menyatukan kembali sembilan binatang berekor untuk membangkitkan Juubi.
- Pain: Sebagai pemimpin kampung Amegakure. Individu yang menjadi pengasas Akatsuki yang pada mulanya untuk membawa keamanan.
- Konan: Sebagai pembantu Pain di Amegakure . Menyertai untuk "Cinta akan keamanan".
- Itachi: Berpaling tadah dari Konohagakure selepas pembunuhan beramai-ramai ke atas puak Uchiha. Turut serta atas dasar "ideologi".
- Kisame: Berpaling tadah dari Kirigakure dan anggota 7 Pemedang dari kampung Kabut.
- Kakuzu: Berpaling tadah dari Takigakure. Menyertai disebabkan "duit".
- Hidan: Berpaling tadah dari Yugakure. Menyertai disebabkan ke "Agama Jashin".
- Sasori: Berpaling tadah dari Sunagakure.
- Deidara: Berpaling tadah dari Iwagakure. Menyertai kerana "Sesuka Hati".
- Orochimaru: Berpaling tadah dari Konohagakure. Menyertai dan berpaling tadah dari Akatsuki setelah gagal mencuri tubuh badan Itachi.
Rekaan dan konsep
Dalam Naruto Hiden: Sha no Sho Buku Data Watak Rasmi, Masashi Kishimoto menyatakan bahawa dia telah asalnya merancang untuk membuat Akatsuki sebagai kumpulan raksasa yang hampir tiada ciri-ciri manusia.
Trivia
- Itachi dan Kisame adalah dua orang anggota pertama Akatsuki yang telah diperkenalkan dalam siri itu, melainkan Orochimaru, seorang bekas ahli.
- Semua anggota Akatsuki yang telah meninggal dunia akan membuang atau mengalihkan kot Akatsuki sebelum mati. (Kecuali Hidan kerana jubahnya hanya rosak.)
- Hidan dan Kakuzu adalah satu-satunya pasukan dua orang Akatsuki yang kedua-dua ahli tersebut ditewaskan dengan serentak.
- Konan dan Orochimaru adalah satu-satunya anggota Akatsuki yang telah membelot, dan Konan adalah satu-satunya yang masih hidup dari kedua-duanya.
- Dalam manga, mereka menyegel Penyu Giant Tiga-Tail sebelum Kucing Monster Dua-Tailed, [13] manakala dalam anime, kerana penangkapan Tiga-Tail yang lebih terperinci, mereka menyegel tepat sebelum Empat- Monyet Tailed.
- Kumogakure adalah satu-satunya dari lima negara besar yang tidak mempunyai ninja yang hilang di Akatsuki.
- Kampung Konoha mempunyai yang paling ramai penduduk yang menyertai Akatsuki: Orochimaru, Kabuto, Itachi Uchiha, Madara Uchiha dan Sasuke Uchiha.
- Terdapat tiga orang ahli Uchiha yang masih hidup selepas tragedi pembunuhan Klan Uchiha akhirnya bergabung dengan Akatsuki: Itachi, Madara dan Sasuke.
- Menurut Raikage keempat, Akatsuki dikatakan berasal dari kampung Kiri, di mana salah seorang pengikut Madara Uchiha pernah menjadi Mizukage.
- Walaupun menyarankan untuk membunuh dia dan kawannya ketika pertama kali bertemu dengan mereka, Nagato membenarkan Orochimaru untuk bergabung dengan Akatsuki.
- Sekarang nampaknya Zetsu adalah satu-satunya anggota Akatsuki yang dilihat tidak mempunyai misi dan sekadar menjadi mata-mata buat Akatsuki.
Rujukan
- ^ Naruto, bab 329, Muka 16-17
- ^ Naruto, bab 329, Muka 11
- ^ Naruto, bab 329, Muka 11
- ^ Naruto, bab 329, Muka 12
- ^ Naruto, bab 329, Muka 12
- ^ Naruto, bab 329, Muka 12
- ^ Naruto, bab 329, Muka 14
- ^ Naruto, bab 329, Muka 14
- ^ Naruto, bab 329, Muka 14
- ^ Naruto, bab 329, Muka 11
- ^ Naruto, bab 264, Muka 06
- ^ Naruto, bab 467, Muka 20
- ^ Naruto, bab 436, Muka 15-16
- ^ Naruto, bab 141, Muka 3
- ^ Naruto, bab 140, Muka 5
- ^ Naruto, bab 353, Muka 14
- ^ Hiden: Tō no Sho Buku Data Rasmi Watak-watak, Muka 180-181
- ^ Naruto, bab 436, Muka 14