Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Danijel Pranjić[1] | ||
Tarikh lahir | 2 Disember 1981 | ||
Tempat lahir | Našice, SFR Yugoslavia | ||
Ketinggian | 1.71 m (5 ka 7 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah / Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Panathinaikos | ||
Nombor | 32 | ||
Kerjaya remaja | |||
1998–2000 | NAŠK | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1998–2000 | NAŠK | ||
2000–2001 | Papuk | ||
2001–2002 | Belišće | 28 | (7) |
2002–2004 | Osijek | 53 | (3) |
2004–2005 | Dinamo Zagreb | 29 | (2) |
2005–2009 | Heerenveen | 128 | (32) |
2009–2012 | Bayern Munich | 55 | (1) |
2011 | Bayern Munich II | 1 | (0) |
2012–2013 | Sporting CP | 9 | (0) |
2013 | → Celta de Vigo (pinjaman) | 10 | (0) |
2013– | Panathinaikos | 34 | (7) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2002–2004 | Croatia B21 | 15 | (1) |
2004– | Croatia | 52 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Disember 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Jun 2014 |
Danijel Pranjić (disebut [ˈdanijɛl ˈpraɲit͡ɕ]; lahir 2 Disember 1981) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Panathinaikos. Beliau merupakan pemain bola sepak yang sering menggunakan kaki kiri. Beliau bermain di posisi pemain tengah dan pertahanan.
Kerjaya kelab
Pranjić memulakan kerjayanya di Papuk. Beliau bermain untuk NAŠK, Papuk dan Osije sebelum ke kelab terbesar negaranya, Dinamo Zagreb pada 2004. Ketika di Dinamo Zagreb, beliau bermain di kempen Piala UEFA 2004–05, beliau membuat enam penampilan dan menjaringkan satu gol pada kejohanan itu.
Pada 2005, beliau berpindah ke kelab Belanda, SC Heerenveen. Beliau memulakan kempen 2008-09 dengan baik, beliau menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan liga pertamanya. Pranjić menjaringkan hatriknya dalam saingan Piala KNVB pada 12 November 2008 menentang Haaglandia, 8-0. Pada 31 Januari 2009, beliau menjaringkan gol tunggal Heerenveen untuk menang ke atas Ajax Amsterdam.
Beliau memenangi Piala KNVB bersama Heerenveen pada penghujung musim 2008 dan pada perlawanan akhir itu adalah perlawanan terakhir beliau di Heerenveen. Pada Jun 2009, Bayern Munich mengumumkan Pranjić akan sertai mereka.[2] Beliau membuat impak besar ketika musim pertamanya di Bayern, beliau memulakan kerjayanya di Bayern dengan bermain 14 perlawanan dan menjadi pilihan pertama bek kiri selepas Holger Badstuber.
Pada 13 Julai 2012, selepas kontraknya bersama Bayern tamat, Pranjić telah ke kelab Primeira Liga, Sporting Clube de Portugal. Beliau bermain sembilan perlawanan untuk Os Leões sebelum ke kelab La Liga, Celta de Vigo pada Januari 2013 secara pinjaman sehingga penghujung musim.
Pada 2 September 2013, Pranjić telah menandatangani kontrak baru tiga tahun bersama Panathinaikos. Beliau membuat debut untuk Panathinaikos ketika seri 1–1 menentang Platanias F.C.
Kerjaya antarabangsa
Pada 16 November 2004, Pranjić membuat debut untuk Croatia dalam perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland. Pada tahun 2007, beliau bermain sebanyak tiga perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 untuk Croatia.
Ketika UEFA Euro 2008, Pranjić membuat hantaran kepada Darijo Srna untuk menjaringkan gol pembukaan Croatia dan keputusannya Croatia menang 2-1 ke atas Jerman dan pada perlawanan seterusnya, beliau membuat hantaran kepada Ivan Klasnić, menang 1–0 ke atas Poland.
Pada 28 September 2012, Pranjić bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas pengurusnya memanggil pemain kelahiran Brazil, Sammir.
Pada 10 November 2013, Niko Kovač memanggil semula Pranjić untuk sertai pasukan kebangsaan selepas Ivan Strinić mengalami kecederaan. Pranjić tersenarai dalam 23 pemain Croatia yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.
Statistik kerjaya
Penampilan kelab | Liga | Piala | Benua | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Musim | Kelab | Liga | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol |
Croatia | Liga | Piala Croatia | Eropah | Total | ||||||
2002–03 | Osijek | Prva HNL | 30 | 1 | 30 | 1 | ||||
2003–04 | 23 | 2 | 23 | 2 | ||||||
2004–05 | Dinamo Zagreb | Prva HNL | 29 | 2 | 6 | 1 | 35 | 3 | ||
Belanda | Liga | Piala KNVB | Eropah | Jumlah | ||||||
2005–06 | Heerenveen | Eredivisie | 32 | 5 | 2 | 0 | 8 | 0 | 42 | 5 |
2006–07 | 34 | 2 | 1 | 0 | 6 | 1 | 41 | 3 | ||
2007–08 | 33 | 9 | 2 | 0 | 2 | 0 | 37 | 9 | ||
2008–09 | 24 | 16 | 2 | 3 | 4 | 1 | 30 | 20 | ||
Jerman | Liga | DFB-Pokal | Eropah | Jumlah | ||||||
2009–10 | Bayern Munich | Bundesliga | 20 | 1 | 2 | 0 | 7 | 0 | 29 | 1 |
2010–11 | 28 | 0 | 4 | 0 | 7 | 0 | 39 | 0 | ||
2011–12 | 7 | 0 | 1 | 0 | 5 | 0 | 13 | 0 | ||
Portugal | Liga | Taça de Portugal | Eropah | Jumlah | ||||||
2012–13 | Sporting CP | Primeira Liga | 9 | 0 | 2 | 0 | 6 | 1 | 17 | 1 |
Sepanyol | Liga | Copa del Rey | Eropah | Jumlah | ||||||
2012–13 | Celta de Vigo | La Liga | 10 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 10 | 0 |
Greece | Liga | Piala Greece | Eropah | Jumlah | ||||||
2013–14 | Panathinaikos | Liga Super Greece | 28 | 5 | 7 | 0 | 0 | 0 | 35 | 5 |
Jumlah | Croatia | 82 | 5 | 6 | 1 | 88 | 6 | |||
Belanda | 123 | 32 | 7 | 3 | 20 | 2 | 150 | 37 | ||
Jerman | 55 | 1 | 7 | 0 | 19 | 0 | 81 | 1 | ||
Portugal | 9 | 0 | 2 | 0 | 6 | 1 | 17 | 1 | ||
Sepanyol | 10 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 10 | 0 | ||
Greece | 28 | 5 | 7 | 0 | 0 | 0 | 35 | 5 | ||
Jumlah kerjaya | 307 | 43 | 23 | 3 | 51 | 4 | 381 | 50 |
Penghargaan
Kelab
- Heerenveen
- Bayern Munich
- Panathinaikos
Rujukan
- ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai pada 8 July 2014.
- ^ "Danijel Pranjic to sign for Bayern". Bayern Munich. 22 June 2009. Dicapai pada 22 June 2009.
- Kelahiran 1981
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Croatia
- Pemain GNK Dinamo Zagreb
- Pemain SC Heerenveen
- Pemain FC Bayern Munich
- Pemain FC Bayern Munich II
- Pemain Sporting Clube de Portugal
- Pemain Celta de Vigo
- Pemain Panathinaikos F.C.
- Pemain Prva HNL
- Pemain Eredivisie
- Pemain Bundesliga
- Pemain La Liga
- Pemain Primeira Liga
- Pemain Liga Super Greece
- Pemain UEFA Euro 2008
- Pemain UEFA Euro 2012
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014