Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Stipe Pletikosa[1] | ||
Tarikh lahir | 8 Januari 1979 | ||
Tempat lahir | Split, SFR Yugoslavia | ||
Ketinggian | 1.93 m (6 ka 4 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | FC Rostov | ||
Nombor | 1 | ||
Kerjaya remaja | |||
1986–1996 | Hajduk Split | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1996–2003 | Hajduk Split | 141 | (4) |
2003–2007 | Shakhtar Donetsk | 29 | (0) |
2005–2006 | → Hajduk Split (pinjaman) | 21 | (0) |
2007–2011 | Spartak Moscow | 63 | (0) |
2010–2011 | → Tottenham Hotspur (pinjaman) | 0 | (0) |
2011– | FC Rostov | 101 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1994 | Croatia B15 | 1 | (0) |
1994–1995 | Croatia B16 | 2 | (0) |
1994 | Croatia B17 | 2 | (0) |
1995–1997 | Croatia B18 | 2 | (0) |
1995–1998 | Croatia B19 | 14 | (0) |
1999 | Croatia B20 | 5 | (0) |
1998–2001 | Croatia B21 | 13 | (0) |
1999–2014 | Croatia | 114 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Disember 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 24 Jun 2014 |
Stipe Pletikosa (disebut [stǐːpe plětikosa]; lahir 8 Januari 1979) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Rusia, FC Rostov. Beliau bermain untuk pasukan kebangsaan Croatia di posisi penajga gol. Beliau merupakan pemain kedua memiliki banyak kaps dalam sejarah pasukan Croatia di belakang Darijo Srna, dengan memiliki 114 kaps. Selepas aksi hambar Croatia di Piala Dunia 2014, beliau mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.[3]
Kerjaya kelab
Hajduk Split
Pletikosa memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab Hajduk Split. Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol pada musim 1998/99.
Shakhtar Donetsk
Pada 2003, Pletikosa bersama rakan sepasukan, Darijo Srna berpindah ke kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk dengan bayaran sebanyak €2 juta. Sama seperti Srna, aksi Pletikosa tidak seberapa bagus dan beliau dipinjam semula ke Hajduk Split pada 2005. Kali kedua beliau ke Hajduk lebih cemerlang dan beliau dipilih memasuki skuad Croatia di Piala Dunia 2006. Pletikosa kembali ke Shakhtar tetapi beliau menjadi pilihan kedua penjaga gol di belakang Jan Laštůvka. Akhirnya, Pletikosa membuat keputusan untuk berpindah. Bidaan sebanyak €3 juta dari Dinamo Zagreb telah diterima tetapi Pletikosa menolak kerana ia merupakan pesaing terbesar Hajduk. Satu pinjaman ke Fulham juga gagal selepas beliau tidak menerima permit kerja.
Spartak Moscow
Pada 7 Mac 2007, Pletikosa menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Rusia, Spartak Moscow dengan bayaran sebanyak €3 juta. Beliau bersama Spartak sehingga 2009 sebelum beliau kurang "digemari" oleh pengurus Valery Karpin.
Pada 31 Ogos 2010, beliau dipinjam bersama tempoh lama ke Tottenham Hotspur yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.[4] Beliau membuat penampilan pertama bersama Tottenham ketika tewas 1–4 kepada Arsenal dalam aksi Piala Liga Inggeris pada 21 September 2010]]. Perlawanan itu ialah satu-satu penampilan Pletikosa untuk Spurs.
FC Rostov
Pada 6 Ogos 2011, beliau menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Liga Perdana Rusia, FC Rostov.[5]
Kerjaya antarabangsa
Pletikosa menjadi pilihan pertama penjaga gol Croatia yang beraksi di Piala Dunia 2002. Namun, Croatia menduduki tempat ketiga selepas tewas dua kali kepada Mexico dan Ecuador manakala menang ke atas Itali.
Beliau juga sekali lagi menjadi pilihan pertama penjaga gol Croatia di UEFA Euro 2004 tetapi beliau mengalami kecederaan beberapa hari sebelum sepak mula kejohanan itu bermula. Tempat Pletikosa digantikan oleh Tomislav Butina. Butina kemudian menjadi pilihan pertama penjaga gol Croatia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2006 manakala Pletikosa hanya bermain dua perlawanan sahaja. Pada perlawanan Piala Dunia 2006, Pletikosa merebut semula jersi nombor satu selepas Butina mengalami kecederaan.
Semasa UEFA Euro 2008, beliau dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika perlawanan pembukaan menentang Austria. Beliau banyak membuat penyelamatan yang dilakukan oleh Austria, pasukan Croatia menang 1-0.
Pada 6 Februari 2013, Pletikosa bermain perlawanan ke-100nya untuk Croatia dan berjaya tidak dibolos selepas pasukannya membenam Korea Selatan, 4-0.[6]
Dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 pada 12 Jun menentang tuan rumah Brazil, ketika tendangan penalti diberikan kepada pasukan Brazil, Pletikosa berjaya menampan tendangan penalti oleh Neymar namun bola itu menjurus masuk ke gawang gol Croatia dan Brazil mendahului Croatia, 2-1. Keputusannya, Brazil menang 3-1.[7] Pada 17 Julai 2014, Pletikosa mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.
Pasukan kebangsaan Croatia | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1999 | 3 | 0 |
2000 | 5 | 0 |
2001 | 7 | 0 |
2002 | 10 | 0 |
2003 | 12 | 0 |
2004 | 5 | 0 |
2005 | 4 | 0 |
2006 | 11 | 0 |
2007 | 8 | 0 |
2008 | 12 | 0 |
2009 | 2 | 0 |
2010 | 2 | 0 |
2011 | 8 | 0 |
2012 | 10 | 0 |
2013 | 10 | 0 |
2014 | 5 | 0 |
Jumlah | 114 | 0 |
Statistik kerjaya
Kelab
- Sehingga 26 Julai 2014
Musim | Kelab | Liga | Liga | Piala | Benua | Lain | Total | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||||
1996–97 | Hajduk Split | Prva HNL | 1 | 0 | 0 | 0 | — | 1 | 0 | ||||
1997–98 | 1 | 0 | 0 | 0 | — | 1 | 0 | ||||||
1998–99 | 19 | 0 | 0 | 0 | — | 19 | 0 | ||||||
1999–2000 | 32 | 0 | 3 | 0 | — | 35 | 0 | ||||||
2000–01 | 31 | 1 | 2 | 0 | — | 33 | 1 | ||||||
2001–02 | 27 | 0 | 4 | 0 | — | 31 | 0 | ||||||
2002–03 | 30 | 3 | 4 | 2 | — | 34 | 5 | ||||||
2003–04 | Shakhtar Donetsk | Liga Perdana Ukraine | 23 | 0 | 4 | 0 | 0 | 0 | 27 | 0 | |||
2004–05 | 6 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 6 | 0 | |||||
2005–06 | Hajduk Split | Prva HNL (pinjaman) | 21 | 0 | — | — | 21 | 0 | |||||
2006–07 | Shakhtar Donetsk | Liga Perdana Ukraine | 3 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 4 | 0 | |||
2007 | Spartak Moscow | Liga Perdana Rusia | 29 | 0 | 2 | 0 | — | 31 | 0 | ||||
2008 | 30 | 0 | 8 | 0 | — | 38 | 0 | ||||||
2009 | 4 | 0 | 1 | 0 | — | — | 5 | 0 | |||||
2010 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 0 | 0 | ||||
2010–11 | Tottenham Hotspur (pinjaman) | Liga Perdana Inggeris | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 1 | 0 | 1 | 0 | ||
2011–12 | Rostov | Liga Perdana Rusia | 23 | 0 | 0 | 0 | — | 2 | 0 | 25 | 0 | ||
2012–13 | 30 | 0 | 3 | 0 | — | 2 | 0 | 35 | 0 | ||||
2013–14 | 27 | 0 | 3 | 0 | — | — | 30 | 0 | |||||
2014–15 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 2 | 0 | |||
Jumlah | Croatia | 162 | 4 | 13 | 2 | 0 | 0 | 175 | 6 | ||||
Jumlah | Ukraine | 32 | 0 | 5 | 0 | 0 | 0 | 37 | 0 | ||||
Jumlah | Rusia | 144 | 0 | 7 | 0 | 10 | 0 | 5 | 0 | 166 | 0 | ||
Jumlah | England | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 1 | 0 | ||
Jumlah kerjaya | 338 | 4 | 7 | 0 | 28 | 2 | 5 | 0 | 378 | 6 |
Penghargaan
Kelab
- Hajduk Split
- Prva HNL (1): 2000–01
- Piala Croatia (2): 1999–00, 2002–03
- Shakhtar Donetsk
- Liga Perdana Ukraine (1): 2004–05
- Piala Ukraine (1): 2003–04
- Piala Super Ukraine (1): 2005
- FC Rostov
- Piala Rusia (1): 2013–14
Individu
- Anugerah Heart of Hajduk: 2000, 2002
- Pemain Terbaik Prva HNL: 2001, 2002
- Pemain Terbaik Croatia: 2002
Rujukan
- ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai pada 8 July 2014.
- ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-02. Dicapai pada 6 April 2011.
- ^ "Pletikosa calls time on Croatia career". FIFA. 19 July 2014.
- ^ "Tottenham Hotspur complete Stipe Pletikosa loan deal". BBC Sport. 31 August 2010. Dicapai pada 31 August 2010.
- ^ "Pletikosa joins Rostov". FIFA.com. 6 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-15. Dicapai pada 30 September 2011.
- ^ "Srna strikes as Croatia beat South Korea". GOLTV. 6 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2 July 2014.
- ^ "Brazil 3-1 Croatia". BBC Sport. 12 June 2014. Dicapai pada 12 June 2014.
- Halaman menggunakan skuad kebangsaan tanpa pautan comp
- Kelahiran 1979
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Croatia
- Penjaga gol (bola sepak)
- Pemain FC Spartak Moscow
- Pemain FC Shakhtar Donetsk
- Pemain HNK Hajduk Split
- Pemain Piala Dunia FIFA 2002
- Pemain Piala Dunia FIFA 2006
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain Prva HNL
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain Liga Perdana Ukraine
- Pemain Liga Perdana Rusia
- Pemain UEFA Euro 2008
- Pemain UEFA Euro 2012
- Pemain Tottenham Hotspur F.C.
- Pemain FC Rostov