Berikut ialah jadual mengandungi semua tujuh kumpulan kelayakan. Pasukan yang mendapat tempat dalam kejohanan akhir are highlighted dalam hijau. Kedudukan pasukan adalah berdasarkan kedudukan akhir kumpulan.
Proses kelayakan bermula pada Ogos, 2006. Austria dan Switzerland telah diberikan tempat dalam kejohanan akhir sebagai tuan rumah.
Format kelayakan telah diubah jika dibandingkan dengan kejohanan sebelumnya. Juara dan naib juara dari tujuh kumpulan akan layak secara automatik bagi kejohanan tersebut, dengan tuan rumah akan mengisi dua tempat dalam kejohanan 16 pasukan. Perubahan itu bermakna tiada lagi perlawanan play-off di antara naib juara kumpulan. Enam dari kumpulan kelayakan mengandungi tujuh pasukan, dan satu lagi mengandungi lapan.
Sebagai warisan rasmi persatuan bola sepak sebelumnya, Serbia mewarisi kedudukan yang dikhaskan untuk Serbia dan Montenegro dalam kumpulan A disebabkan pembubaran kesatuan negeri-negeri berkenaan. Montenegro telah diberikan keahlian UEFA selepas kelayakan telah bermula dan oleh itu tidak dapat melibatkan diri dalam Kejohanan Eropah.
(*) Armenia dan Azerbaijan bermain hanya 12 perlawanan oleh sebab keputusan UEFA untuk membatalkan dua perlawanan diantara kedua-dua negara, dengan tiada mata diberikan kepada pasukan tersebut. [1]
Nota:
Kedudukan Serbia dan Finland berdasarkan rekod perlawanan mereka:
Serbia – 4 mata (0:0 H vs Finland, 2:0 A vs Finland)
Finland – 1 mata (0:2 H vs Serbia, 0:0 A vs Serbia)