Daerah di Brunei | |
---|---|
Kategori | Bahagian pentadbiran |
Lokasi | Brunei |
Bilangan | 4 |
Jumlah penduduk | 10,251 (Temburong) – 289,630 (Brunei-Muara) |
Keluasan | 571 km2 (220 bt2) (Brunei-Muara) – 2,727 km2 (1,053 bt2) (Belait) |
Kerajaan/pemerintah | |
Subbahagian |
![]() |
---|
![]() |
Portal Brunei |
Templat:Bahagian pentadbiran Brunei sidebar
Daerah ialah bahagian pentadbiran utama Brunei. Negara tersebut terbahagi kepada empat buah daerah, iaitu Brunei-Muara, Belait, Tutong dan Temburong. Temburong ialah sebuah eksklaf; ia secara fizikal terpisah daripada tiga daerah lain oleh Teluk Brunei dan negeri Sarawak, Malaysia. Setiap daerah mempunyai sebuah bandar sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi utama, termasuk Brunei-Muara, di mana pusat utamanya ialah Bandar Seri Begawan, sebuah bandar raya dan ibu negara.
Sejarah
Negara Brunei sebelum ini mempunyai enam buah daerah, iaitu Brunei, Muara, Limau Manis (juga dikenali sebagai Ulu Brunei), Tutong, Belait dan Temburong.[1] Pada 1908 Brunei dan Limau Manis digabungkan, dan pada 1938 daerah-daerah ini disusun semua membentuk empat daerah yang terkini.[1]
Pentadbiran
Setiap daerah ditadbir oleh Jabatan Daerah, di mana Jabatan Daerah ialah jabatan pemerintah di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Ketua bagi setiap jabatan ini ialah Pegawai Daerah dan dilantik oleh pemerintah.[2]
Sesebuah daerah dibahagikan kepada mukim, dan seterusnya setiap mukim mempunyai beberapa buah kampong. Setiap Jabatan Daerah menguruskan mukim dan kampong di bawah daerah masing-masing.
Daerah

Daerah | Ibu daerah | Penduduk (2016 census)[3] |
Kawasan (km2) |
Kawasan (batu persegi) |
Kepadatan penduduk (km2) |
Nombor mukim |
---|---|---|---|---|---|---|
Brunei-Muara | Bandar Seri Begawan (juga ibu negara Brunei) |
289,630 | 571 | 220 | Templat:Density | 18 |
Belait | Kuala Belait | 69,062 | 2,727 | 1,053 | Templat:Density | 8 |
Tutong | Pekan Tutong | 48,313 | 1,166 | 450 | Templat:Density | 8 |
Temburong | Pekan Bangar | 10,251 | 1,306 | 504 | Templat:Density | 5 |
Peta

Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Jabatan Muzium-Muzium Brunei 2004, m/s. 1.
- ^ "Brunei Darussalam" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 44. Dicapai pada 12 December 2017.
- ^ "Department of Economic Planning and Statistics - Population". www.deps.gov.bn. Dicapai pada 4 August 2021.
- Jabatan Muzium-Muzium Brunei (2004). Sungai Limau Manis: Tapak Arkeologi Abad Ke-10 - 13 Masihi. Jabatan Muzium-Muzium Brunei. ISBN 9991730184. OCLC 61123390.
Pautan luar
Templat:Articles on first-level administrative divisions of Asian countries