Mukim Gadong 'B' | |
|---|---|
| Negara | Brunei |
| Daerah | Brunei dan Muara |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 2,459.62 ha (6,077.85 ekar) |
| Penduduk (2016)[2] | |
| • Jumlah | 33,637 |
| • Kepadatan | 1,400/km2 (3,500/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
| Poskod | BExx18, BExx19 |
Mukim Gadong 'B' ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini berkeluasan 2,459.62 hektar (6,077.9 ekar) dan mempunyai penduduk seramai 33,637 orang pada tahun 2016.[1][2] Mukim Gadong 'B' merupakan sebahagian daripada kawasan bandaran Bandar Seri Begawan.[3]
Sejarah
Pada asalnya mukim ini adalah sebahagian dari Mukim Gadong namun pada 21 November 2005 ianya telah dipecahkan menjadi dua mukim; mukim yang satu lagi ialah Mukim Gadong 'A'.[1]
Sejak 1 Ogos 2007, kawasan bandaran Bandar Seri Begawan telah diperluaskan yang mana keseluruhan kawasan Mukim Gadong 'B' adalah termasuk dalam kawasan perluasan tersebut.[3]
Kampung
Kampung-kampung di bawah Mukim Gadong 'B' adalah seperti berikut:[2]
| Kampung | Penduduk (2016) |
|---|---|
| Kampung Beribi | 5,679 |
| Kampung Kiarong | 4,530 |
| Kampung Kiulap | 3,400 |
| Kampung Mata-Mata | 6,126 |
| Kampung Menglait | 2,262 |
| Kampung Pangkalan Gadong | 3,147 |
| Kampung Perpindahan Mata-Mata | 2,385 |
| Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 1 | 2,409 |
| Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 2 | 1,791 |
| Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 3 | 1,908 |
| Jumlah | 33,637 |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c Md. Zain, Norliah (2018-07-18). "Mendekati Mukim Gadong B". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2018-07-18. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
- ^ a b "KAWASAN BARU PERBANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN MULAI 1 OGOS 2007". bandaran-bsb.gov.bn. Dicapai pada 2018-04-07. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan)








