Tutong توتوڠ | |
---|---|
Bandaran | |
Pekan Tutong | |
Koordinat: 4°48′24.0″N 114°39′33.0″E / 4.806667°N 114.659167°EKoordinat: 4°48′24.0″N 114°39′33.0″E / 4.806667°N 114.659167°E | |
Diisytiharkan (kawasan Sanitary Board ) | 1929 |
Diisytiharkan (bandaran) | 1970 |
Pentadbiran | |
• Badan | Jabatan Bandaran Tutong |
• Pengerusi | Azmi bin Abdul Rahim |
Keluasan | |
• Jumlah | 2.4 ha (5.9 ekar) |
Laman sesawang | http://bandaran-tutong.gov.bn |
Pekan Tutong (Jawi:ڤكن توتوڠ) merupakan salah sebuah pekan di Brunei. Ia adalah pusat pentadbiran dan komersial bagi Daerah Tutong, salah satu dari empat daerah di negara ini.
Pentadbiran
Pentadbiran bagi Pekan Tutong dikendalikan oleh Jabatan Bandaran Tutong menerusi Lembaga Bandaran Tutong, ia diketuai oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong serta ahli-ahlinya terdiri dari Pegawai Daerah Tutong, Penghulu Mukim Pekan Tutong, beberapa pegawai-pegawai kerajaan atau wakilnya, dan orang-orang yang dilantik bagi mewakili penduduk dan badan-badan bukan kerajaan setempat.[1]
Pada asalnya Lembaga Bandaran dikenali dengan nama inggeris Sanitary Board sebelum ditukar menjadi nama yang ada sekarang pada tahun 1970.[2]
Kawasan
Kawasan di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran Tutong mempunyai keluasan 0.024 kilometer persegi dan ia terdiri daripada sebahagian Kampong Petani dan Bukit Bendera.[2] Kawasan Lembaga Bandaran yang ada sekarang ini adalah sama seperti yang telah diisytiharkan pada 13 November 1929.[2]
Ekonomi
Ekonomi Pekan Tutong adalah berasaskan kepada perniagaan. Terdapat beberapa pusat perniagaan yang mana tiga daripada adalah dipunyai oleh Jabatan Bandaran Tutong, iaitu Gerai Selera Tutong, Pasar Malam Pekan Tutong dan Pasarneka dan Tamu Daerah Tutong.[3] Perniagaan-perniagaan yang terdapat dalam Pekan Tutong adalah seperti kedai-kedai, restoran dan premis-premis makanan. Terdapat juga beberapa buah bank dan premis yang menawarkan insurans dan pinjaman.
Kemasyarakatan
Terdapat beberapa tempat bagi penduduk setempat dan sekitar Pekan Tutong mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Kompleks Sukan Tutong mempunyai kemudahan bagi beberapa sukan seperti bola sepak, belapan, renang dan sukan gelanggang seperti tenis dan badminton.[4] Kompleks Dewan Kemasyarakatan mempunyai dua dewan bagi mengadakan majlis-majlis rasmi dan kekeluargaan. Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan juga digunakan bagi acara Keberangkataan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi beramah-mesra dengan rakyat dan penduduk Daerah Tutong sempena hari keputeraan baginda pada tiap-tiap tahun iaitu dalam bulan Julai.[5]
Pendidikan
Institusi pendidikan dalam Pekan Tutong terdiri daripada beberapa buah sekolah dalam peringkat rendah dan menengah, serta sebuah dalam bidang ugama dan sebuah lagi bagi aliran arab. Sekolah-sekolah tersebut adalah:
- Sekolah Rendah Muda Hashim;
- Sekolah PERTAMA;
- Sekolah Chung Hwa;
- Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Nor'ain;
- Sekolah Menengah Muda Hashim;
- Sekolah Menengah Sufri Bolkiah; dan
- Ma'had Islam Brunei.
Penuntut-penuntut lepasan sekolah menengah yang ingin meneruskan ke peringkat tingkatan enam pergi ke Pusat Tingkatan Enam Tutong yang terletak di Kampung Bukit Beruang, iaitu satu-satunya pusat tingkatan enam di Daerah Tutong. Manakala bagi penuntut-penuntut yang ingin meneruskan dalam bidang pengajian tinggi, serta pendidikan teknikal dan vokasional pergi ke institusi berkenaan di luar daerah, samada Di Daerah Brunei-Muara atau Belait.
Pautan luar
Rujukan
- ^ http://bandaran-tutong.gov.bn/SitePages/Ahli-Ahli%20Lembaga%20Bandaran.aspx
- ^ a b c http://bandaran-tutong.gov.bn/SitePages/Sejarah%20Ringkas.aspx
- ^ http://bandaran-tutong.gov.bn/SitePages/Aset-Aset%20Jabatan.aspx
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-21. Dicapai pada 2017-06-05.
- ^ http://mediapermata.com.bn/tutong-membuka-tirai-2/[pautan mati kekal]