D'scover | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 27 Februari 2013 | |||
Dirakamkan pada | 2012 - 2013 | |||
Genre | J-pop, J-rock, rock alternatif | |||
Bahasa | Jepun | |||
Syarikat | YGEX | |||
Penerbit | Kameda Seiji, Matsuo Kiyoshi, Sasaji Masanori, VERBAL (m-flo) | |||
Kronologi D-Lite | ||||
| ||||
Kulit album alternatif | ||||
Kulit album versi CD+DVD |
||||
Kulit luar kotak album versi Playbutton |
||||
sunting · sunting di Wikidata |
D'scover merupakan album penuh pertama dalam bahasa Jepun oleh penyanyi dari Korea Selatan, Daesung (dikenali di Jepun sebagai D-Lite). Album ini terdiri daripada beberapa lagu penyusunan dan pembuatan semula lagu-lagu Jepun serta beberapa karya asli. Ia dilancarkan pada 27 Februari 2013.
Latar belakang
Berikutan kejayaan album mini kelima kumpulan Big Bang, Alive dan jelajah dunianya, ahli-ahli dalam kumpulan tersebut memutuskan untuk meneruskan aktiviti solo. Pada masa ini, ketua kumpulan, G-Dragon melancarkan album mini pertamanya dan rancangan sedang dilakukan bagi album solo Taeyang.[1] Ahli-ahli yang lain iaitu T.O.P dan Seungri pula melibatkan diri dalam bidang lakonan, pengacaraan dan menjadi tetamu dalam rancangan televisyen anekaragam di Jepun.[2] Daesung pula memutuskan untuk melancarkan album di Jepun dan telah memulakan persediannya sejak akhir tahun 2012.
Promosi
Pelancaran
Pada 5 Disember 2012, satu sidang akhbar telah diadakan oleh syarikat rakaman Daesung iaitu YG Entertainment. Dalam sidang tersebut, pengumuman mengenai pelancaran album solo Daesung pada 27 Februari 2013 dibuat. Album solo tersebut terdiri daripada 12 lagu, termasuklah penyusunan semula lagu-lagu popular Jepun serta lagu-lagu asal, "Baby Don't Cry" (Sayang Janganlah Menangis) dan "Wings" (Sayap). Ketika itu juga diumumkan bahawa Daesung akan mengadakan konsert solo pertamanya di Dewan Peringatan Dunia, Kobe pada 23 dan 24 Mac serta di Nippon Budokan, Tokyo pada 30 dan 31 Mac bagi mempromosikan album ini.[3]
Sebulan sebelum pelancaran album D'scover, pada 30 Januari 2013, senarai album dan kulit album telah didedahkan serta butiran mengenai versi berbeza album tersebut. Album tersebut dilancarkan dalam tiga versi yang berbeza iaitu versi CD sahaja, CD dan DVD serta versi Playbutton.[4] Bagi edisi CD dan DVD, kandungannya terdiri daripada penambahan yang tidak terdapat dalam versi-versi yang lain iaitu video muzik "今夜はブギー・バック" (Malam Tarian Kembali), video muzik "Wings" serta video di sebalik pembuatan album ini.
Pada 5 Februari 2013, video muzik versi pendek lagu "歌うたいのバラッド" (Balada Seorang Penyanyi) telah dilancarkan.[5] Beberapa hari kemudian iaitu pada 9 Februari, video muzik penuh lagu tersebut dilancarkan dalam rancangan video muzik Jepun.[6]
Jelajah D'scover 2013 di Jepun
Dalam pengumuman awal, Daesung akan mengadakan 4 buah konsert di Kobe dan Tokyo untuk mempromosikan album D'scover. Walau bagaimanapun, satu pengumuman dibuat pada 28 Februari 2013 dimana Daesung akan mengadakan 21 konsert tambahan di 17 buah bandar disebabkan oleh permintaan tinggi konsert tersebut. Jelajah konsert tersebut akan bermula di Dewan Peringatan Dunia Kobe pada 23 Mac 2013 dan berakhir pada 18 Jun di Yokohama Arena Kanagawa.[7]
Senarai runut
CD[8][9] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Penyanyi asal | Masa | |||||
1. | "陽のあたる坂道" (Hi no Ataru Sakamichi; Bukit Cerah) | Do As Infinity | Do As Infinity | Do As Infinity | 4:39 | |||||
2. | "アイ" (Ai) (Cinta) | Hata Motohiro | Hata Motohiro | Hata Motohiro (秦基博) | 5:50 | |||||
3. | "歌うたいのバラッド" (Utautai no Ballad; Balada Seorang Penyanyi) | Saito Kazuyoshi | Saito Kazuyoshi | Saito Kazuyoshi (斉藤和義) | 6:00 | |||||
4. | "全力少年" (Zenryoku Shounen; Jejaka Gagah) | Ōhashi Takuya, Tokida Shintaro | Ōhashi Takuya, Tokida Shintaro | Sukima Switch (スキマスイッチ) | 4:03 | |||||
5. | "Hello" (Helo) | Ayaka | Ayaka, Matsuura Akihisa | Ayaka (絢香) | 4:49 | |||||
6. | "じょいふる" (Joifuru; Joyful) | Mizuno Yoshiki | Mizuno Yoshiki | Ikimono-gakari (いきものがかり) | 3:46 | |||||
7. | "やさしさで溢れるように" (Yasashisa de Afureru You ni; Seperti Limpahan Kebaikan) | Ogura Shinko, Kameda Seiji | Ogura Shinko | JUJU (ジュジュ) | 4:59 | |||||
8. | "逢いたくていま" (Aitakute Ima; Ingin Bertemu Denganmu) | MISIA | Jun Sasaki | MISIA (ミーシャ) | 6:01 | |||||
9. | "夢の蕾" (Yume no Tsubomi; Putik Impian) | Fujimaki Ryota | Fujimaki Ryota | Remioromen (レミオロメン) | 5:26 | |||||
10. | "Baby Don't Cry" (Sayang Janganlah Menangis) (versi bahasa Jepun) | Shoko Fujibayashi | e.knock | Daesung (D-Lite) | 4:36 | |||||
11. | "Wings" (Sayap) (versi bahasa Jepun) | RJ Project | G-Dragon, Choi Pil Kang | Daesung (D-Lite) | 3:46 | |||||
12. | "今夜はブギ―・バック" (Konya wa Boogie Back; Malam Tarian Kembali) (bersama VERBAL daripada m-flo)) | K.Ozawa, M.Koshima, S.Matsumoto, Y.Matsumoto | K.Ozawa, M.Koshima, S.Matsumoto, Y.Matsumoto | Kenji Ozawa (小沢健二) | 4:28 | |||||
Jumlah masa: 58:23 |
DVD | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "歌うたいのバラッド" (Balada Seorang Penyanyi) (Video muzik) | |||||||||
2. | "Wings" (Sayap) (Video muzik) | |||||||||
3. | "Making of D'scover" | |||||||||
Carta
Carta Oricon
Dilancarkan pada | Carta Single Oricon | Kedudukan tertinggi | Jualan debut | Jumlah jualan | Dalam carta |
---|---|---|---|---|---|
27 Februari 2013 | Carta Harian | 2 | 35,205 | 1 minggu | |
Carta mingguan | 2 | 35,205 | |||
Carta Bulanan | 9 | 35,205 | |||
Carta Tahunan |
Sejarah pelancaran
Kawasan | Tarikh | Label | Format | Edisi |
---|---|---|---|---|
Jepun | 27 Februari 2013 | YGEX | CD, muat turun digital | CD, CD+DVD, Playbutton[4] |
Rujukan
- ^ (Korea)"네이버 뮤직 :: 찾는 기쁨 듣는 즐거움, 네이버 뮤직". Naver. 15 September 2012. Dicapai pada 19 Februari 2013.
- ^ (Inggeris) "Big Bang fokus dalam aktiviti solo selepas jelajah dunia berakhir". Allkpop. 15 Januari 2013. Dicapai pada 19 Februari 2013.
- ^ (Inggeris) "Daesung daripada kumpulan Big Bang akan melancarkan album solo berbahasa Jepun pada tahun hadapan". Allkpop. 5 Disember 2012. Dicapai pada 30 Januari 2013.
- ^ a b (Inggeris) "D'scover". Generasia (wiki). Dicapai pada 12 Mac 2013.
- ^ "D-LITE (from BIGBANG)『歌うたいのバラッド』M/V (Japanese Short Ver.)". YouTube. 5 Februari 2013. Dicapai pada 5 Februari 2013.
- ^ (Inggeris) "PV penuh untuk "Utautai no Ballad" Daesung (D-LITE) didedahkan". Allkpop. 9 Februari 2013. Dicapai pada 9 Februari 2013.
- ^ (Jepun)"TOUR :: D-LITE OFFICIAL WEBSITE". avex marketing. 28 Februari 2013. Dicapai pada 28 Februari 2013.
- ^ (Jepun)"D-LITE(from BIGBANG)J-POPカバーアルバム収録各曲が本日ラジオでOA解禁". Excite Japan. 30 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-31. Dicapai pada 30 Januari 2013.
- ^ "Daesung's "D-Lite D'scover" Album Cover Photos + Updates". bigbangupdates. 30 Januari 2013. Dicapai pada 30 Januari 2013.