Always | ||||
---|---|---|---|---|
Album mini oleh | ||||
Dilancarkan pada | 16 Ogos 2007 | |||
Dirakamkan pada | 2007 | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | K-pop, hip hop dan R&B kontemporari | |||
Bahasa | Bahasa Korea | |||
Syarikat | YG Entertainment | |||
Penerbit | Brave Brothers (en) dan Teddy Park | |||
Kronologi keseluruhan album BIGBANG | ||||
| ||||
Single daripada Always | ||||
| ||||
Video muzik | ||||
"거짓말" di YouTube "Always" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Always ialah album mini kedua bagi kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, BIGBANG. Album mini ini dikeluarkan pada 16 Ogos 2007 oleh syarikat YG Entertainment,[1] lapan bulan setelah pelancaran album studio pertama kumpulan, Bigbang Vol.1 (2022). Always ini terdiri daripada enam buah runut, dengan lagu "거짓말" (Tipu) dijadikan sebagai single utama.[2]
Secara komersial, album ini mencatat prapesanan sebanyak 30 ribu salinan[3] dan terjual melebihi 55 ribu pada penghujung Oktober 2007.[4]
Latar belakang
Album Always menandakan beberapa perubahan bagi kumpulan muzik BIGBANG. Walaupun mereka sebelum ini terlibat secara sendiri dengan penulisan dan penggubahan, kumpulan tersebut membawa kawalan yang lebih kreatif terhadap muzik mereka, beralih daripada hip-hop dan R&B kepada muzik tarian elektronik.[5] Anggota G-Dragon menggubah dan menulis untuk kebanyakan runut termasuklah single utamanya, "거짓말" (Tipu).[3] Beliau pada asalnya menulis lagu itu untuk album solonya, tetapi pihak syarikat memutuskan bahawa lagu itu lebih sesuai untuk kumpulan.[6]
Senarai runut
Senarai runut Always | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "우린 빅뱅" "Kami BIGBANG" (Intro) | BIGBANG | Perry | Perry | 1:36 | |||||
2. | "거짓말" "Tipu" | G-Dragon | G-Dragon | Brave Brothers | 3:49 | |||||
3. | "없는 번호" "Tanpa Nombor" | Yang Hyun-suk |
| Brave Brothers | 3:37 | |||||
4. | "아무렇지 않은 척" "Berpura-pura Tiada yang Salah" (solo T.O.P) (menampilkan Jieun) | T.O.P |
| Brave Brothers | 3:55 | |||||
5. | "Oh Ma Baby" "Oh Sayangku" | G-Dragon |
| Brave Brothers | 3:51 | |||||
6. | "Always" "Sentiasa" |
|
| Teddy | 3:53 | |||||
Jumlah masa: 20:41 |
Carta
Carta mingguan
Carta tahunan
|
Carta bulanan
|
Sejarah pelancaran
Wilayah | Tarikh | Format | Syarikat |
---|---|---|---|
Korea Selatan | 16 Ogos 2007 | YG Entertainment | |
Pelbagai | |||
Jepun | 4 September 2008 | CD[11][12] |
|
Rujukan
- ^ "Always" (dalam bahasa Inggeris). YG Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2014. Dicapai pada 16 Februari 2012.
- ^ Lim, Hee-yoon (16 Ogos 2007). "빅뱅, 16일 새 앨범 전격 공개". The Korea Herald (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2023. Dicapai pada 3 Disember 2023 – melalui Naver.
- ^ a b Kim, Myung-shin (17 Ogos 2007). "빅뱅, 'Always' 선주문 3만장 괴력" (dalam bahasa Korea). The Korea Economic Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2015. Dicapai pada 23 Januari 2010.
- ^ "2007. 10 월 - 가요음반 판매량" (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2008. Dicapai pada 16 Mei 2021.
- ^ Herman, Tamar (18 Ogos 2016). "Happy 10-Year Anniversary, BIGBANG! 10 Must-Listen Songs from the Boy Band". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2022.
- ^ Morgan (10 Mei 2015). "Throwback: Big Bang Gets Their Start with "Lies"". Seoul Beats (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2015.
- ^ "Album Chart – 2010 Weeks 16". Carta Gaon (dalam bahasa Korea). Persatuan Kandungan Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 2 Disember 2023.
- ^ Lee, Eun-jung (13 Mei 2008). "빅뱅, 연간 음반차트 1, 2위 석권" (dalam bahasa Korea). Berita Yonhap. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2019. Dicapai pada 2 Disember 2023.
- ^ "2007. 9 월 - 가요음반 판매량". Carta MIAK (dalam bahasa Korea). Persatuan Industri Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2008. Dicapai pada 2 Disember 2023.
Carian di 앨범 타이틀 > 빅뱅미니앨범1집
- ^ "Album Chart – 2010.04 Month". Carta Gaon (dalam bahasa Korea). Persatuan Kandungan Muzik Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 2 Disember 2023.
- ^ "Always: Mini Album". Tower Records (dalam bahasa Jepun). YG Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 2 Disember 2023.
- ^ "Always: Mini Album". Tower Records (dalam bahasa Jepun). Mnet Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 2 Disember 2023.