Chamek | |
|---|---|
Jalan Chamek | |
| Koordinat: 2°08′35″N 103°14′19″E / 2.14306°N 103.23861°E | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Kluang |
| Poskod | 86600 (Paloh) |
Chamek (Jawi: چمق, Cina: 占美) merupakan sebuah kampung di Daerah Kluang, Johor, Malaysia.[1] Nama kampung ini berasal daripada variasi perkataan Cina bagi Jambi, yang agak sukar untuk disebut.
Kampung ini merupakan sebuah kampung berbilang kaum, terdiri daripada penduduk Cina, Melayu dan India. Majoriti penduduk Melayu adalah berketurunan Jawa dan mengamalkan budaya Jawa dalam kehidupan seharian mereka. Penduduk kampung kebanyakannya bekerja di ladang getah, ladang kelapa sawit, dan ada juga yang membuka kedai runcit.
Kampung ini terletak berhampiran dengan bandar kecil Paloh, di mana kemudahan awam seperti pejabat pos, pusat kesihatan, dan balai polis lebih mudah diperolehi.
Pengangkutan
Bandar ini pernah dilayani oleh Stesen Keretapi Chamek milik Keretapi Tanah Melayu. Stesen tersebut ditutup secara kekal pada 7 September 2020 kerana projek elektrifikasi dan landasan berkembar Gemas–Johor Bahru.[2]
-
SJKC Chian Bee
-
Gereja
-
Gerbang Pintu Kampung Melayu Chamek
-
Surat Pos
-
Bangunan Balai Polis
-
Dewan Serbaguna
-
Taman permainan
-
Rumah-rumah dengan bendera kebangsaan
Rujukan
- ^ "Couple unaware of toxins". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2023-03-30. Dicapai pada 2023-10-19.
- ^ "Chamek Railway Station • RailTravel Station". RailTravel Station (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-08.








