Jementah adalah sebuah bandar di Daerah Segamat, Johor, Malaysia. Lokasinya terletak lebih kurang 21 km dari bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan. Jementah adalah pekan ketiga terbesar di daerah Segamat selepas Bandar Segamat dan Labis. Lebih kurang 10 km dari Jementah terletak Universiti Teknologi MARA Kampus Johor yang menjadikan Segamat sebagai pusat pendidikan kedua terpenting di Johor selepas Skudai.
Jementah juga adalah tempat berlakunya perang saudara pertama dalam sejarah Johor iaitu Perang Saudara Jementah pada 25 Oktober 1879.
Asal-usul Nama
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua versi bagaimana Jementah mendapat namanya. Versi pertama, dikatakan sewaktu tempat ini mula-mula dibuka, sesetengah penduduk kampung pada ketika itu mengadu "Jemu, jemu, jemu! Asyik-asyik menebang pokok saja!" yang lain pula menyahut "Entah, entah, entah!" . Penduduk setempat percaya dalam perkataan Melayu, iaitu Jemu dan Entah digabungkan menjadi Jementah.
Versi kedua pula, penduduk pada ketika itu jemu mencabut lintah yang menghisap darah sewaktu mereka sedang bekerja. Akibat daripada itu, perkataan Jemu dan Lintah dicantumkan menjadi Jementah.
Taman Perumahan
[sunting | sunting sumber]- Kampung Kubu Dedap
- Kampung Baru Jementah
- Taman Cempaka
- Taman Ria
- Taman Jaya
- Taman Molek
- Taman Sri Ganang
- Taman Intan
Pekan Berdekatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan dan pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jementah |
- YM Ungku Mohd. Zaman bin Tahir (1996). Segamat: Sejarah dan Mitosnya. Al-Kafilah Enterprise
- Perang Jementah - Penerangan mengenai Perang Saudara Jementah dalam Bahasa Melayu
- Asal Mula Nama Jementah - Melayu Online.com Diarkibkan 2016-11-04 di Wayback Machine
- Asal Usul Jementah - Petikan: Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia, Utusan Publications, 2009
- Peta lokasi Jementah