Pembidaan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2008 | |
---|---|
Sukan Olimpik 2008 Sukan Paralimpik 2008 | |
Maklumat | |
Jawatankuasa | Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) |
Tempat pengundian | Moscow, Russia |
Tarikh penting | |
Bidaan pertama | 1 Februari 2000 |
Bidaan kedua | 20 Jun 2000 |
Senarai pendek | 28 Ogos 2000 |
Keputusan | 13 Julai 2001 |
Keputusan | |
Juara | Beijing (56 undi) |
Naib juara | Toronto |
Pemilihan pertama yang menggunakan prosedur bidaan dua peringkat, dipersetujui oleh IOC pada Sesi ke-110 pada 1999. |
Sukan Olimpik 2008 |
---|
IOC COC BOCOG |
Lima bandar raya disenarai pendek yang melakukan bidaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008 (lebih dikenali sebagai Games of the XXIX Olympiad), yang mana Beijing telah berjaya menjadi tuan rumah pada 13 Julai 2001. Bandar raya lain yang disenarai pendek ialah Toronto, Paris, Istanbul, dan Osaka.
Pemilihan akhir
Pada pusingan pertama pengundian, hanya Beijing, Toronto, Paris, dan Istanbul yang tinggal; Osaka telah disingkirkan selepas hanya memperoleh enam undi sahaja. Pada pusingan kedua, Beijing memperoleh undian yang banyak daripada majoriti mutlak, dan tiada pusingan penentuan diperlukan. Keputusan[1] pada pusingan kedua seperti berikut: Beijing memperoleh 56 undi, Toronto 22, Paris 18, dan Istanbul 9. Walaupun begitu, dakwaan mengenai bidaan dari Paris dan Toronto juga secara teknikal sebagai pencabar dinyatakan, IOC, pimpinan Juan Antonio Samaranch, menunjukkan rasa belas kasihan dan teringin melihat China, negara paling ramai penduduknya di dunia, menjadi tuan rumah Pergerakan Olimpik.
Permohonan IOC diklasifikasikan[2] sebagai "sistem politik" sebagai "tugas untuk China" dan mendakwa: "The overall presence of strong governmental control and support is healthy...". Li Lan-Qing (17-07-2001, Perdana Menteri China): "The winning of the 2008 Olympic bid is an example of the the international recognition of China's social stability, economic progress and the healthy life of the Chinese people."
Sementara banyak negara memuji keputusan ini, kumpulan penentang mengemukakan isu hak asasi China sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya diterima. Parlimen Eropah mengemukakan isu mengenai resolusi[3] mengenai bidaan Beijing sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Untuk menghadapi isu yang dikaitkan itu, Beijing memilih moto iaitu "New Beijing, Great Olympics" bagi membuka lembaran baru ke atas negaranya bagi millennium yang baru.
Di Toronto, banyak sebab yang menyebabkan bandar raya itu tewas atas faktor Vancouver dipilih menjadi tuan rumah pada Olimpik Vancouver 2010.
Pemilihan Tuan Rumah Olimpik 2008 - keputusan kertas undi | |||||
---|---|---|---|---|---|
Bandar raya | NOC | Pusingan 1 | Pusingan 2 | ||
Beijing | Republik Rakyat China | 44 | 56 | ||
Toronto | Kanada | 20 | 22 | ||
Paris | Perancis | 15 | 18 | ||
Istanbul | Turki | 17 | 9 | ||
Osaka | Jepun | 6 | — |
Bandar raya lain
Tidak dimasukkan dalam senarai-pendek
Tidak dimasukkan dalam senarai, tetapi berhasrat
- Buenos Aires, Argentina
- Monterrey, Mexico
- Rio de Janeiro, Brazil
- Cape Town, Afrika Selatan
- Lisbon, Portugal
- Krasnaya Polyana, Rusia
- Israel/Gaza
- Bandar raya New York, Amerika Syarikat
Nota: Amerika Syarikat berhasrat untuk membida, tetapi USOC memutuskan tidak mahu membida pada Olimpik 2008 kerana AS pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1996 iaitu 12 tahun yang lalu.
Rujukan
Pautan luar
- (Inggeris) Pembidaan Olimpik 2008
- Bidaan Beijing untuk Sukan Olimpik 2008 Diarkibkan 2008-04-11 di Wayback Machine