![]() Seorang wanita meluncur air dengan berbaju selam | |
Kegunaan | Perlindungan haba untuk sukan air dan kerja bawah air |
---|---|
Pereka | Hugh Bradner (baju selam moden) |
Item berkaitan | Sut penyelaman, sut kering, sut air panas, pelindung ruam |
Baju selam (wetsuit)[1] (Jawi: باجو سلم ) atau sut basah (Jawi: سوت باسه ) ialah sut yang dipakai untuk memberikan perlindungan haba semasa basah.[2] Ia biasanya diperbuat daripada neoprena berbusa, dan dipakai oleh peluncur air, penyelam, peluncur angin (windsurfers), pendayung kanu, dan mereka yang terlibat dalam sukan air dan aktiviti lain di dalam atau di atas air. Tujuannya adalah untuk memberikan penebatan haba dan perlindungan daripada lelasan, pendedahan ultraungu, dan sengatan daripada organisma laut. Ia juga menyumbang kepada daya apungan tambahan. Sifat penebat busa neoprena bergantung terutamanya pada gelembung gas yang terperangkap di dalam bahan tersebut, di mana mengurangkan keupayaannya untuk mengalirkan haba. Gelembung gas ini juga memberikan pakaian selam ketumpatan rendah, memberikan keapungan di dalam air.[3]
Hugh Bradner, seorang ahli fizik dari University of California, Berkeley, mencipta baju selam moden pada tahun 1952.[4] Baju selam mula tersedia pada pertengahan tahun 1950-an. Baju selam berubah ansur apabila neoprena berbusa yang agak rapuh pada mulanya disokong, kemudian ia diapit dengan kepingan nipis bahan yang lebih kukuh seperti nilon atau spandeks (juga dikenali sebagai lycra). Penambahbaikan dalam cara penyambungan baju selam dibuat melalui pelekat, penampalan (taping) dan jahitan buta (blind-stitching), membantu sut tersebut kekal kalis air dan mengurangkan flushing (penggantian air yang terperangkap antara pakaian dan badan oleh air sejuk dari luar). Penambahbaikan lanjut pada pengedap di leher, pergelangan tangan, pergelangan kaki, dan zip menghasilkan sut yang dikenali sebagai semikering.
Pelbagai jenis baju selam dibuat untuk kegunaan yang berbeza dan untuk suhu yang berbeza.[5] Sut ini terdiri daripada baju selam pendek (shortie) yang berketebalan 2mm atau kurang, ia hanya menutupi torso, bahagian atas lengan, dan peha. Manakala sut semikering yang berketebalan 8mm menutupi torso, lengan, dan kaki, ia biasanya dilengkapi dengan but neoprena, sarung tangan dan hud.[6] Jenis baju selam bergantung pada suhu air dan kedalaman selam yang dirancang.
Perbezaan antara baju selam (wetsuit) dan sut kering (dry suit) ialah baju selam membenarkan air masuk ke dalam sut, walau bagaimanapun kepadanan tubuh yang baik mengehadkan peredaran air di dalam sut antara bahagian dalam dan luar sut, manakala sut kering direka untuk menghalang air daripada masuk, dengan itu memastikan sut pada bahagian dalam kering dan mengekalkan keberkesanan penebatnya. Baju selam boleh memberikan perlindungan yang mencukupi di dalam air suam hingga sederhana sejuk. Sut kering biasanya lebih mahal dan lebih kompleks untuk digunakan, tetapi boleh digunakan di mana perlindungan daripada suhu yang lebih rendah atau air yang tercemar diperlukan.[7]
Kegunaan
Fungsi utama baju selam ialah menebat haba untuk memastikan pemakainya kekal hangat dalam keadaan di mana mereka akan kehilangan haba badan dengan cepat disebabkan oleh pemindahan haba oleh kuantiti air yang agak banyak. Fungsi kedua dan sampingan ialah untuk keapungan dan perlindungan daripada beberapa bahaya persekitaran seperti lelasan, selaran matahari dan pada keadaan yang jarang ialah kesejukan angin. Baju selam digunakan untuk penebatan haba bagi aktiviti di mana pemakai yang berkemungkinan terendam dalam air atau kerap dibasahi dengan percikan air yang kuat, yang mana percikan air itu kerap datang dari arah yang mendatar, di mana pakaian cuaca basah yang biasa tidak mungkin dapat menahan air daripada masuk. Aktiviti tersebut termasuk menyelam dalam air, pelayaran, operasi menyelamat di laut, meluncur, berakit di sungai, kayak redah jeram dan dalam keadaan tertentu ialah berenang jarak jauh.
-
Penyelam skuba berbaju selam penuh, seorang lagi dengan hud
-
Sut sekeping yang dipakai oleh peluncur layang-layang
-
Sut keterlihatan tinggi untuk penyelamatan di laut
-
Peluncur berbaju selam penuh
-
Dalam perakitan, baju selam melindungi daripada kesejukan dan luka dan lelasan akibat perlanggaran dengan batu apabila terjatuh
Penebatan

Tanpa arus atau perolakan, air pegun menunjukkan kapasiti yang jauh lebih tinggi untuk mengalirkan haba keluar dari badan berbanding udara pegun, terbukti kira-kira 20 hingga 25 kali lebih berkesan.[5][8] Kekonduksian haba air berada pada 0.58 Wm-1K-1, manakala udara pegun hanyalah 0.024 Wm-1K-1.[9] Oleh itu, seseorang yang tidak terlindung berisiko mengalami hipotermia, walaupun dalam air itu adalah sederhana suam, tanpa mengira suhu udara persekitaran.[10]
Baju selam dibuat daripada neoprena busa sel tertutup (closed-cell), sejenis getah sintetik yang dihasilkan khas dengan gelembung kecil gas nitrogen untuk sifat penebatnya (walaupun begitu neoprena juga wujud dalam jenis bukan busa untuk kegunaan lain). Nitrogen, seperti kebanyakan gas, menunjukkan kekonduksian haba yang jauh lebih rendah daripada air atau bahan pepejal.[note 1] Sifat gelembung gas yang kecil dan terkurung ini berfungsi untuk meminimumkan pemindahan haba secara perolakan melalui gas, sama seperti udara yang terperangkap dalam fabrik, bulu, atau pelepah yang mana ia memberikan penebatan dengan mengurangkan perolakan. Kesan keseluruhannya ialah pemindahan haba sebahagian besarnya dihadkan pengalirannya, sebahagiannya melalui gelembung gas yang terperangkap, dengan itu mengurangkan kadar kehilangan haba dari badan (atau lapisan air hangat yang kekal di bawah pakaian) ke air sejuk di sekelilingnya.
Neoprena busa yang tidak dimampatkan biasanya mempunyai kekonduksian haba sekitar 0.054 Wm-1K-1, bermakna ia membenarkan kira-kira dua kali ganda kehilangan haba berbanding udara pegun tetapi hanya satu persepuluh daripada air. Walau bagaimanapun, pada kedalaman kira-kira 15 meter (50 kaki), neoprena busa biasa mengalami pemampatan, mengurangkan ketebalannya sebanyak separuh dan meningkatkan kekonduksiannya kira-kira 50%. Ini menghasilkan kadar kehilangan haba yang tiga kali ganda lebih tinggi berbanding di permukaan.[11] Gred spesifik neoprena busa sangat mempengaruhi keberkesanan penebatnya, terutamanya pada kedalaman dan sepanjang masa di dalam air. Gred yang lebih lembut, ringan, dan lebih elastik menjadikan perkadaran gelembung gas yang lebih banyak, ianya selesa dan menawarkan penebat yang berkesan berhampiran permukaan di mana sebahagian besarnya mengekalkan dimensinya. Kawasan yang diregangkan dengan ketara kehilangan ketebalan walaupun sebelum dikenakan tekanan kedalaman, yang juga menjejaskan penebat.[12] Tambahan pula, pendedahan yang lama kepada tekanan dan kitaran mampatan-nyahmampatan yang berulang secara beransur-ansur merosakkan busa neoprena, menyebabkan pengurangan isipadu, penebatan, keapungan dan kebolehlenturan.[13] Beberapa gelembung mungkin pecah di bawah tekanan dan kehilangan kandungan gasnya, dan busa mula menyerap lebih banyak air, seterusnya mengurangkan keupayaan penebatannya. Oleh itu, untuk mengekalkan prestasi pengaliran habanya, baju selam yang bertujuan untuk menyelam harus dibuat daripada jenis neoprena yang kurang mampat.[12]
Untuk prestasi optimum apabila terendam di dalam air, baju selam mesti mencapai padanan tubuh pemakai yang ketat dan mengikut bentuk badan. Sut yang longgar, terutamanya pada sekeliling bukaan seperti di pergelangan tangan, pergelangan kaki dan leher membenarkan air luar yang sejuk memasuki ke dalam apabila pemakai bergerak.[14] Kemasukan air yang banyak ini menghilangkan kesan lapisan penebat oleh air yang telah dihangatkan di antara sut dan badan. Pengedap yang fleksibel di manset membantu mencegah bentuk kehilangan haba ini. Keanjalan semula jadi neoprena busa dan bahan permukaannya memberikan regangan yang mencukupi untuk ramai individu memakai saiz standard yang sedia ada dengan berkesan. Walau bagaimanapun, ada yang memerlukan penyesuaian khas untuk memastikan padanan tubuh yang selamat serta keselesaan yang tidak menjejaskan keselamatan. Bahagian sut yang merentangi rongga boleh mengalami perubahan isipadu apabila pemakai membengkokkan bahagian badan tersebut, mewujudkan kesan pengepaman yang mengeluarkan air hangat dari bawah pakaian dan menyedut masuk air sejuk dari luar semasa pergerakan balas.
Keapungan
Neoprena berbuih mempunyai keapungan ketara yang berfaedah bagi perenang kerana ia membantu mereka kekal di permukaan. Oleh itu, penyelam mesti membawa berat tambahan, diselaraskan mengikut isipadu baju selam, untuk mencapai keapungan neutral berhampiran permukaan air.[5] Daya apungan semula jadi ini berkurangan dengan kedalaman disebabkan oleh kesan pemampatan, pengurangan yang berkadaran dengan kedua-dua kedalaman dan jumlah gas di dalam gelembung neoprena. Penyelam skuba boleh mengatasi kehilangan ini dengan mengembungkan alat pemampas apungan (buoyancy compensator) mereka. Walau bagaimanapun, penyelam bebas (breath-hold divers) tidak mempunyai pilihan ini dan mereka menghadapi cabaran tambahan seperti pengurangan keapungan pada kedalaman yang berpunca daripada pemampatan udara di dalam paru-paru mereka, di samping pengurangan isipadu baju selam. Perlindungan haba baju selam juga berkurangan apabila gelembung neoprena dimampatkan pada paras yang lebih dalam.[13][note 2]
Kajian yang mengukur perubahan isipadu dalam neoprena busa baju selam di bawah tekanan hidrostatik menunjukkan kehilangan kira-kira 30% daripada isipadu awal, dan oleh itu 30% daripada keapungan permukaan, dalam lingkungan 10 meter pertama. Tambahan 30% biasanya hilang pada kedalaman sekitar 60 meter, dengan isipadu stabil selepas kira-kira 100 meter, menunjukkan jumlah pengurangan kira-kira 65%.[11] Kehilangan apungan keseluruhan baju selam adalah berkadaran langsung dengan isipadu asalnya yang tidak dimampatkan. Sebagai contoh, baju selam lengkap setebal 6 mm yang menutupi luas permukaan badan seseorang purata (sekitar 2 m2) akan mempunyai isipadu awal tidak dimampatkan kira-kira 0.0105 m3, iaitu kira-kira 10 liter.[15] Jisimmya, bergantung pada campuran busa yang dikhususkan, mungkin sekitar 4 kg, menghasilkan keapungan bersih kira-kira 6 kg di permukaan. Untuk mencapai keapungan neutral bagi penurunan yang boleh diurus, secara amnya memerlukan membawa berat tambahan 6 kg. Baju selam ini akan kehilangan kira-kira 3 liter, atau 3 kg, daya apungan pada kedalaman 10 meter, meningkat kepada kehilangan daya apungan kira-kira 6 kg pada kedalaman 60 meter. Kehilangan ini boleh menjadi dua kali ganda bagi orang yang lebih besar apabila memakai baju selam berbilang bahagian di dalam air sejuk. Penyelam skuba mesti mengimbangi kehilangan daya apungan yang bergantung kepada kedalaman ini dengan menambah udara ke dalam alat pemampas apungan mereka untuk mengekalkan daya apungan neutral.
Selain kesan yang disebabkan oleh kedalaman, baju selam juga mengalami kehilangan daya apungan secara beransur-ansur dari semasa ke semasa, terutamanya apabila gas keluar dari gelembung sut itu. Tambahan pula, neoprena akan menjadi kurang fleksibel, mengeras dan mengecut. Kemerosotan ini dipercepatkan oleh pemakaian yang kerap, penyelaman yang dalam, dan pendedahan kepada cahaya matahari.[13] Neoprena termampat (compressed neoprene) dan neoprena terhancur (crushed neoprene) yang digunakan untuk air yang lebih panas atau sut kering menjalani pengurangan isipadu kekal dengan sengaja semasa pengeluaran melalui pemampatan hidrostatik. Proses ini direka khas untuk meminimumkan kelainan apungan mengikut kedalaman, walaupun begitu ia mengurangkan penebatan haba.[7]
Sejarah
Asal-usul

Pada tahun 1952, ahli fizik UC Berkeley dan seterusnya SIO UC San Diego, yang bernama Hugh Bradner, yang dianggap sebagai pencipta asal[16] atau bapa kepada baju selam moden,[16] mempunyai pandangan bahawa lapisan nipis air yang terperangkap boleh ditoleransi antara fabrik baju selam dan kulit, asalkan penebat yang mencukupi terdapat pada fabrik sut itu sendiri. Dalam kes ini, air akan cepat mencapai suhu kulit pemakai, dan gelembung gas dalam fabrik akan terus bertindak sebagai penebat haba untuk mengekalkannya. Dalam pemahaman popular, lapisan air antara kulit dan pakaian selam telah difahami sebagai penebat, tetapi Bradner jelas memahami bahawa baju selam ini tidak perlu basah kerana bukan air yang memberikan penebat tetapi sebaliknya gas dalam fabrik sut tersebut.[16][17] Beliau pada mulanya menghantar ideanya kepada Lauriston C. "Larry" Marshall, yang terlibat dalam Panel Penyelam Bawah Air U.S. Navy/National Research Council.[18] Walau bagaimanapun, Willard Bascom, seorang jurutera di Institusi Oseanografi Scripps di La Jolla, California, beliau lah yang mencadangkan neoprena busa sebagai bahan yang sesuai kepada Bradner.[17]
Bradner dan Bascom tidak terlalu berminat untuk mengaut keuntungan daripada reka bentuk mereka dan tidak berjaya memasarkan versi sut ini kepada orang awam.[17] Mereka cuba mempatenkan reka bentuk baju selam neoprena mereka, tetapi permohonan mereka ditolak kerana reka bentuk itu dianggap terlalu serupa dengan sut penerbangan.[17] Tentera Laut Amerika Syarikat (U.S. Navy) juga menolak tawaran Bradner dan Bascom untuk membekalkan perenang dan pasukan juruselam (frogmen) mereka dengan baju selam baru kerana bimbang gas dalam komponen neoprena sut itu mungkin memudahkan penyelam tentera laut dikesan oleh sonar bawah air.[17] Pendokumenan bertulis pertama mengenai ciptaan Bradner adalah dalam surat kepada Marshall, bertarikh 21 Jun 1951.[18]
Jack O'Neill mula menggunakan busa neoprena sel tertutup yang menurut dakwaan beliau ditunjukkan kepadanya oleh rakan luncur badan beliau, Harry Hind, yang mengetahui bahan tersebut sebagai bahan penebat dalam kerja makmalnya.[19][20] Setelah bereksperimen dengan bahan itu dan mendapati ia lebih unggul daripada busa penebat lain, O'Neill mengasaskan syarikat pembuatan baju selam yang berjaya dan ia dinamakan O'Neill di sebuah garaj di San Francisco pada tahun 1952, kemudian mereka berpindah ke Santa Cruz, California,[21] pada tahun 1959 dengan moto "It's Always Summer on the Inside" (Di Dalam Sentiasa Musim Panas).[22][23] Bob dan Bill Meistrell, dari Manhattan Beach, California, juga mula bereksperimen dengan neoprena sekitar tahun 1953. Mereka memulakan sebuah syarikat yang kemudiannya dinamakan Body Glove.

Neoprena bukanlah satu-satunya bahan yang digunakan dalam rekaan baju selam awal, terutamanya di Eropah dan Australia. Sut isotermik Pêche-Sport[24][25][26] yang dicipta oleh Georges Beuchat pada tahun 1953 dan pakaian renang Siebe Gorman buatan UK kedua-duanya diperbuat daripada getah span.[27] Sut Heinke Dolphin[28] dari masa yang sama, juga dibuat di England, datang dalam versi lelaki berwarna hijau dan wanita berwarna putih, kedua-duanya dihasilkan daripada getah asli yang dilapisi stokinet (stockinette). Seawal Julai 1951, pemburu bawah air di Australia telah bereksperimen dengan baju selam yang diperbuat daripada getah asli dari jenis wrap on, yang mana ia tidak dishasratkan untuk menjadi 100% kalis air tetapi didakwa oleh mereka bahawa kebocoran air melaluinya sangat perlahan sehingga kehangatan badan di bawahnya dikekalkan selama berjam-jam.[29] Menjelang Mei 1953, pengeluar peralatan bawah air Bondi iaitu Undersee Products telahpun mengedarkan reka bentuk seperti singlet ini secara komersial ke kedai barangan sukan Australia, di mana ia digambarkan begini: "Diperbuat daripada kepingan getah tebal, sut Sealskin paling berkesan apabila dipakai di atas jersi bola sepak. Apabila jersi menjadi basah, getah menahannya erat pada badan, dan dengan itu kehangatan dijana. Peredaran air secara automatik berhenti, dan kehangatan badan terkumpul dalam jersi yang lembap. Pakaian Seaskin memberikan penebat bawah air dan perlindungan angin di atas air."[30]
Pembangunan reka bentuk sut
![]() |
Pada awalnya, baju selam direka hanya daripada kepingan getah busa atau neoprena tanpa sebarang bahan sokongan. Sut sedemikian memerlukan pengendalian yang cermat semasa dipakai kerana sifat getah busa yang rapuh dan melekit pada kulit. Regangan dan tarikan yang berlebihan sering mengakibatkan sut ini untuk koyak.[31] Untuk mengurangkan masalah ini, penyelam menggunakan bedak talkum dengan banyak pada pakaian selam dan badan mereka untuk memudahkan material getah meluncur dengan lebih lancar.[32]
Bahan sokongan mula muncul dalam bentuk kain nilon rajut yang dilekatkan pada satu sisi neoprena. Ini membolehkan perenang memakai sut dengan mudah kerana nilon mengambil sebahagian besar tekanan ketika sut itu ditarik serta terdapat kurang geseran antara nilon dan kulit, tetapi sut itu masih mempunyai busa kosong yang terdedah pada bahagian luar dan nilon agak kaku, menghadkan fleksibiliti. Jalur kecil neoprena yang diterbalikkan dengan bahagian getah menghadap ke kulit boleh membantu menyediakan permukaan kedap untuk menahan air keluar dari sekeliling leher, pergelangan tangan, dan pergelangan kaki.
Pada tahun 1960, Syarikat Dunlop Sports British mengeluarkan baju selam neoprena Aquafort berwarna kuning, yang keterlihatannya tinggi bertujuan untuk meningkatkan keselamatan penyelam.[33] Walau bagaimanapun, barisan produk itu dihentikan selepas tempoh yang singkat, dan baju selam kembali kepada keseragaman warna hitam. Baju selam berwarna-warni yang dilihat lebih baru muncul pada tahun 1970-an apabila neoprena dua lapisan (double-backed neoprene) dibangunkan. Dalam bahan ini, getah busa diapit di antara dua lapisan luar fabrik pelindung, ianya sangat meningkatkan ketahanan daripada terkoyak. Lapisan luar juga bertujuan sebagai warna hiasan, logo, dan corak yang mana ia boleh dibuat dengan panel dan jalur yang dijahit dalam pelbagai bentuk. Perubahan daripada getah hitam kosong dan rata kepada warna penuh melonjak pada tahun 1980-an, dengan warna neon yang terang menjadi umum pada banyak baju selam.
Penambahbaikan dalam pemasangan sut
Pada mulanya, baju selam dipasang hanya dengan menindih dua keping bahan getah dan dijahitnya bersama menggunakan kaedah jahitan konvensional. Pendekatan ini terbukti bermasalah untuk baju selam getah atas beberapa sebab utama. Isu utama ialah proses menyucuk jarum lurus melalui kedua-dua lapisan busa menghasilkan lubang, dengan berkesan membuka laluan air untuk bergerak bebas masuk dan keluar dari sut. Isu kedua ialah regangan busa semasa dipakai cenderung untuk membesarkan lubang jarum ini. Kesannya, baju selam menjadi sangat sejuk di sepanjang semua garisan jahitan. Tambahan pula, walaupun jahitan menyambungkan kepingan, ia juga bertindak seperti garisan tebukan, menjadikan sut lebih mudah koyak di sepanjang jahitan ini semasa dipakai atau ditanggalkan.
Pengenalan neoprena dengan lapisan nilon membantu menyelesaikan masalah jarum melemahkan bahan busa itu sendiri. Walau bagaimanapun, isu asas kebocoran air melalui lubang jarum di sepanjang jahitan masih kekal.
Pemitaan kelim
Untuk mengatasi cabaran awal yang berkaitan dengan penjahitan tradisional, kaedah pemitaan kelim (seam taping) telah dibangunkan. Ini melibatkan penggunaan pita yang biasanya diperbuat daripada fabrik nilon yang kukuh dengan lapisan getah kalis air nipis berterusan, dan ia terus dipitakan atas garisan jahitan. Pita ini dilekatkan pada neoprena, sama ada dengan pelarut kimia atau menggunakan haba untuk mencairkannya ke dalam bahan tersebut.[34][35] Teknologi ini membolehkan sut dijahit terlebih dahulu dan kemudian dilekatkan dengan pita. Pita tersebut menutupi lubang jahitan untuk mengedapnya daripada air dan juga memberikan kekuatan tambahan untuk mengelakkan koyakan di sepanjang garisan jahitan jarum.
Apabila baju selam yang menampilkan reka bentuk berwarna-warni dengan nilon di kedua-dua belah (double-backed) menjadi fesyen, sebahagian besar penggunaan pita beralih ke bahagian dalam sut. Ini kerana pita, yang selalunya agak lebar, mempunyai tepi yang tidak teratur, berwarna hitam, dan dianggap tidak menarik, maka ianya disembunyikan di dalam pakaian dan tidak kelihatan. Walaupun ini menjadi trend, banyak baju selam pada tahun 1960-an dan 1970-an berwarna hitam tetapi sengaja menampilkan pita sambungan berwarna kuning yang kelihatan, warna terang ini dipilih untuk menjadikan penyelam lebih mudah dikesan dalam keadaan air yang gelap dan kabur. Perkembangan selanjutnya untuk mencegah kebocoran air melalui lubang jarum termasuk inovasi seperti pita sambungan yang menggabungkan lapisan nilon nipis dengan pita penguat poliester. Apabila digunakan di bahagian dalam jahitan yang telah dilekatkan dan dijahit, ia kemudiannya dipanaskan dan dilekatkan dengan seterika tangan, kaedah ini menghasilkan jahitan yang bukan sahaja kedap air yang dipercayai tetapi juga jauh lebih kuat.[36]
Perekatan kelim
Kaedah lain yang digunakan sebagai alternatif kepada jahitan adalah hanya melekatkan bahagian tepi bahan baju selam bersama-sama. Teknik ini menghasilkan sambungan yang licin dan rata yang tidak semestinya memerlukan pita. Walau bagaimanapun, melekatkan busa mentah terus ke busa mentah yang lain tidak menghasilkan ikatan yang kuat dan masih terdedah kepada koyakan.
Pada zaman awal, kebanyakan baju selam dibuat sepenuhnya dengan tangan. Proses manual ini boleh menyebabkan ketidaktepatan semasa pemotongan panel busa. Jika tepi potongan tidak sejajar dengan sempurna atau jika proses pelekatan tidak dilaksanakan dengan betul, maka boleh berlaku kebocoran air di sepanjang kawasan jahitan. Pada mulanya, kaedah pembinaan yang berbeza digunakan secara berasingan iaitu baju selam boleh dijahit sahaja, dilekatkan sahaja, atau dipasang pita sahaja. Dari masa ke masa, penggabungan menjadi lazim, seperti dijahit dan dipasang pita, dilekatkan dan dipasang pita, atau kadang-kadang ketiga-tiga teknik digunakan bersama.
Jahitan buta
Beberapa lama selepas kemunculan neoprena berlapis nilon, kaedah jahitan buta (blind stitching) telah dicipta. Mesin yang direka untuk jahitan buta menggunakan jarum melengkung. Yang penting, jarum ini tidak menembusi neoprena sepenuhnya. Sebaliknya, ia hanya masuk ke dalam bahan secara cetek dari belakang lapisan fabrik, melintasi garisan di mana kedua-dua kepingan dilekatkan bersama, dan kemudian keluar dari permukaan pada sisi neoprena yang sama ia masuk.[37] Teknik ini serupa dengan jahitan overlock yang biasa digunakan dalam pakaian yang diperbuat daripada fabrik rajutan yang regang seperti baju-T. Jarum melengkung membolehkan lapisan fabrik kedua-dua kepingan disambung dengan selamat tanpa menebuk lubang lengkap melalui lapisan neoprena, dengan itu menghapuskan punca saluran kebocoran air di sepanjang jahitan. Jahitan buta juga terletak sangat rata di mana tepi bahan bertemu, membolehkan sut mengikut bentuk badan dengan lebih rapat dan lancar. Kerana kelebihan yang ketara ini menghapuskan kebocoran dan menghasilkan kesesuaian yang rata, jahitan buta dengan cepat menjadi kaedah lazim untuk menyambung panel baju selam. Teknik jahitan lama yang lain kini kebanyakannya digunakan untuk tujuan bergaya atau hiasan semata-mata.
Kemajuan selanjutnya dalam reka bentuk sut
Tekstil yang sangat elastik, seperti spandeks (juga dikenali sebagai Lycra), sebahagian besarnya telah menggantikan lapisan belakang nilon yang tradisional. Ini kerana kain nilon rajut sahaja tidak boleh meregang sebanyak mana gentian Lycra. Penggabungan Lycra ke dalam lapisan belakang membenarkan tahap regangan yang lebih besar tanpa merosakkan sut dan membolehkan baju selam diregangkan dengan lebih berkesan untuk kesesuaian yang lebih baik sambil kekal selesa, dengan itu menjadikan keperluan untuk penyesuaian khas yang tepat kurang sukar.
Walaupun selepas pembangunan neoprena dua lapisan (double-backed), neoprena satu lapisan (single-backed) masih mempunyai aplikasi yang berharga. Jalur sempadan nipis yang diperbuat daripada neoprena satu lapisan dengan permukaan licin, dililit pada sekeliling bukaan kaki, leher, dan pergelangan tangan, menghasilkan kedapan yang lebih berkesan pada kulit berbanding lapisan fabrik rajut. Ini secara signifikan mengurangkan "flushing" air masuk dan keluar dari pakaian selam di titik-titik ini apabila pemakai bergerak. Kerana jalur ini kecil, ia tidak menyebabkan seretan yang ketara pada kulit pemakai, dan lapisan dalam memudahkan pemakaian dan penanggalan. Jalur ini juga boleh diletakkan dengan sisi licin menghadap ke luar dan dilipat ke dalam untuk menghasilkan kedapan yang kukuh dengan kawasan kecil bahan licin pada kulit di bawah tekanan sentuhan yang sedikit meningkat. Jenis kedapan ini juga berkesan untuk sut kering neoprena) apabila direka dengan betul.
Pada awal tahun 1970-an, Gul Wetsuits memperkenalkan reka bentuk perintis baju selam sekeping, yang menjadi popular dan dikenali sebagai steamer. Nama ini berasal daripada wap air yang terluwap kelihatan dilepaskan apabila baju selam ditanggalkan, menandakan pelepasan haba dan air yang terkandung di celah permukaan atara badan dan baju selam. Baju selam sekeping kadangkala masih dirujuk secara tidak rasmi sebagai steamers.[38]
Apabila pengeluar baju selam terus memperhalusi reka bentuknya, mereka menemui kaedah untuk mengoptimumkan dan menyesuaikan bahan dengan lebih lanjut. Animal Skin oleh O'Neill, yang dibangunkan pada tahun 1974, berfungsi sebagai contoh awal evolusi ini. Ia merupakan antara reka bentuk pertama yang menggabungkan garis leher penyu (turtleneck) (diinspirasikan oleh Sealsuit yang popular)[Penjelasan diperlukan] dengan zip mendatar yang fleksibel dan ringan yang diletakkan di belakang bahu, secara konseptual mengambil ciri daripada inovasi terdahulu seperti Supersuit yang boleh dikembungkan dan kalis air (dibangunkan pada akhir 1960-an).[perlu rujukan] Reka bentuk Animal Skin akhirnya berkembang untuk menggabungkan corak getah acuan yang dilekatkan secara langsung ke bahagian luar kepingan neoprena. Teknik ini, pada mulanya dicetuskan untuk menggunakan logo getah acuan yang timbul bagi menggantikan pelekat rata standard, ia telah berkembang menjadi penggunaan pad getah yang digayakan untuk menguatkan kawasan yang terdedah seperti lutut dan siku, melindungi baju selam daripada haus, dan membolehkan logo dilekatkan secara langsung pada bahan getah mentah. Selain itu, kepadanan tubuh Animal Skin yang longgar membenarkan penyepaduan lapisan ves penebat tambahan untuk digunakan dalam keadaan yang sangat sejuk.[perlu rujukan]
Sejak kebelakangan ini, pengeluar telah terlibat dalam eksperimen dengan mencampurkan pelbagai bahan dengan neoprena untuk meningkatkan kehangatan atau fleksibiliti baju selam mereka. Contoh bahan sedemikian termasuk antara yang lain ialah spandeks dan bulu.
Syarikat seperti Patagonia kini sedang berusaha untuk mengitar semula bahan daripada baju selam lama yang usang dan menggunakannya semula untuk menjadikan baju selam baharu dengan jejak alam sekitar yang berkurangan, ia sering dirujuk sebagai baju selam rendah karbon.[39]
Teknologi pembuatan canggih, termasuk teknik pemotongan ketepatan dikawal komputer seperti pemotongan jet air, telah memudahkan tahap ketepatan jahitan yang belum pernah ada sebelumnya. Ketepatan ini membolehkan pereka memasukkan banyak panel kecil individu dengan warna yang berbeza sambil memastikan baju selam kekal bebas daripada herotan seperti benjolan atau riak yang disebabkan oleh pemotongan yang tidak tepat atau jahitan yang tidak sejajar. Perkembangan selanjutnya dalam teknologi CAD (computer-aided design) kini membolehkan tahap pemotongan ketepatan ini untuk mencipta baju selam saiz khas (custom-fit) yang sangat tepat.
Kepulangan neoprena satu lapisan
Apabila baju selam terus berkembang, penggunaannya diteroka dalam sukan lain seperti renang air terbuka dan triatlon. Walaupun neoprena dua lapisan kuat, permukaan kainnya agak kasar dan menghasilkan seretan yang besar di dalam air, melambatkan perenang. Sut satu lapisan mempunyai permukaan luaran yang lebih licin, yang menyebabkan kurang seretan.[perlu rujukan] Dengan kemajuan lapisan belakang Lycra yang elastik dan jahitan buta, sut neoprena satu lapisan boleh dibuat untuk mengatasi versi awalnya dari tahun 1970-an. Perkembangan lain dalam baju selam satu lapisan termasuk pakaian yang direka untuk selam bebas dan menombak ikan. Neoprena satu lapisan lebih fleksibel daripada neoprena dua lapisan. Untuk mencapai keanjalan dan ketebalan rendah bagi kehangatan baju selam tertentu, bahagian dalamnya tidak berlapis, dan permukaan mentah neoprena yang sedikit berliang melekat erat pada kulit dan mengurangkan flushing air dari baju selam. Permukaan luar yang berlapis boleh dicetak dengan corak penyamaran untuk menombak ikan dan lebih tahan terhadap kerosakan semasa digunakan.[perlu rujukan]
Sesetengah baju selam triatlon melangkah lebih jauh dan menggunakan kaedah pengacuan dan tekstur getah untuk mengasarkan permukaan sut di bahagian lengan bawah bagi meningkatkan seretan dan membantu menarik perenang ke hadapan melalui air. Neoprena senipis 1 mm juga digunakan di kawasan bawah kawasan lengan untuk mengurangkan rintangan peregangan dan mengurangkan ketegangan pada perenang apabila mereka menghulurkan tangan ke atas kepala mereka.
Pakaian selam yang digunakan untuk jelajah gua selalunya satu lapisan dengan permukaan bertekstur yang dikenali sebagai sharkskin (kulit jerung), yang merupakan lapisan nipis di mana neoprena kurang mengembang. Ini menjadikannya lebih tahan kehausan terhadap perangkakan di antara batu-batu dan tidak mudah koyak seperti fabrik.[perlu rujukan]
Satu lagi sebab untuk menghilangkan lapisan luar tekstil adalah untuk mengurangkan penyerapan air, yang boleh meningkatkan penyejukan kesejatan dan kesejukan angin (wind chill) pada sut yang dipakai terutamanya di luar air.[perlu rujukan]
Jenis
Tatabentuk
Pelbagai reka bentuk baju selam tersedia, dengan jumlah liputan badan yang berbeza-beza. Kebanyakannya boleh dipakai secara bersendirian atau dalam gabungan untuk disesuaikan dengan keadaan:
- Ves tanpa lengan, ia hanya menutupi torso, memberikan liputan minimum. Sesetengahnya disertakan dengan hud yang terpasang. Ia biasanya tidak bertujuan untuk dipakai secara bersendirian tetapi sebagai lapisan tambahan di atas atau di bawah baju selam yang lebih panjang.
- Tunik berhud, ia menutupi torso dan kepala, dengan kaki pendek serta sama ada lengan pendek atau tanpa lengan, biasanya bertujuan untuk dipakai di atas baju selam penuh dan mempunyai penutup berzip. Ia boleh dilengkapi dengan poket untuk membawa aksesori.
- Jaket menutupi torso dan lengan dengan liputan yang sedikit atau tiada liputan langsung untuk kaki. Sesetengah jaket mempunyai kaki pendek seperti shorty (baju selam yang berlengan dan berkaki pendek), manakala jaket yang lain mempunyai bukaan kaki serupa dengan pakaian renang wanita. Gaya ketiga, iaitu beavertail atau bodysuit, mempunyai lipatan yang melintas melalui kelangkang dan melekat di bahagian hadapan dengan klip, togol, atau pengikat velkro. Ia dipakai bersama (di atas) atau tanpa long john atau seluar. Jaket boleh termasuk hud yang disepadukan dan boleh juga mempunyai zip penuh atau separa di bahagian hadapan.
- Spring suit menutupi torso dan mempunyai lengan pendek atau panjang serta kaki pendek.[40]
- Seluar menutupi bahagian bawah torso dan kaki.
- Short john atau shorty, atau baju selam pendek menutupi torso dan kaki hingga ke lutut sahaja dan ia tidak mempunyai lengan serta ia merupakan versi long john yang berkaki pendek.
- Long john, johnny suit, atau farmer john/jane (bergantung pada jantina yang direka untuknya) menutupi torso dan kaki sahaja; ia menyerupai baju luar (bib overall).
- Sut penuh atau steamer menutupi torso dan sepanjang lengan serta kaki. Sesetengah versi datang dengan lengan sepanjang baju-T standard dan ia dikenali sebagai steamer berlengan pendek.[41]
Sesetengah baju selam disusun dalam dua bahagian, iaitu jaket dan long john yang boleh dipakai secara berasingan dalam keadaan ringan atau dipakai bersama untuk memberikan dua lapisan penebat di sekeliling torso dalam keadaan sejuk. Biasanya, baju selam air sejuk dua kepingan mempunyai gabungan ketebalan neoprena 10 hingga 14 mm di atas torso dan ketebalan tunggal 5 hingga 7 mm pada bahagian anggota badan.
Ketebalan
Baju selam tersedia dalam ketebalan yang berbeza bergantung pada keadaan di mana ia bertujuan untuk digunakan.[5] Busa neoprena tersedia dalam ketebalan sehingga 10 mm,[42] walaupun 7 mm dan ke bawah adalah yang paling banyak. Semakin tebal sut, semakin hangat ia akan mengekalkan pemakainya, tetapi semakin ia akan menyekat pergerakan si pemakai. Kerana baju selam menawarkan perlindungan ketara daripada sengatan obor-obor, karang, selaran matahari, dan bahaya lain, ramai penyelam memilih untuk memakai sut nipis yang memberikan penebat minimum (kadang-kadang dipanggil ia bodysuit atau dive skin) walaupun air cukup hangat untuk menjadi selesa tanpa pakaian penebat.[5] Sut yang tebal akan menyekat pergerakan, dan apabila ketebalan ditingkatkan, sut menjadi tidak praktikal, bergantung pada penggunaanya. Ini adalah salah satu sebab mengapa sut kering lebih disukai untuk beberapa penggunaan. Baju selam biasanya ditentukan berdasarkan ketebalan dan gayanya. Contohnya, baju selam dengan ketebalan torso 5 mm dan ketebalan anggota badan (tangan dan kaki) 3 mm digambarkan sebagai 5/3 (ia dibaca lima tiga atau lima per tiga). Dengan teknologi baru, neoprena menjadi semakin fleksibel. Baju selam 4/3 yang moden terasa selentur baju selam 3/2 dari beberapa tahun lalu. Sesetengah sut mempunyai lapisan tambahan yang ditambah untuk kawasan penting seperti bahagian bawah belakang. Kefleksibelan yang lebih baik datang dengan kos kebolehmampatan yang lebih besar, yang mana ia mengurangkan penebatan pada kedalaman yang meningkat, tetapi ini hanya penting untuk aktiviti menyelam.
Kemasan permukaan
Neoprena busa yang digunakan untuk baju selam sentiasa bersifat sel tertutup, dalam erti kata gelembung gas kebanyakannya tidak bersambungan antara satu sama lain di dalam neoprena. Ini adalah perlu untuk mencegah penyerapan air dan gelembung gas inilah yang melakukan sebahagian besar penebatan. Kepingan neoprena tebal dibuihkan di dalam acuan dan permukaan yang bersentuhan dengan acuan mengambil tekstur songsang dari permukaan acuan. Pada zaman awal pembuatan baju selam, ianya seringkali merupakan corak berlian atau yang serupa, tetapi ia juga boleh menjadi licin dan rata untuk seretan rendah dan pengeringan yang cepat. Permukaan busa yang dipotong mempunyai kemasan kusam yang kurang berliang, ini kerana proses pemotongan melalui sejumlah besar gelembung meninggalkan apa yang dipanggil kemasan permukaan sel terbuka, akan tetapi sebahagian besar busa kekal sebagai sel tertutup. Kemasan sel terbuka adalah yang paling regang dan paling kurang tahan koyak. Ia sangat mengikut bentuk badan dan selesa pada kulit, tetapi keliangan ini menggalakkan pertumbuhan bakteria jika tidak dicuci dengan baik selepas dipakai dan permukaan busa tidak menggelongsor dengan bebas pada kulit pemakai melainkan dilincirkan.[perlu rujukan]
Pelapisan baju selam
Permukaan yang dipotong biasanya dilekatkan pada fabrik rajut sintetik maka ia memberikan ketahanan koyak yang jauh lebih besar dengan mengorbankan sedikit kelenturan dan regangan. Fabrik ini boleh dilekatkan pada satu atau kedua-dua permukaan dalam pelbagai kombinasi komposisi, tenunan, berat, warna, kenipisan, kelicinan, kerapuhan, ketebalan, kekuatan, regangan untuk kawasan yang sering haus atau lapisan jenis kain gatifah (plush type) bagi mengurangkan aliran air. Fabrik pelapik bulu Merino juga telah digunakan untuk pelapisan potongan baju selam. Fabrik yang dilapisi pada satu sisi sahaja lebih fleksibel berbanding fabrik yang berlapis dua.[12] Setelah kepingan busa dihiris hingga ketebalan yang diperlukan, lapisan gam disapukan padanya, dan lapisan yang dipilih ditekan oleh penggelek lamina. Pelapik yang lebih fleksibel dipilih untuk kebanyakan aplikasi.[43] Busa neoprena juga tersedia dengan permukaan fabrik yang diperkuatkan Kevlar untuk ketahanan potongan dan lelasan yang tinggi. Ini digunakan untuk menguatkan kawasan yang kerap haus seperti pad lutut.[perlu rujukan]
Baju selam dengan permukaan luar yang sangat licin dan agak halus dikenali sebagai smoothskin (kulit licin), ia merupakan permukaan luar asal blok neoprena busa dari mana kepingannya dipotong, ia digunakan untuk renang jarak jauh, triatlon, apnea kompetitif dan menombak ikan di air biru (bluewater spearfishing). Ini direka untuk memaksimumkan pergerakan anggota badan sambil memberikan kehangatan dan keapungan, tetapi permukaannya halus dan mudah rosak. Permukaan licin juga cepat kering dan paling kurang terjejas oleh kesejukan angin apabila berada di luar air.[43]
Kedua-dua permukaan smoothskin dan yang dilapisi fabrik boleh dicetak untuk menghasilkan corak warna seperti reka bentuk penyamaran, di mana ia memberikan kelebihan kepada penombak ikan dan penyelam tempur.[perlu rujukan]
Tutupan
Zip kerap digunakan untuk penutupan atau untuk memberikan kepadanan yang rapat pada pergelangan tangan dan pergelangan kaki sambil kekal mudah untuk dipakai dan ditanggalkan tetapi ia juga menyediakan titik kebocoran bagi air. Penutup sokongan (flap) mengurangkan kebocoran tetapi boleh tersangkut pada zip semasa penutupan. Jaket boleh terdapat padanya zip depan penuh atau zip separa, atau tiada langsung. Sut badan penuh (full-body suits) boleh mempunyai zip belakang menegak, zip melintang bahu, zip depan menegak, atau kadang-kadang zip melintang dada. Setiap susunan ini mempunyai beberapa kelebihan dan beberapa kelemahan.
- Zip depan menegak mudah dikendalikan tetapi sut menjadi sukar untuk ditanggalkan dari bahu tanpa bantuan seseorang dan zip jenis ini menyebabkan tidak selesa untuk berbaring di atas papan luncur. Ia sangat tidak fleksibel apabila diletakkan pada bahagian badan yang mana kefleksibelan yang tinggi diinginkan. Bahagian atas tutupan mungkin bocor sedikit sebanyak. Bahagian atas zip boleh dibuka dengan mudah untuk keselesaan apabila pemakai merasa panas, tetapi zip ini juga boleh menekan terhadap tekak, yang mana ia menyebabkan ketidakselesaan.
- Zip melintang bahu boleh dijadikan kalis air kerana ia tidak mempunyai hujung yang bebas dan oleh itu digunakan dalam baju selam semikering (semi-dry wetsuit). Ia sukar dikendalikan oleh pemakai dan agak bertekanan tinggi pada bahu pemakai disebabkan oleh pergerakan lengan. Zip ini juga sangat terdedah kepada kerosakan daripada abah-abah selam (diving harnesses).
- Zip melintang dada mempunyai kelebihan yang serupa dengan zip melintang bahu tetapi ia lebih mudah dicapai dan dikendalikan oleh pemakai. Zip ini tertakluk kepada bengkokan yang lebih tajam pada bahu pemakai berbanding susunan lain.
- Zip belakang menegak adalah merupakan susunan yang paling umum kerana ia boleh dikendalikan dengan lanyard. Ia agak selesa untuk kebanyakan pemakai. Baju selam dengan zip ini mudah ditanggalkan dan ia meletakkan zip tepat di atas tulang belakang yang walaupun ia fleksibel dalam pembengkokan ia tidak terdapat banyak perubahan pada panjangnya. Bahagian atas penutupan mungkin bocor sedikit sebanyak.
Saiz dan kesesuaian
Baju selam yang terlalu ketat boleh menyebabkan kesukaran bernafas atau bahkan menyebabkan kegagalan jantung akut,[5] manakala saiz yang longgar membenarkan masuk/keluar air (flushing) yang ketara, maka ia mengurangkan keberkesanan penebat, jadi saiz yang padan adalah penting. Kualiti kesesuaian adalah paling penting untuk aktiviti menyelam, kerana di sinilah sut yang paling tebal digunakan dan potensi kehilangan haba adalah paling besar. Baju selam hendaklah menyentuh kulit pada sebahagian besar badan yang ditutupinya dengan selesa sama ada pemakai sedang santai atau sedang bersenam. Ini sukar dicapai dan perincian gaya serta potongan boleh menjejaskan kualiti kesesuaian. Ruang di mana sut tidak menyentuh kulit akan berubah isipadunya apabila penyelam bergerak dan ini adalah punca utama flushing.
Baju selam dibuat dalam beberapa saiz standard untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Sut yang dibuat khas dihasilkan oleh banyak pengeluar untuk memberikan kesesuaian yang lebih baik bagi orang yang sukar mendapatkan saiz baju selam yang tersedia.
Sut semikering

Baju selam semikering pada dasarnya adalah baju selam yang telah diperbaiki dengan ketara untuk prestasi yang lebih baik. Perbezaan utama ialah kedapannya yang jauh lebih baik di sekeliling pergelangan tangan, leher, dan pergelangan kaki dan biasanya berserta zip yang kalis air sepenuhnya.
Ciri-ciri yang dipertingkatkan ini berfungsi bersama untuk mengurangkan secara mendadak jumlah air yang masuk ke dalam baju selam dan bergerak di dalamnya semasa anda berada di dalam air. Walaupun anda masih akan basah apabila memakai baju selam semikering, sedikit air yang masuk akan cepat dihangatkan oleh haba badan anda. Yang paling penting adalah kerana pengedapannya yang sangat berkesan, air hangat ini kekal terperangkap di dalam dan tidak digantikan secara berterusan oleh air sejuk dari luar. Inilah sebabnya anda kekal hangat lebih lama. Lapisan nipis air yang terperangkap sebenarnya tidak menambah banyak keupayaan baju selam untuk menebat anda. Sesetengah kehilangan haba masih boleh berlaku jika air berjaya menyelinap melepasi pengedap, tetapi ini diminimumkan berkat keberkesanan unggulnya.
Dari segi kos dan kemudahan penggunaan, baju selam semikering berada di tengah-tengah. Ia biasanya lebih mahal dan lebih sukar untuk dipakai atau ditanggalkan berbanding baju selam standard, dan pemakaiannya sering memerlukan bantuan orang lain untuk menutup zip kalis air utama yang biasanya terletak melintang di bahagian atas belakang. Walau bagaimanapun, ia kurang kos dan lebih mudah diurus berbanding sut kering penuh. Untuk aktiviti seperti selam skuba, ia tidak memerlukan kemahiran atau latihan tambahan melebihi apa yang diperlukan untuk baju selam biasa.
Sut ini biasanya diperbuat daripada bahan neoprena tebal, biasanya 6 milimeter atau lebih tebal. Ini memberikan perlindungan haba yang sangat baik apabila anda berada di air cetek. Namun, ia sama juga seperti baju selam biasa, gelembung gas kecil di dalam neoprena akan termampat di bawah tekanan pada kedalaman yang lebih dalam. Pemampatan ini menyebabkan baju selam kehilangan daya apungannya dan keupayaannya untuk mengekalkan kehangatan tubuh anda.
Dari segi sejarah, baju selam semikering datang dalam pelbagai gaya, kadang-kadang sebagai satu keping atau kadang-kadang sebagai dua bahagian berasingan (seperti seluar dan jaket). Kini, hampir semua baju selam semikering moden dibuat sebagai pakaian tunggal, paling banyak menampilkan zip kalis air utama yang dengan mendatar melintang pada bahagian belakang bahu, walaupun susunan zip lain wujud.[perlu rujukan]
Baju selam semikering biasanya tidak mempunyai but terbina dalam. Kebanyakan modelnya juga tidak termasuk hud, terutamanya kerana mencipta pengedap kalis air di sekeliling muka yang boleh dipercayai adalah agak sukar. Oleh itu, pemakai biasanya memakai but neoprena, hud, dan sarung tangan secara berasingan mengikut keperluan untuk kehangatan dan perlindungan mereka. Baju selam jenis ini paling sesuai dipakai dalam suhu air antara kira-kira 10 hingga 20 darjah Celsius (iaitu 50 hingga 68 darjah Fahrenheit).[perlu rujukan]
Sut yang dipanaskan
Baju selam yang dipanaskan dengan elektrik juga terdapat di pasaran. Sut ini mempunyai panel pemanas khas yang disepadukan pada bahagian belakang baju selam. Kuasa untuk pemanasan datang daripada bateri juga disepadukan ke dalam baju selam.[44] Yang lebih serba guna ialah ves neoprena yang dipanaskan dan berfungsi dengan cara yang sama seperti baju selam yang dipanaskan ia juga boleh dipakai di bawah mana-mana jenis baju selam.[45]
Baju selam yang dipanaskan oleh aliran air panas yang dipaip dari permukaan adalah peralatan standard untuk penyelaman komersial di air sejuk, terutamanya di mana kehilangan haba dari penyelam meningkat dengan penggunaan gas pernafasan berasaskan helium. Sut air panas (hot water suit) mempunyai padanan tubuh longgar kerana terdapat bekalan air panas yang berterusan dipaip ke dalam sut di mana ia mesti keluar untuk membolehkan pengagihan aliran yang sekata. Flushing dicegah oleh aliran keluar air pemanas yang berterusan.[46]
Aksesori

Baju selam standard selalunya tidak menyertakan liputan untuk kaki, tangan, atau kepala. Oleh itu, penyelam perlu memakai but, sarung tangan, dan hud yang berasingan, semuanya diperbuat daripada neoprena untuk mendapatkan kehangatan dan perlindungan tambahan daripada persekitaran.
Selain daripada bahagian sut utama, terdapat aksesori pilihan. Ini termasuk poket untuk membawa peralatan kecil dan pad lutut yang direka untuk menghalang kawasan lutut daripada lusuh atau koyak dan ini menjadi kebiasaan di kalangan penyelam yang bekerja secara profesional. Bergantung pada kegunaan sut itu, ia juga boleh mempunyai pelapik pelindung di tempat lain untuk menahan lelasan.
Hud
Mengenai cara badan kehilangan haba, sejumlah besar boleh keluar dari kepala dan leher. Walaupun ia berkaitan dengan saiz kawasan yang terdedah, kurangnya pengecutan saluran darah secara automatik di sini berbanding dengan tangan atau kaki boleh meningkatkan kehilangan haba. Yang penting, apabila bahagian badan anda yang lain terlindung dengan baik oleh baju selam, peratusan jumlah haba yang hilang dari kepala menjadi jauh lebih besar. Atas sebab ini, memakai hud yang padan adalah sangat berfaedah, walaupun air tidak begitu sejuk.[47]
Perlu diingatkan bahawa sebilangan kecil orang mendapati hud menyebabkan perasaan terkurung atau klaustrofobia,[5] yang kadang-kadang dikaitkan dengan kepadanan yang buruk. Hud pastinya tidak boleh terlalu ketat di sekitar kawasan leher. Untuk meminimumkan flushing di mana air sejuk beredar pada pengedap di leher, anda boleh sama ada menggunakan hud yang sebenarnya bersambung dengan bahagian atas baju selam atau memastikan terdapat pertindihan bahan yang mencukupi antara hud dan bahagian atas baju selam untuk menyekat pergerakan air. Pertindihan ini boleh dicapai sama ada dengan menyelipkan pelapik leher khusus pada hud di bawah baju selam sebelum mengikatnya atau sekadar jika baju selam itu sendiri mempunyai reka bentuk leher tinggi.[perlu rujukan]
Tambahan pula, memakai hud menawarkan perlindungan untuk telinga anda dan boleh membantu mengurangkan atau melambatkan perkembangan keadaan seperti surfer's ear, iaitu pertumbuhan di dalam telinga yang disebabkan oleh pendedahan kepada air sejuk.
But

But baju selam (bootees) dipakai untuk pelbagai tujuan dan boleh dipakai bersama atau tanpa baju selam.
Perlindungan haba
Dalam banyak sukan air, seperti selam skuba, luncur air, berkayak, luncur angin, pelayaran, dan juga memancing, but boleh dipakai untuk memastikan kaki hangat dengan cara yang sama seperti baju selam. Penebatan adalah berkadaran dengan ketebalan dan dengan itu kepada seberapa sejuknya air yang dapat ditoleransi oleh pengguna, ia mungkin di atas atau di bawah standard ketebalan 5 hingga 6 mm neoprena. Dalam iklim yang lebih panas di mana kualiti haba but tidak begitu penting, but dengan ketebalan 2 hiingga 3.5 mm adalah biasa. Bahagian kaki but mempunyai zip di satu sisi atau boleh diketatkan dengan tali velkro. Apabila but dipakai dengan baju selam, ia biasanya diselipkan di bawah kaki baju selam untuk menggaris arus, membantu menahan zip tertutup dan menghalang objek asing masuk.[48]
Perlindungan kaki
But biasanya mempunyai tapak yang diperkuat untuk berjalan. Lazimnya, ianya adalah sebatian getah padu yang lebih tebal dan lebih keras daripada neoprena yang digunakan pada bahagian atas but tetapi masih fleksibel. Tapak yang diperkuat ini memberikan pemakai perlindungan dan cengkaman apabila berjalan di atas batu kerikil, karang, dan permukaan kasar lain.[49]
Untuk selam skuba
Untuk selam skuba, tapak but tidak boleh terlalu tebal sehingga penyelam tidak dapat memakai sirip di atasnya. Penyelam yang memakai but menggunakan sirip dengan poket kaki yang lebih besar daripada yang diperlukan berbanding berkaki ayam. Penyelam di air panas yang tidak memakai sut selam kadang-kadang memakai but supaya mereka boleh memakai sirip yang lebih besar. But menyelam biasanya bertujuan untuk dipakai dengan sirip tumit terbuka (open-heeled fins), yang dipegang oleh tali, dan biasanya tidak muat ke dalam sirip kaki penuh (full-footed fins). Stoking neoprena boleh digunakan dengan sirip kaki penuh, sama ada untuk mencegah melecet dan lepuh atau untuk kehangatan.[perlu rujukan] Pemampatan baju selam mengikut kedalaman juga menjejaskan kepadanan sirip, kerana neoprena yang lebih tebal memampat lebih banyak dengan kedalaman dan memerlukan lebih banyak regangan dari tali sirip untuk mengimbanginya.
Untuk luncur air
Untuk luncur air, luncur angin, layar layang, dan sukan yang serupa, but biasanya dipakai apabila cuaca sangat sejuk sehingga peluncur akan kehilangan beberapa tahap fungsi di kaki. But tidak boleh menyekat keupayaan peluncur untuk menggenggam papan dengan jari kaki dengan cara yang diinginkan. But jari kaki terpisah (split-toe bootees) membolehkan beberapa peningkatan dalam fungsi ini.[perlu rujukan] Reef walkers adalah but kecil yang hanya setinggi buku lali dan umumnya hanya setebal 2 hingga 3.5mm. Ia direka untuk membolehkan peluncur pergi ke ombak yang pecah di terumbu karang atau di pantai berbatu.[49]
Untuk berkayak
Beberapa gaya but baju selam biasanya digunakan untuk berkayak. But potongan pendek digunakan dalam keadaan yang lebih panas di mana but membantu memberikan cengkaman dan perlindungan kaki semasa melancarkan dan memikul bot (portaging). Dalam keadaan sejuk, but baju selam yang lebih panjang boleh digunakan dengan sut kering, di mana ia dipakai di atas stokin sut kering getah.[perlu rujukan]
Sarung tangan

Sarung tangan baju selam dipakai untuk memastikan tangan hangat dan untuk melindungi kulit semasa bekerja. Ia tersedia dalam pelbagai ketebalan. Sarung tangan yang lebih tebal mengurangkan ketangkasan manual dan mengehadkan rasa sentuhan.[5] Sarung tangan baju selam juga biasa dipakai bersama sut kering. Sesetengah penyelam memotong hujung jari sarung tangan pada jari yang paling banyak digunakan untuk kerja halus seperti mengendalikan kawalan pada perumah kamera. Jika ini dilakukan, hujung jari akan terdedah kepada kesejukan dan kemungkinan untuk tercedera, jadi sarung tangan kerja nipis boleh dipakai di bawah sarung tangan penebat.
Untuk kegunaan air sejuk, sarung tangan jenis miten yang lebih tebal dengan satu ruang untuk jari tengah, jari manis, dan jari kelingking tersedia dan boleh memberikan lebih kehangatan dengan mengurangkan ketangkasan.
Lihat juga
- Faktor manusia dalam reka bentuk peralatan menyelam – Pengaruh interaksi antara pengguna dan peralatan pada reka bentuknya
- Glosari luncur air
- Keseimbangan haba penyelam bawah air – Keadaan di mana suhu badan penyelam boleh kekal stabil
- Pelindung ruam – Pakaian regangan untuk perlindungan daripada lelasan, UV dan sengatan
- Sut kering – Pakaian kedap air yang mengedapi pemakai daripada cecair sejuk dan berbahaya
Nota
- ^ Nitrogen mempunyai kekonduksian haba sebanyak 0.024 Wm−1K−1, iaitu sama seperti udara – "Thermal conductivity of some common materials" (dalam bahasa Inggeris). The Engineering ToolBox. 2005. Dicapai pada 12 Ogos 2009.
- ^ Neoprena pepejal bukan jenis berbusa mempunyai kekonduksian haba antara 0.15 Wm−1K−1 hingga 0.45 Wm−1K−1 bergantung pada jenis neoprena itu, ianya tidak jauh berbeza dengan air – Elert, Glenn (2008). "Conduction". The Physics Hypertextbook (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 April 2014.
Rujukan
- ^ "WETSUIT | meaning in the Cambridge English Dictionary". dictionary.cambridge.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2019. Dicapai pada 9 April 2025.
- ^ "wetsuit". education.nationalgeographic.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Julai 2024.
- ^ "How Do Wetsuits Work: Beginner's Guide - Rip Curl". www.ripcurl.com (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2023. Dicapai pada 8 November 2024.
- ^ Rainey, Carolyn (November 1998). "Wet Suit Pursuit: Hugh Bradner's Development of the First Wet Suit" (PDF). Universiti California, San Diego (dalam bahasa Inggeris): 1.
- ^ a b c d e f g h Williams, Guy; Acott, Chris J (2003). "Exposure suits: a review of thermal protection for the recreational diver". South Pacific Underwater Medicine Society Journal. 33 (1). ISSN 0813-1988. OCLC 16986801.
- ^ Paddan, Gurmail S.; Lower, Michael Charles (Mac 2021). "Attenuation of airborne noise by wet and dry neoprene diving hoods". Underwater Technology (dalam bahasa Inggeris). 38 (1): 3–12. doi:10.3723/ut.38.003.
- ^ a b Barsky, Steven M; Long, Dick; Stinton, Bob (2006). Dry Suit Diving: A Guide to Diving Dry. Ventura, Calif.: Hammerhead Press. ISBN 0-9674305-6-9. Dicapai pada 27 Jun 2017.
- ^ Ross Tucker; Jonathan Dugas (Januari 29, 2008). "Exercise in the Cold: Part II A physiological trip through cold water exposure". The Science of Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 24, 2010. Dicapai pada November 26, 2009.
- ^ "Thermal conductivity of some common materials". The Engineering ToolBox. 2005. Dicapai pada 12 Ogos 2009.
- ^ Clark, Robert A.; dll. (2004). Open Water Diver manual (dalam bahasa Belanda) (ed. 1st). Scuba Schools International GmbH. m/s. 1–9. ISBN 1-880229-95-1.
- ^ a b Bardy, Erik; Mollendorf, Joseph; Pendergast, David (21 Oktober 2005). "Thermal conductivity and compressive strain of foam neoprene insulation under hydrostatic pressure". Journal of Physics D: Applied Physics. 38 (20): 3832–3840. Bibcode:2005JPhD...38.3832B. doi:10.1088/0022-3727/38/20/009. S2CID 120757976.
- ^ a b c Staff. "Dive / Surface Neoprene – The difference and why you should be concerned". Products: Wetsuit range. O'Three. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2018. Dicapai pada 27 November 2016.
- ^ a b c Monji K, Nakashima K, Sogabe Y, Miki K, Tajima F, Shiraki K (1989). "Changes in insulation of wetsuits during repetitive exposure to pressure". Undersea Biomed Res. 16 (4): 313–9. PMID 2773163.
- ^ Bill Tydeman (17 Disember 2022). "Wetsuit Fit". Dicapai pada 17 Disember 2022.
- ^ Gallo, Richard L. (Jun 2017). "Human Skin Is the Largest Epithelial Surface for Interaction with Microbes". The Journal of Investigative Dermatology. 137 (6): 1213–1214. doi:10.1016/j.jid.2016.11.045. PMC 5814118. PMID 28395897.
- ^ a b c Taylor, Michael (11 Mei 2008). "Hugh Bradner, UC's inventor of wetsuit, dies". San Francisco Chronicle. Dicapai pada 23 Mei 2008.
- ^ a b c d e Taylor, Michael (21 Mei 2008). "Hugh Bradner, Physicist who worked on the Manhattan Project and invented the neoprene wetsuit". The Times. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2010. Dicapai pada 23 Mei 2008.
- ^ a b Rainey, C. "Wet Suit Pursuit: Hugh Bradner's Development of the First Wet Suit" (PDF). UC San Diego, Scripps Institution of Oceanography Archives, Scripps Institution of Oceanography. Dicapai pada 24 Disember 2009.
- ^ Roberts, Sam (5 Jun 2017). "Jack O'Neill, Surfer Who Made the Wetsuit Famous, Dies at 94". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 7 April 2024.
- ^ Carlson, Michael (7 Jun 2017). "Jack O'Neill obituary". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 7 April 2024.
- ^ "Steamer Lane and Some Surf History". Santa Cruz Waves. 27 Mei 2014. Dicapai pada 27 Jun 2014.
- ^ Kampion, Drew; Marcus, Ben (Disember 2000). "Jack O'Neill – Surfing A to Z". Surfline/Wavetrak, Inc. Dicapai pada 7 Disember 2008.
- ^ "Oneill – Know Jack". O'Neill Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2008. Dicapai pada 7 Disember 2008.
- ^ Georges Beuchat and Pierre Malaval: FR61926. Vêtement isolant pour séjour dans l'eau en surface ou en plongée. Retrieved on 13 June 2019.
- ^ Georges Beuchat and Pierre Malaval: FR979205. Vêtement isolant pour séjour dans l'eau en surface ou en plongée. Retrieved on 13 June 2019.
- ^ Georges Beuchat and Pierre Malaval: FR1029851. Dispositif de liaison par fermeture automatique des parties jointives d'un vêtement isotherme pour plongée ou autre. Retrieved on 13 June 2019.
- ^ Lillywhites Ltd. Underwater Catalogue 1955, London: Lillywhites Ltd., p. 1.
- ^ Heinke Dolphin wetsuit. Retrieved on 11 June 2019.
- ^ "Cold Water Suits". Spearfishing News. Julai 1951. m/s. 3.
- ^ "In This suit you can spearfish all winter". Spearfishing News. Jil. 3 no. 5. Mei 1953. m/s. 22.
- ^ "Wetsuits: A Brief History". Ocean Magic UK (dalam bahasa Inggeris). 14 September 2023. Dicapai pada 2 Ogos 2024.
- ^ "Neoprene: A Brief History". Seventhwave (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jun 2024.
- ^ Dunlop Sports Company Limited (Mac–April 1960). "The Aquafort wetsuit". Triton. Jil. 5 no. 2. m/s. 3.
- ^ "Wetsuit stitching and seams explained in detail". surfing-waves.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Julai 2024.
- ^ Serong, Jock (28 April 2018). "The Short History of Wetsuits". Surfing World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2024.
- ^ Kumar Jain, P. Ajith; Sattar, S.; Mulqueen, D.; Pedrazzoli, D.; Kravchenko, S. G.; Kravchenko, O. G. (1 Mac 2022). "Role of annealing and isostatic compaction on mechanical properties of 3D printed short glass fiber nylon composites". Additive Manufacturing. 51: 102599. doi:10.1016/j.addma.2022.102599. ISSN 2214-8604.
- ^ "How Wetsuits Work". Lomo Watersport (dalam bahasa Inggeris). Lomo Industries Ltd. 7 Mac 2022.
- ^ "Gul History". History. Mei 17, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 17, 2014. Dicapai pada Mei 17, 2014.
- ^ "Patagonia Is Cracking the Code on Endlessly Recyclable Wetsuits". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2 Mei 2024. Dicapai pada 3 Disember 2024.
- ^ "Jack O'Neill, who invented the wetsuit and opened first surf shop, dies at 94". Press Telegram (dalam bahasa Inggeris). 3 Jun 2017. Dicapai pada 17 November 2024.
- ^ "Steamer Wetsuit". History. Mei 17, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 17, 2014. Dicapai pada Mei 17, 2014.
- ^ "10mm Commercial Wobbegong Wetsuit". blacklipwetsuits.com.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Oktober 2024.
- ^ a b "Wetsuit lining". srface.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Oktober 2024.
- ^ Leckart, Steven (15 April 2010). "Rip Curl H-Bomb: Heated Wetsuit Stokes Your Fanny When Hanging 10". Wired. Dicapai pada 16 Jun 2013.
- ^ "Heated Wetsuit Product Review". The Surfers View (dalam bahasa Inggeris). 10 Februari 2014. Dicapai pada 13 Mei 2025.
- ^ Bevan, John, penyunting (2005). "Section 5.4". The Professional Divers's Handbook (ed. second). Alverstoke, GOSPORT, Hampshire: Submex Ltd. m/s. 242. ISBN 978-0950824260.
- ^ Collins, Kenneth J (18 Disember 2008). "Festive medical myths". BMJ (dalam bahasa Inggeris). 337: 337. doi:10.1136/bmj.a2769. PMID 19091758.
- ^ Doyle, Fay (15 Disember 2022). "Essential Gear for Cold Water Swimming: As recommended by a year round wild swimmer". This Expansive Adventure (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Oktober 2024.
- ^ a b "What Are Surf Booties? Do You Need Them?". www.rapturecamps.com. 28 Disember 2023. Dicapai pada 17 Oktober 2024.
Pautan luar
Media berkenaan Baju selam di Wikimedia Commons
Takrifan kamus baju selam di Wikikamus
- Guna tarikh dmy dari Oktober 2012
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari Jun 2024
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari September 2009
- Rencana Wikipedia yang memerlukan penjelasan dari Januari 2022
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Disember 2021
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari April 2020
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Oktober 2021
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Oktober 2013
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Januari 2025
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Julai 2015
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Februari 2017
- Peralatan perlindungan persekitaran selam bawah air
- Peralatan teroka gua
- Peralatan luncur angin
- Peralatan luncur air
- Peralatan memancing
- Sut persekitaran
- Pakaian sukan
- Sut (pakaian)