Baju panas (bahasa Inggeris: sweater atau jumper[1]) ialah pakaian bahagian atas badan yang dipakai melapisi baik suatu pakaian dalam (seperti kemeja, blaus, kemeja T dan sebagainya) ataupun kulit dengan tujuan memanaskan atau menebat haba badan si pemakai.[2] Ia lazimnya dihasilkan melalui pengaitan gentian tertentu; bulu bebiri pernah menjadi kebiasaan namun kapas, gentian sintetik atau bahan komposit seumpama juga boleh digunakan kini.
Jenis
Terdapat pelbagai jenis baju panas yang wujud mengikut cara ia dipakai:
- kardigan - dipakai dengan menyemat kancing butang atau zip pada dua-dua belah baju
- pullover - dipakai dengan menyarungkan atas kepala lalu lolos bukaan khusus sepertimana baju yang biasa[3]
- rompi (sweater vest) - sejenis baju panas tanpa lengan dan berbukaan besar untuk memudahkan ia dipakai menyarungi kemeja berkolar dalam persekitaran tertentu
Baju panas yang sejenis boleh didapati dalam rekaan berbeza-beza mengikut citarasa:
- berleher tinggi (turtleneck atau polo neck): leher baju yang dijahit melipat sambil merapati dan menutupi leher
- berleher bulat (crewneck atau roundneck): membulat di bawah leher dan atau kerongkong pemakai
- berleher V: bukaan yang khusus untuk menampakkan kolar baju kemeja
- bertopi/berserkup (hooded): dipasangkan suatu serkup untuk melindungi pemakai daripada cuaca sangat sejuk - baju panas jenis ini turut diberi nama hoodie ([hu.di]).
Galeri contoh
-
Seorang lelaki mengenakan kardigan
-
Baju panas jenis seaman's jumper yang dikait tangan.
-
Baju panas bertopi disarungkan seseorang
-
seorang wanita menggunakan sweter
Rujukan
- ^ jumper in Collins English Dictionary: "a knitted or crocheted garment covering the upper part of the body"
- ^ "'baju panas' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 17 Februari 2020.
- ^ rekaan t-shirt popular masa kini