Jersi [jĕr-si] (bahasa Inggeris: jersey ) ialah pakaian berupa baju (baik yang berlengan atau tidak) dipakaikan anggota dalam sesebuah pasukan yang terlibat dalam sukan tertentu. Pakaian ini sering dicetak dengan pengenalan anggota tersebut seperti nama, nombor dan logo pasukan.
Ia adakalanya dipakai juga dalam kegunaan harian dengan fungsi sama seperti aksesori.
Penomboran
Nombor seseorang anggota dalam seberapa sukan tertentu seperti besbol, bola keranjang dan bola sepak boleh dihentikan (retired) sebagai tanda penghormatan kepada sumbangan diberikan pemain tersebut kepada pasukan; nombor ini kemudiannya dihalang daripada digunakan semula oleh pemain-pemain baharu pada masa akan datang.[1]
Rujukan
- ^ Shishoo, Roshan (29 Ogos 2005). Textiles in Sport. Elsevier. ISBN 9781845690885 – melalui Google Books.