Rencana ini ditulis seperti penonjolan peribadi atau karangan pendapat bukannya perihal berbentuk ensiklopedia. (September 2024) |
Bahasa Melayu Johor-Riau بهاس ملايو جوهر-رياو | |
---|---|
Sebutan | [ba.ha.sə mə.la.ju dʒɔ.hɔː ri.jau] |
Asli kepada | Malaysia, Indonesia, Singapura |
Kawasan | Johor, Pahang, Kepulauan Riau, Riau, Perak, Selangor, Melaka |
Etnik | Orang Melayu Johor dan Orang Melayu Riau |
Austronesia
| |
Bentuk awal | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | – |
Bahasa Melayu Johor-Riau (Jawi: بهاس ملايو جوهر-رياو ) atau Bahasa Johor-Riau (Bahase Joho-Riau; Jawi: بهاس جوهر-رياو ) merupakan Bahasa Melayu yang dipertuturkan selepas era Kesultanan Melaka, Ia digunakan ketika peralihan Kesultanan Johor lama iaitu kawasan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Bahasa ini dipertuturkan oleh penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Temasik, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga , Riau dan sebahagian Sumatera Selatan.
Bahasa Johor-Riau pada awalnya kesinambungan daripada Bahasa Melayu Klasik kemudian menjadi Bahasa Johor-Riau. Pada akhirnya bahasa ini menghasilkan pelbagai dialek seperti Bahasa Melayu Johor,Bahasa Melayu Riau, Bahasa Melayu Melaka, Bahasa Melayu Perak, Bahasa Melayu Selangor dan dialek yang berada di dalam kawasan Kesultanan Johor lama. Selepas negara Malaysia dan Indonesia wujud, Bahasa Melayu Johor-Riau dan Bahasa Melayu terus berkembang menjadi Bahasa Malaysia(Bahasa Melayu Malaysia) ,manakala dialek Bahasa Melayu Riau terus berkembang menjadi Bahasa Indonesia(Bahasa Melayu Indonesia).
Perkembangan Bahasa Johor-Riau
Bahasa Johor-Riau ketika itu menjadi bahasa Melayu piawai atau bahasa rasmi bagi urusan istana dan bahasa perantara pada era kesultanan Melaka. Bahasa ini lebih berkedudukan sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo dan ia berkembang sehingga ke Asia Tenggara. Selepas kejatuhan Kesultanan Melaka ketika penguasaan Belanda-British, bahasa Johor-Riau berpecah menjadi pelbagai dialek di kawasan Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Riau, Kepulauan Riau, Kepulauan Lingga, Kepulauan Bangka dan Kepulauan Belitung. Dialek-dialek ini masih dipertuturkan di kawasan masing-masing hingga hari ini.
Ketika era Johor moden terhasil Bahasa Melayu Piawai (baharu) , manakala era Riau moden terhasil Bahasa Melayu Riau yang dipertuturkan di Riau dan Kepulauan Riau.
Malaysia
Di Malaya ketika itu masih mempertahankan Bahasa Melayu Johor-Riau (piawai lama) sebagai bahasa perantara sebelum merdeka. Pada 22 Jun 1956 tertubuhnya Balai Pustaka berpusat di Johor Bahru. Balai Pustaka dibina untuk tujuan penyelidikan Bahasa Melayu dan mereka telah mencipta Bahasa Piawai yang baharu iaitu Bahasa Melayu Piawai (piawai baharu). Bahasa ini diambil daripada Bahasa Johor-Riau, Bahasa Portugis (lama), Bahasa Belanda (lama), Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris abad 19-20. Pada tahun 1957 selepas tertubuhnya Malaysia dan merdeka, nama Balai Pustaka ditukar menjadi Dewan Bahasa Pustaka dan dipindahkan ke Kuala Lumpur. Pada 1986 Tunku Abdul Rahman,Persekutuan Malaysia pada ketika itu mencipta lagi satu Bahasa iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu Malaysia yang kosa katanya lebih berkembang menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris. Malaysia sebenarnya menggunakan Bahasa Melayu Piawai (baharu) dan Bahasa Malaysia. Antara insan yang pada awalnya mengembangkan Bahasa Melayu Piawai ialah Zainal Abidin bin Ahmad (ZABA) dan Abdullah Abdul Kadir Munshi (Munshi).
Indonesia
Di Riau dan Kepulauan Riau pada awalnya menggunakan Bahasa Johor-Riau, kemudian seiring waktu berjalan, ada seorang ulama,pujangga serta sejarahwan telah mencipta Bahasa Melayu Riau di Pulau Penyengat iaitu Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (Raja Ali Haji). Bahasa Melayu Riau pada awalnya dicipta untuk berbicara di kawasan jajahan Belanda pada abad 19 ketika sebelum merdeka, juga merupakan Bahasa Melayu Piawai mereka. Semasa pra kemerdekaan Indonesia, Presiden Soekarno mencari idea bagaimana rakyat Indonesia boleh memahami satu sama lain dengan mengadakan pertandingan mencipta bahasa. Ada seorang wartawan daripada Madura iaitu Mohammad Tabrani Soerjowitjirto telah mencipta Bahasa Indonesia, bahasa ini diambil daripada Bahasa Melayu Riau serta ada campuran Bahasa Belanda, Bahasa Portugis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan dialek etnik lain di Indonesia. Walaupun etnik Jawa lebih ramai tetapi Bahasa Jawa susah untuk difahami berbanding Bahasa Melayu Riau ketika itu sudah menjadi bahasa Piawai.
Dialek Johor-Riau
Dialek Johor
Bahasa Melayu Johor mempunyai ragam yang tersendiri. Biasanya penduduk Johor yang tinggal di pesisiran pantai barat mempunyai variasi dialek Johor yang tersendiri iaitu dialek Muar. Dialek Muar banyak menyebut [oː] di belakang dengan menukar daripada [ar] seperti besar jadi [bə.soː] dan sebagainya. Daerah lain selain daripada dialek Muar pula menggunakan dialek asli Johor yang sama dituturkan oleh penduduk Kepulauan Riau dan Riau di Indonesia, iaitu Bahasa Melayu Riau yang juga merupakan cabang daripada Bahasa Johor-Riau. Buktinya pernah terbentuk Kesultanan Johor-Riau yang menjadikan pertuturan dialek yang cukup kental sehingga kini meskipun Johor dan Kepulauan Riau telah terpisah dan membentuk identiti kebangsaan sendiri. Dialek ini disebut sebagai dialek Johor-Riau, yang boleh dikenalpasti dengan penggunaan bunyi e pepet di belakang, misalnya "saya" kepada [sa.jə], dan pengguguran bunyi [r] di belakang, contohnya "sayur" disebut [sa.joː]. Dialek ini mempunyai penutur yang terbesar di Malaysia. Penutur selain negeri Johor yang menggunakan dialek ini ialah negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta selatan Perak (daerah-daerah Muallim, Batang Padang dengan Hilir Perak). Penduduk yang tinggal di daerah-daerah pantai timur Johor, terutamanya Mersing dan Kota Tinggi menuturkan dialek Terengganu.
Perbandingan kosa kata
Bahasa Melayu Johor | Bahasa Melayu Piawai |
---|---|
Pak kal | Nasib |
Semangka/semangke | Tembikai |
Kopek | Buka |
Taruk | Letak |
Nengok | Tengok |
Oter | Ubah |
Kememeh | Suka menangis |
Sarap | Sarapan |
Johor | Johor Bahru |
Tak semenggah | Tak senonoh |
Dedo | Nak demam |
Longgo | Longgar |
Gebor | Selimut |
Esbok | Peti Ais/Peti Sejuk |
Ghoboh/Goboh | Roboh |
Ghobok/Gobok | Almari |
Sogama | Sekolah agama |
Sokkabo | Surat khabar |
Kecur | Terliur |
Terejal | Nakal |
Bagi/Beri | Bak/Bak sini |
Kecik/Cenonet | Kecil/Sikit |
Dialek Riau
Bahasa Melayu Riau memiliki tujuh dialek utama, yang terdiri dari:
- Bahasa Melayu Riau[1]
- Bahasa Melayu Kuantan Singingi[2][3]
- Bahasa Melayu Pangaraian[4]
- Bahasa Melayu Riau Pesisir[5]
- Bahasa Melayu Rokan[6]
- Bahasa Melayu Siak[7]
- Bahasa Melayu Tembilahan[8]
Perbandingan antara dialek Johor-Riau
Bahasa Melayu/Piawai | Bahasa Melayu Johor | Bahasa Melayu Selangor | Bahasa Melayu Singapura | Bahasa Melayu Riau | Bahasa Melayu Kuantan Singingi | Bahasa Melayu Pangaraian | Bahasa Melayu Riau Pesisir | Bahasa Rokan Hilir | Bahasa Melayu Siak | Bahasa Melayu Tembilahan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Diri (kamu/saya) | kau awak | kau awak | awak | awak | awak | awak | ||||
Pulang/Kembali | balik, balek | balik, balek | balek | baleik | balek | balek | ||||
Betul/Benar | betol | betol/benaw | betol | betol | beno | bena | ||||
Besar | Beso | besaw/besow | besar/besak | besa | beso | besa | ||||
Anak kecil/Budak | budak kecik | budak kecik | budak/anak | budak | budak | anak, budak | ||||
Kecil | kecik/Ceconet | kecik | kecik/kecil | kecik | kecik | kecik | ||||
Kedai | Kedai | kedai | kedai | kedai | kedai | kedai | ||||
Cantik/Lawah | lawa/lawo | lawa | lawa | lawe | lawo | lawe | ||||
Seperti | macam | macam | macam | macam | macam | macam | ||||
Bagaimana | macam mane/cemane | macam mane/cemane | macam mane, camane | macam mane, cemane | macam mano, camano | macam mane, cemane | ||||
(Mak saudara)/Pasangan | makcik, makwe | makcik, makwe | makcik, makwe | makcik, makwe | makcik, makwo | uwak bini | ||||
Gatal | miang | miang | miang | miang | miang | miang | ||||
Kamu | kau/ko/awak/jini | kau/ko/awak | mike | mike | miko | mike, pian | ||||
Hendak/Ingin | nak | nak | nak | nak | nak | nak, handak | ||||
Pahit | pahit | pait | peda | pede | pedo | pede | ||||
Pergi | pegi/gi | pegi/gi | pegi | pegi | pegi | pegi | ||||
Pasar | Pasa/Paso | Pasaw/Pasow | Pasa, Paso | pasar, pekan | pasa | paso | pasa | |||
Saya/Aku | aku, saye | aku, saye | sahaye, saye | saye | sayo | saye | ||||
Cagu | Cagu | Cagu | sebayan | sebayan | sebayan | sebayan |
Rujukan
- ^ Malik, H. Abdul (2020). "Bahasa Melayu Kepulauan Riau Sebagai Bahasa Ibu" (PDF). fkip.umrah.ac.id (dalam bahasa Indonesia). Tanjungpinang, Indonesia: Universitas Maritim Raja Ali Haji. Dicapai pada 02-02-2024. Check date values in:
|access-date=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaatlantis-press.com
- ^ Ruswan, Ruswan; M.S., Suwardi M.S., Suwardi; Abnadani, Latifah Abnadani, Latifah (1986). "Struktur Bahasa Melayu Dialek Kuantan (1986)". repositori.perpustakaan.kemdikbud.go.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-26.
- ^ Struktur bahasa Melayu Riau dialek Pangaraian (dalam bahasa Indonesia). 1990. ISBN 9794590665.
- ^ Struktur bahasa Melayu Riau dialek pesisir (dalam bahasa Indonesia). 1991. ISBN 9794591041.
- ^ Struktur Bahasa Melayu Riau Dialek Rokan Hilir. Pekanbaru: Balai Bahasa Provinsi Riau. 2005.
- ^ Said Zaki (29 September 2015). "Aneka Dialek Melayu Riau" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 1 June 2022.
- ^ Lenayati (2004). Perbandingan Fonem Bahasa Melayu Tembilahan dan Melayu Mandah di Tembilahan. lib.fib.unilak.ac.id (dalam bahasa Indonesia). Pekanbaru : Unilak Press. Dicapai pada 20 Februari 2023.