Axolotl | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Ambystoma
|
Spesies: | mexicanum
|
Its distribution is marked in red. | |
Sinonim[2] | |
|
Axolotl atau nama saintifiknya Ambystoma mexicanum[2] adalah spesies amfibia berupa salamander neotenik[2][3][4] bertaburan dalam beberapa tasik di tengah Mexico, Amerika Tengah terutamanya di dasar Bandar Raya Mexico.[1] Axolotl mempunyai ciri menonjol dalam kalangan spesies amfibia di mana tahap kedewasaan dicapai tanpa menjalani metamorfosis mengekalkan insang pada badan sepertimana tahap berudu.
Haiwan ini diancam pupus[5][6] kerana pembangunan pesat yang dibawa kepada habitat utamanya mengesan dari segi pencemaran air dibawa selain peletakkan spesies ceroboh seperti tilapia and perka; ia dikelaskan dalam tahap "terancam genting" oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa serta dalam tahap spesies terancam dalam perjanjian dimeterai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar.
Nama hidupan ini didapati dari nama setempat diberi dalam bahasa Nahuatl āxōlōtl ([aːˈʃoːloːtɬ ], Sepanyol: ajolote ) menggabungkan mana ā atau -atl- bermaksud "air" dan xōlōtl bermaksud "haiwan".
Ciri fizikal
Seekor axolotl matang dewasa pada usia 18-24 bulan dengan panjang antara 15 hingga 45 sentimeter; saiz sekitar 23 sm yang paling umum ditemukan. Axolotl mempunyai insang luar dan sirip ekor yang memanjang dari belakang kepala ke lubang insang yang sering dijumpai pada tahap larva amfibia seperti salamander;[7][8] axolotl masih kekal dengan ciri ini pada tahap dewasa[9] Ini disebabkan oleh evolusi badan yang mampu diperlahankan (neotenik) di mana axolotl hidup utama dalam air berbanding spesies-spesies salamander lain.[10]
Axolotl yang ditemukan dalam habitat semula jadi berwarna perang lumut berbintik kuning emas, namun ia mempunyai empat gen pigmentasi utama yang dimunculkan akibat mutasi: merah jambu pucat bermata hitam (leucistic), keemasan mata kuning (golden albino), kelabu bermata hitam (xanthic), merah pucat bermata merah (albino) dan hitam atau biru legap (melanoid).[11] Yang jantan mudah dikenal pasti dari kloaka dikelilingi sesungut halus manakala yang betina dikenali berbadan besar dipenuhi telur.
Haiwan ini berkebolehan menumbuhkan semula sebahagian tulang empat, insang, mata atau otak. Sifat ini amat dimanfaatkan saintis yang menyimpan anak-anak spesies ini untuk tujuan penyelidikan.[12]
Tabiat
Pemakanan
Axolotl memakan haiwan lebih kecil seperti moluska,[13] cacing, serangga, artropoda lain[13] dan ikan kecil di habitat liar yang diburu melalui deria bau dan mengatup sedut mangsa ke dalam perut sebaik dapat dikesan.[14]
Dalam kurungan pula, ia boleh memakan pelbagai makanan tersedia, termasuk pelet daging ikan trout dan salmon dan pelbagai jenis cacing baik yang hidup atau beku.
Hubungan dengan manusia
Axolotl pernah dijadikan sumber makanan sejak zaman tamadun Aztek.[15]
Rujukan
- ^ a b IUCN SSC Amphibian Specialist Group (2019). "Ambystoma mexicanum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T1095A53947343. Dicapai pada 5 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c Frost, Darrel R. (2018). "Ambystoma mexicanum (Shaw and Nodder, 1798)". Amphibian Species of the World: an Online Reference. Version 6.0. American Museum of Natural History. Dicapai pada 10 Ogos 2018.
- ^ "Mexican Walking Fish, Axolotls Ambystoma mexicanum" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 March 2018.
- ^ "Axolotols (Walking Fish)". Aquarium Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2013. Dicapai pada 2013-09-12.
- ^ Matt Walker (2009-08-26). "Axolotl verges on wild extinction". BBC. Dicapai pada 2010-06-28.
- ^ PetAquariums.com. "Are Axolotls Endangered? You Need To Be Careful…". PetAquariums.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-26.
- ^ San Francisco Examiner (San Francisco, California) 7 August 1887, page 9, authored by Yda Addis
- ^ McIndoe, Rosemary; Smith, D. G. (1984), Seymour, Roger S. (penyunting), "Functional morphology of gills in larval amphibians", Respiration and metabolism of embryonic vertebrates: Satellite Symposium of the 29th International Congress of Physiological Sciences, Sydney, Australia, 1983, Perspectives in vertebrate science (dalam bahasa Inggeris), Dordrecht: Springer Netherlands: 55–69, doi:10.1007/978-94-009-6536-2_4, ISBN 978-94-009-6536-2, dicapai pada 2021-05-13
- ^ Kardong, Kenneth V (2019). Vertebrates: comparative anatomy, function, evolution (dalam bahasa English). ISBN 978-1-259-70091-0. OCLC 1053847969.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Safi, Rachid; Bertrand, Stéphanie; Marchand, Oriane; Duffraisse, Marilyne; de Luze, Amaury; Vanacker, Jean-Marc; Maraninchi, Marie; Margotat, Alain; Demeneix, Barbara (2004-02-01). "The Axolotl (Ambystoma mexicanum), a Neotenic Amphibian, Expresses Functional Thyroid Hormone Receptors". Endocrinology. 145 (2): 760–772. doi:10.1210/en.2003-0913. ISSN 0013-7227. PMID 14576183.
- ^ "18 Types of Axolotl Colors You Can Own (Axolotl Color Guide)". Exopetguides. 14 Ogos 2019.
- ^ Weird Creatures with Nick Baker. Dartmoor, England, UK: The Science Channel. 11 November 2009. Peritiwa berlaku pada 00:25.
- ^ a b "Ambystoma mexicanum (Salamandra ajolote)".
- ^ Wainwright, P. C.; Sanford, C. P.; Reilly, S. M.; Lauder, G. V. (1989). "Evolution of motor patterns: aquatic feeding in salamanders and ray-finned fishes". Brain, Behavior and Evolution. 34 (6): 329–341. doi:10.1159/000116519. PMID 2611639.
- ^ "Mythic Salamander Faces Crucial Test: Survival in the Wild". The New York Times. Dicapai pada 30 July 2015.