Bahasa Nawatl | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nahuatl (bahasa Sepanyol) | |||||||
Nāhuatlahtōlli, Māsēwallahtōlli, Mexicano | |||||||
Asli kepada | Mexico dan El Salvador | ||||||
Etnik | Orang Nahua | ||||||
Penutur bahasa | 1.45 juta (2000)[1] | ||||||
Bentuk awal | |||||||
Dialek/loghat | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Mexico | ||||||
Dikawal selia oleh | Instituto Nacional de Lenguas Indígenas[2] | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-2 | nah | ||||||
ISO 639-3 | nci Bahasa Nahuatl KlasikUntuk bentuk moden, sila rujuk Rumpuan bahasa Nahua. | ||||||
| |||||||
Bahasa Nawatl (nawatlahtolli terbitan nāhuatl [ˈnaːwatɬ ],[cn 1] Sepanyol: náhuatl ) atau bahasa Mesyika (mexikatlahtolli, Sepanyol: mexicano[4]) adalah satu bahasa dari cabang Nawa rumpun bahasa Uto-Aztek dituturkan oleh kira-kira 1.5 juta orang Nahua yang kebanyakannya tinggal di Mexico Tengah; ada juga yang tinggal di El Salvador dan dikenali sebagai suku Pipil. Ia bahasa peribumi yakni (bukan Eropah) paling banyak dituturkan dalam Mexico.[5] Nawatl telah dituturkan di rantau tengah Mexico sejak seawal abad ke-7 M,[6] bahasa ini mula meluas sepesat Tamadun Toltec terletak di Tula, Hidalgo moden, Mesoamerika pada kurun ke-5 hingga 6 Masihi[7] sepanjang banjaran gunung berapi yang menjangkau dari tengah Mexico ke lautan Teduh mencabang kepada beberapa bahasa serumpun.
Ia merupakan bahasa kaum Aztek yang menguasai kawasan tengah Mexico sewaktu zaman Akhir Pascaklasik dalam sejarah Mesoamerika. Pada berabad-abad sebelum penaklukan Sepanyol terhadap Mexico, Empayar Aztek telah meluas dan menguasai kebanyakan wilayah Mexico, maka pengaruhnya telah menyebabkan bahasa Nawatl tuturan oleh para penduduk Tenochtitlan menjadi loghat baku serantau.
Sewaktu penaklukan apabila datangnya abjad Rumi, bahasa Nawatl turut menjadi bahasa sastera, dan banyak karya riwayat, tatabahasa, puisi, dokumen pentadbiran dan kodeks ditulis dalam bahasa pribumi ini pada abad ke-16 dan ke-17.[8] Bahasa sastera awal yang berasaskan loghat Tenochtitlan ini telah dilabelkan sebagai bahasa Nawatl Klasik dan menjadi antara yang paling banyak dikaji dan disuratkan di benua Amerika.[9]
Sistem tulisan
Perumian
Tulisan Rumi Sepanyol diperkenalkan para paderi dan pegawai jajahan Sepanyol Baru yang banyak mencatatkan persuratan termasuk urusan pentadbiran dan kisah lisan sezaman dalam beberapa dekad.[10] Sistem paling lama bertahan mula dikembangkan kurun ke-17 oleh rahib Jesuit Horacio Carochi hasil penelitian rakan sebidangnya Antonio del Rincon.[11]
AFA | Ortografi | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ortografi lama[12] | Penyeragaman (Michel Launey)[13] | |||||
[a], [aː] | a
|
a, ā | ||||
[e], [eː] | e
i kadangkala if in contact with /y/ |
e, ē | ||||
[i], [iː] | i, y atau j | i, ī | ||||
[o], [oː] | o
|
o, ō | ||||
[p] | p | p | ||||
[t] | t | t | ||||
[k] | qu (sebelum i dan e)
c (lain-lain) |
qu (sebelum i dan e)
c (lain-lain) | ||||
[ts] | tz
|
tz | ||||
[tʃ] | ch | ch | ||||
[tɬ] | tl | tl | ||||
[kʷ] | cu
cu, uc, cuh, or c di hujung suku kata |
cu (sebelum huruf vokal)
uc (lain-lain) | ||||
[m] | m
|
m | ||||
[n] | n
seringkali digugurkan sebelum /y/, /w/, dan di hujung kata. |
n | ||||
[s] | z, ç
|
c (sebelum e dan i)
z (lain-lain) | ||||
[ʃ] | x
|
x | ||||
[j] | i, y, j
|
y | ||||
[w] | u, v, rarely hu
/w/ digugurkan antara huruf vokal /o/ dan /a/ |
hu (sebelum huruf vokal)
uh (lain-lain) | ||||
[l] | l
|
l | ||||
[lː] | ll, l | ll | ||||
[ʔ], [h] | h antara huruf vokal atau kadangkala hujung kata
Adakala tidak ditulis langsung atau bertanda ◌̀ |
◌̀ (pada vokal pertama perkataan)
◌̂ (pada vokal hujung perkataan) |
Institut Bahasa-Bahasa Peribumi Mexico (Instituto Nacional de Lenguas Indígenas, INALI) ditubuhkan tahun 2004, berusaha beberapa kali memiawaikan tulisan yang seragam banyak loghat bahasa ini tetapi tidak berhasil.[14] Pembaharuan merumikan bahasa serumpun Nawa akhirnya digiatkan dengan kerjasama penutur dari 16 negeri se-Mexico 2018 menciptakan aturan Yankwiktlahkwilolli ("Tatatulis")[15] bertujuan memutakhirkan perumian bahasa ini.[16][17]
Catatan
- ^ Perkataan nāhuatl (batang kata nama nāhua, + absolutif -tl ) dipercayai bermaksud "bunyi yang nyata dan jelas" (Andrews 2003:578 2003:364,398) This language name has several spellings, among them náhuatl (the standard spelling in the Spanish language),("Náhuatl" (dalam bahasa Spanish). rae.es. Dicapai pada 6 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)) Naoatl, Nauatl, Nahuatl, Nawatl. In a back formation from the name of the language, the ethnic group of Nahuatl speakers are called Nahua.
Rujukan
- ^ INEGI 2005:3
- ^ "Instituto Nacional de Lenguas Indígenas homepage".
- ^ "General Law of Linguistic Rights of Indigenous Peoples" (PDF) (dalam bahasa Spanish). Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "mexicano, na". Diccionario de la lengua española (ed. 22.ª). Madrid: Real Academia Española. 2005. Dicapai pada 3 Feb 2009.
- ^ "Mexihko, ik chikome tlalli in kanin onka nepapan tlahtolli ipan nochi totlaltikpak". Secretaría de Cultura. Gobierno de México. 18 Feb 2019. Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ^ Suárez 1983:149
- ^ Solar, 2006; Hers, 1993: 107
- ^ Canger 1980:13
- ^ Canger 2002:195
- ^ Lockhart 1992, m/s. 330–335.
- ^ Smith-Stark 2005.
- ^ Launey 1992, m/s. 379–382.
- ^ Launey 1992, m/s. 13–14.
- ^ Canger (2002)
- ^ "Tlahkwiloltlanawatilli (Normas de escritura)".
- ^ "Lingüistas y especialistas coinciden en la importancia de normalizar la escritura de la lengua náhuatl".
- ^ "Nawatl, mexkatl, mexicano (náhuatl)".
Sumber utama
- Canger, Una (1980). Five Studies Inspired by Náhuatl Verbs in -oa. Travaux du Cercle Linguistique de Copenhague, Vol. XIX. Copenhagen: The Linguistic Circle of Copenhagen; distributed by C.A. Reitzels Boghandel. ISBN 978-87-7421-254-6. OCLC 7276374.
- Canger, Una (2002). "An interactive dictionary and text corpus". Dalam William Frawley; Pamela Munro; Kenneth C. Hill (penyunting). Making dictionaries: Preserving Indigenous Languages of the Americas. Berkeley, CA: University of California Press. m/s. 195–218. ISBN 978-0-520-22995-2. OCLC 47863283.
- Hers, Marie-Areti. “El horizonte Clásico en el centro norte de Mesoamérica marginal”. Dalam Atlas Histórico de Mesoamérica, Linda Manzanilla, Leonardo López Luján (penyunting). Ed. Larousse, México, 1993. m/s. 107-112
- Launey, Michel (1992). Introducción a la lengua y a la literatura náhuatl (dalam bahasa Sepanyol). México D.F.: National Autonomous University of Mexico, Instituto de Investigaciones Antropológicas. ISBN 978-968-36-1944-0. OCLC 29376295.
- Solar Valverde, Laura (penyunting) El fenómeno Coyotlatelco en el centro de México. Conaculta/INAH 2006.
- Suárez, Jorge A. (1983). The Mesoamerian Indian Languages. Cambridge Language Surveys. Cambridge and New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-22834-3. OCLC 8034800.
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Bahasa-bahasa Nahua
- Halaman yang menggunakan templat menggantikan kata ajaib
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Bahasa tanpa kod warna keluarga
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa ISO yang memetik sumber selain Ethnologue
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Bahasa Nahuatl
- Bahasa aglutinatif
- Bahasa polisintetik
- Bahasa pribumi Mexico
- Bahasa Uto-Aztek
- Bahasa Mesoamerika