| Ikan Tilapia | |
|---|---|
| Ikan Tilapia dari Sungai Nil (Oreochromis niloticus niloticus) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Subkeluarga: | |
| Tribus: | |
| Genus | |
|
Oreochromis (kira-kira 30 spesies): | |
Tilapia ialah nama umum bagi hampir seratus spesies ikan siklid dalam kelompok siklid tilapiin. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur kecil dan kolam sehingga sungai, tasik dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada tumbuhan rumpair yang lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Tilapia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah di tempat di mana ia diperkenalkan secara sengaja atau tidak (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).
Etimologi
Nama biasa tilapia berasaskan nama genus siklid Tilapia, yang ia sendiri merupakan bentuk Latin perkataan Tswana thiape bagi "ikan".[1] Nama genus dan istilah ini mula diperkenal oleh ahli zoologi dari Scotland, Andrew Smith pada 1840.[2]
Ketika ia diperkenalkan ke seluruh dunia sebagai makanan bagi manusia (asalnya kepada petani sebagai hidangan kelas rendah), tilapia sering kali mempunyai nama khas bagi mereka dalam pelbagai bahasa dan loghat. Sesetengah spesies tilapia kadangkala dikenali sebagai ikan "St. Peter." Istilah ini diambil dari kisah Injil Kristian mengenai apostle Peter menangkap ikan yang membawa siling shekel dalam mulutnya. Sungguhpun begitu, spesies ikan tidak disebut dalam perenggan Injil.[3] Sungguhpun nama yang sama digunakan pada Zeus faber, tiada ikan lain terdapat di kawasan tersebut, satu spesies tilapia (Sarotherodon galilaeus galilaeus) diketahui dijumpai di Laut Galilee di mana kisah tersebut dikatakan berlaku. Spesies ini diketahui merupakan sasaran penangkapan ikan artisan berskala kecil selama beribu-ribu tahun.[4][5] Di sesetengah negara Asia termasuk Filipina, tilapia besar sering kali disebut pla-pla sementara tilapia kecil masih dikenali sebagai tilapia.[6] Dalam bahasa Ibrani, tilapia dikenali sebagai amnoon (אמנון). Dalam bahasa Arab, tilapia dikenali sebagai bolty (بلطي ).
Taksonomi
Antara genus ikan tilapia adalah:
Akuakultur
Tilapia menjadi ikan ketiga penting selepas kap dan salmonid, dengan pengeluaran mencecah 1,505,804 tan metrik pada 2002.[7] Disebabkan saiznya yang besar, pertumbuhan pantas dan rasanya, sejumlah siklid tilapiin menjadi tumpuan dalam usaha akuakultur utama, terutamanya pelbagai spesies Oreochromis, Sarotherodon dan Tilapia, kesemuanya secara tidak rasmi dikenali sebagai tilapia. Sebagaimana ikan besar lain, ia merupakan sumber protein yang baik dan merupakan sasaran popular tangkapan nelayan kecil dan perdagangan. Pada asalnya, kebanyakan penangkapan ikan tersebut adalah di Afrika, tetapi pelepasan tilapia secara sengaja atau tidak sengaja di beberapa tasik air tawar di Asia telah mendorong kepada projek akuakultur di negeri dengan iklim serdahana seperi ASEAM.[2] Di zon serdahana tempatan, operasi penternakan tilapiin memerlukan tenaga bagi memanaskan air pada suhu tropika yang diperlukan oleh tilapia. Satu kaedah termasuk memanaskan air dengan menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.[8]
Populasi asing
Tilapia telah digunakan sebagai kaedah kawalan biologi bagi mengawal masalah rumpair tertentu. Ia menggemari tumbuhan akuatik terapung, sesudu itik (Lemna sp.) tetapi turut makan alga berfilamen.[9] Di Kenya, tilapia diperkenalkan bagi mengawal nyamuk yang menyebabkan malaria. Ia makan larva nyamuk, dengan itu mengurangkan jumlah nyamuk betina dewasa, yang merupakan vektor penyakit ini (Petr 2000). Kebaikan ini bagaimanapun jauh ditenggelami oleh aspek negetif tilapia sebagai spesies ceroboh. Di Kenya, tilapia yang terdapat di Tasik Victoria (Sango), dikenali sebagai ngege oleh puak Luo. Eksportnya ke pasaran Eropah telah menjejaskan bekalan kepada Luos yang menganggapnya sebagai makanan ruji.
Akuarium
Tilapia besar biasanya dilihat sebagai ikan akuarium oleh masyarakat tidak baik kerana ia memakan tumbuhan dan boleh menjadi gangguan, menggali substrat dan berkelahi dengan ikan lain. Spesies Afrika barat yang lebih kecil, seperti Tilapia joka dan spesies dari tasik kawah di Cameroon sebaliknya lebih popular. Sama juga di akuarium, tilapia boleh berbaur dengan baik dengan siklid lain yang tidak mengawal kawasan, seperti keli perisai, lampam sungai, garpike dan ikan kuat tetapi aman. Sesetengah spesies, termasuk Tilapia buttikoferi, Tilapia rendalli, Tilapia joka dan Sarotherodon melanotheron melanotheron air payau, memiliki pola menarik dan merupakan ikan hiasan.
Rujukan
- ^ Chapman, Frank A. (July 1992). "Culture of Hybrid Tilapia: A Reference Profile" (html). Circular 1051. University of Florida, Institute of Food and Agricultural Sciences. Dicapai pada 2007-08-17.
- ^ "Genera Summary: Tilapia" (html). Catalog of Fishes - W.N. Eschmeyer; California Academy of Sciences. FishBase. June 2007. Dicapai pada 2007-08-17.
- ^ Matthew 17:24−27Template:Bibleverse with invalid book
- ^ Baker, Jenny (1988). Simply Fish. London: Faber & Faber. m/s. 197 pp.
- ^ Rosencrans, Joyce (2003-07-16). "Tilapia is a farmed fish of biblical fame". The Cincinnati Post. E. W. Scripps Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-18. Dicapai pada 2007-08-25. More than one of
|author=dan|last=specified (bantuan) - ^ FAO Fishery Information, Data and Statistics Service (1993). "Aquaculture production (1985-1991)". FAO Fisheries Circular. FAO. 815: 20–21.
- ^ Fessehaye, Yonas (2006). Natural mating in Nile tilapia (Oreochromis niloticus L.) Implications for reproductive success, inbreeding and cannibalism (PDF). Wageningen: Wageningen UR. m/s. 150 pp. ISBN 90-8504-540-1.
- ^ "GO FISH, Egyptian Style - Ag Innovation News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-30. Dicapai pada 2008-07-31.
- ^ [1] Diarkibkan 2012-09-21 di Wayback Machine
Bibliografi
- FAO Fishery Information, Data and Statistics Service (1993). "Aquaculture production (1985-1991)". FAO Fisheries Circular. FAO. 815: 20–21.
- Petr, T. (2000): Interactions between fish and aquatic macrophytes in inland waters. A review. FAO Fisheries Technical Papers 396.
- Trewavas, Ethelwynn (1983): Tilapiine fishes of the genera Sarotherodon, Oreochromis and Danakilia. Published by the British Museum (Natural History), London. 583 pages. ISBN 0-565-00878-1
Pautan luar
- Tilapia project at Australian Centre for Tropical Freshwater Research, James Cook University [3] Diarkibkan 2008-04-16 di Wayback Machine
- Information on two tilapia pest species from the Australian Centre for Tropical Freshwater Research as PDF downloads: [4] Diarkibkan 2008-05-03 di Wayback Machine
- Information on selecting, preparing and storing tilapia [5]








