Chordata | |
---|---|
Ikan keli Glass (Kryptopterus vitreolus) ialah salah satu kordata yang mempunyai tulang belakang yang boleh dilihat dari luar. Saraf tunjangnya berada di dalam tulang belakangnya. | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Klad: | ParaHoxozoa |
Klad: | Bilateria |
Klad: | Nefrozoa |
Superfilum: | Deuterostomia |
Filum: | Chordata Haeckel, 1874[1][2], Bateson, 1885 |
Kelas | |
Lihat di bawah |
Kordat (Jawi: كوردت) ialah sekumpulan haiwan yang tergolong dalam filum Chordata, merangkumi haiwan vertebrat (bertulang belakang), dengan beberapa invertebrat (tidak bertulang belakang) yang berkait rapat. Ia disatukan dengan memiliki notochord, utas saraf dorsal berongga, liang pharyngeal, endostyle, dan ekor melepasi dubur (post-anal tail) , pada satu peringkat dalam kitaran hayat mereka. Sesetengah pakar sains menegaskan bahawa ia adalah kantung Branchial/pharyngeal dan bukannya liang.[perlu rujukan]
Filum Kordata dipecahkan kepada tiga subfilum: Urochordata, Cephalochordata, dan vertebrat. Sesetengah saintis menganggap Hemichordata sebagai subfilum kordata keempat, tetapi biasanya ia dianggap filum berbeza. Larva urochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi ia hilang apabila dewasa. Cephalochordate memiliki notochord dan untaian saraf tetapi bukan vertebrat. Dalam kesemua vertebrat kecuali bagi Hagfish, untaian saraf beronggal dorsal telah diselitupi dengan rawan (cartilaginous) atau vertebrat bertulang dan notochord mengecut dengan banyaknya.
Kordata dan tiga saudara phyla, hemichordate, echinoderm dan xenoturbellida, membentuk deuterostomes, iaitu superfilum. Kordata adalah filum terbesar dikalangan deuterostomes.
Kaitan antara kumpulan luas kordata ditunjukkan dalam gambarajah pokok filogenetik di bawah. Kebanyakan taksonomi(kiatgolong) disenaraikan tidak padan dengan kelas traditional disebabkan beberapa kelas tersebut adalah paraphyletik. Cubaan berbeza bagi menyelaras kepelbagaian clade kordata kepada kumpulan lebih kecil, sesetengahnya dengan dan sesetengahnya tanpa taksa paraphyletik, telah meletakkan pengelasan vertebrat dalam keadaan huru-hara (state of flux). Juga, kaitan sesetengah kumpulan kordata tidak difahami dengan baik.
Pengelasan
[sunting | sunting sumber]Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Skema berikut dari edisi ketiga Vertebrate Palaeontology.[3] Sungguhpun ia berstruktur bagi menunjukkan kaitan evolusi (sama seperti cladistics), ia turut mengekalkan peringkat tradisi yang digunakan dalam taksonomi Linnaean.
- Filum Kordata
- Subfilum Tunicata (Urochordata)— (tunicates, 3,000 spesies)
- Subfilum Cephalochordata (Acraniata)— (lancelets, 30 spesies)
- Subfilum vertebrat (Craniata) (vertebrata — haiwan bertulang belakang; 57,674 spesies)
- Kelas 'Agnatha'Paraphyletic (vertebrata tanpa rahang; 100+ spesies)
- Subkelas Myxinoidea (hagfish; 65 spesis)
- Subkelas Petromyzontida (Lampreys)
- Subkelas Conodonta
- Subkelas Pteraspidomorphi (ikan tanpa rahang Paleozoic)
- Ordo Anaspida
- Ordo Thelodonti (Paleozoic ikan tanpa rahang)
- Infrafilum Gnathostomata (vertebrata bertaring)
- Kelas Placodermi (Paleozoic armoured forms)
- Kelas Chondrichthyes (cartilaginous fish; 900+ species)
- Kelas Acanthodii (Paleozoic "spiny sharks")
- Kelas Osteichthyes (ikan bertulang; 30,000+ spesies)
- Subkelas Actinopterygii (ray-finned fish; about 30,000 spesies)
- Subkelas Sarcopterygii (lobe-finned fish)
- Superkelas Tetrapoda (vertebrata berkaki empat; 18,000+ spesies)
- Kelas 'Agnatha'Paraphyletic (vertebrata tanpa rahang; 100+ spesies)
Phylogeni
[sunting | sunting sumber]Chordata |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota:
- Garis menunjukkan kemungkinan kaitan revolusi, termasuk taxa pupus, yang diwakili dengan pisau belati (dagger), †. Sesetengahnya adalah invertebrata. Kordata merupakan phylum.
- Kedudukan (hubungan) bagi clades Lancelet, Tunicate, dan Craniata adalah seperti dilaporkan[4] dalam journal saintifik Nature.
Asal
[sunting | sunting sumber]Asal kordata pada masa ini tidak diketahui. Kordata yang jelas dapat dikenal pasti adalah ikan mudah (reduced fish)- atau spesimen seperti lancelet dari Kambria. Kebanyakan spekulasi mengenai asal mereka jatuh kedalam salah satu kategori berikut:
- Haiwan seperti cacing yang tinggal dalam mendakan yang bertukar memiliki badan lebih leper dan/atau sirip bagi berenang.
- Makan mengguna penapis tiub (sessile) yang berubah menjadi haiwan bebas berenang dengan menggunakan ridip. (Tunicates, dianggap sebagai kordata, adalah makan mengguna penapis tiub sessile yang memiliki larva seperti berudu.)
- Larva berenang atau terapung sejenis haiwan yang akhirnya mengekalkan ciri berenang sehingga dewasa.
Notochord menjadi kaku dalam kebanyakan kordata mungkin telah berubah bagi mebantu keberkesanan pengucupan otot berselang bagi berenang (dalam pergerakan bentuk S). dalam kata lain, bagi melenturkan tubuh, otot memerlukan struktur kaku bagi manariknya, dan notochord (sekurang-kurangnya sebelum tulang belakang) adalah struktur asas bagi memberikan pengukuhan ini. Ketiadaan bahagian badan kaku mungkin menyebabkan haiwan menjadi pendek semasa pengucupan otot dan bukannya peregrakan lentur yang diperlukan bagi berenang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Haeckel, E. (1874). Anthropogenie oder Entwicklungsgeschichte des Menschen. Leipzig: Engelmann.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNielsen2012
- ^ Benton, M.J. (2004). Vertebrate Palaeontology, Third Edition. Blackwell Publishing, 472 pp. The classification scheme is available online
- ^ The amphioxus genome and the evolution of the chordate karyotype, Nicholas H. Putnam, et al. Nature vol 453 p. 1064-1071, June 19, 2000
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kordat |