Pengilang | Amstrad |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi ketiga |
Ketersediaan runcit | September 1990 |
Media | Katrij ROM |
CPU | Zilog Z80A 8-bit berkelajuan 4.0 MHz |
Input | Alat pengawal piawai |
GX4000 merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik yang berpangkalan di Britain, Amstrad pada tahun 1990 di kawasan Eropah. Konsol ini merupakan percubaan syarikat Amstrad untuk bersaing dengan syarikat pengeluar konsol permainan video lain seperti Nintendo dan Sega[1], namun begitu kurang mendapat sambutan oleh kerana pasaran konsol Sega Genesis dan Super Nintendo Entertainment System yang semakin popular pada ketika itu[2]. Untuk rekod, kurang daripada 40 jenis permainan video dikeluarkan untuk konsol ini, selepas hanya bertahan tidak sampai setahun di pasaran[3].
Spesifikasi
Konsol GX4000 dijana dengan cip mikropemproses Zilog Z80A yang merupakan cip 8-bit. Oleh kerana konsol ini dipasarkan dalam penghujung generasi kedua, ianya tidak bertahan lama di dalam pasaran kerana era konsol 16-bit kian mendapat tempat di kalangan peminat permainan video.
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | Zilog Z80A 8-bit berkelajuan 4.0 MHz | ||||
RAM | 64 KB | ||||
RAM video | tiada | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 4096 warna (32 warna dipaparkan di skrin) | ||||
Resolusi skrin | 160px x 200px sehingga 640px x 200px[2] | ||||
Saluran audio | 3 saluran mono |
Rujukan
- ^ "I once had an Amstrad GX4000". dan is cross. Dicapai pada 19 Oktober 2015.
- ^ a b Rignal, Jaz (28 Ogos 2015). "Consoles You've Never Heard of: Amstrad GX4000". US Gamer. Dicapai pada 19 Oktober 2015.
- ^ "Top Ten Amstrad GX4000 Games". Retro Gamer. 25 April 2014. Dicapai pada 19 Oktober 2015.