Pembangun | The 3DO Company |
---|---|
Pengilang | Panasonic, Sanyo dan GoldStar (sekarang LG) |
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi kelima |
Ketersediaan runcit | 4 Oktober 1993 20 Mac 1994 1994 |
Media | CD-ROM |
CPU | RISC CPU ARM60 32-bit berkelajuan 12.5 MHz |
3DO Interactive Multiplayer (dikenali sebagai 3DO) merupakan sebuah konsol permainan video yang dibangunkan oleh syarikat pengeluar permainan video The 3DO Company. Konsol 3DO bukanlah merupakan produk terakhir untuk pengguna, ianya merupakan sebuah platform yang dilesenkan kepada beberapa pengeluar dan hasil akhir kepada konsol ini tidak dikeluarkan oleh syarikat 3DO[1]. Syarikat elektronik Panasonic mengeluarkan model pertama untuk konsol ini pada tahun 1993 dan beberapa model lain dikeluarkan oleh syarikat elektrik Sanyo pada tahun 1994 serta GoldStar (sekarang Kumpulan LG).
Sejarah
Pada tahun 1991, pengasas syarikat Electronic Arts Trip Hawkins membuka syarikat baru yang diberi nama 'The 3DO Company' di mana misi syarikat ini adalah untuk membina sebah platform yang interaktif dan berdasarkan kepada media CD-ROM. Berdasarkan kepada misi ini, beliau mengeluarkan idea mengenai sistem operasi yang mampu menjana grafik 3D, dan di situlah tercetusnya nama 3DO (Three-Dimensional Operating System) dan mereka akan menjual sistem ini kepada mana-mana pengeluar barang elektronik yang berminat[2].
Trip Hawkins menyatakan bahawa beliau cuba untuk berhubung dengan beberapa syarikat elektronik bagi membolehkan konsol 3DO dikeluarkan, termasuklah syarikat Panasonic dan Sony[3]. Namun begitu, pada ketika itu syarikat Sony sudah memulakan projek pembangunan konsol PlayStation dan menolak untuk mengeluarkan konsol 3DO ini. Panasonic pula bersetuju untuk mengeluarkan konsol 3DO dengan melancarkan model FZ-1 pada tahun 1993[4].
Platform 3DO yang dilesenkan kepada pengeluar merupakan platform terbuka kepada pembangun dan pengeluar yang tidak mempunyai ciri-ciri yang terhad kepada sesebuah kawasan. Platform ini juga tidak mempunyai ciri-ciri perlindungan data di mana ianya memudahkan penggodam melakukan cetak rompak permainan video untuk konsol ini[2].
Spesifikasi
Konsol 3DO dijana dengan cip mikropemproses RISC CPU ARM60 32-bit berkelajuan 12.5 MHz dan memiliki sejenis cip mikropemproses untuk pengiraan matematik serta dua cip mikropemproses grafik yang menjana permainan video menggunakan 16.7 billion warna serta mampu memaparkan video gerak penuh (FMV)[5]. Spesifikasi ini boleh dikatakan agak canggih pada ketika itu berbanding dengan spesifikasi dari konsol-konsol permainan video lain yang dikeluarkan pada masa itu. Konsol ini juga memilik cakera keras terbina yang digunakan untuk menyimpan data berkaitan permainan video.
Pada badan konsol ini terdapat hanya satu input untuk alat pengawal. Untuk memainkan permainan video yang memerlukan 2 pemain, alat pengawal kedua dicucuk pada input yang terdapat pada alat pengawal pertama[5].
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | RISC CPU ARM60 32-bit berkelajuan 12.5 MHz | ||||
RAM | 2 MB | ||||
RAM video | 1 MB | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 16.7 billion warna | ||||
Resolusi skrin | 320px x 240px, 640px x 480px | ||||
Jenis audio | Stereo 16-bit, menyokong Dolby Surround |
Rujukan
- ^ "3DO Interactive Multiplayer 101: A Beginner's Guide". Racket Boy. 10 Mei 2010. Dicapai pada 5 November 2015.
- ^ a b David Kudrev (15 Oktober 2013). "3DO Interactive Multiplayer – It's not that bad!". Retrospekt. Dicapai pada 5 November 2015.
- ^ Matthews, Will (Disember 2013). "Ahead of its Time: A 3DO Retrospective". Retro Gamer (122). Imagine Publishing. m/s. 18–29.
- ^ "Panasonic REAL 3DO Interactive Multiplayer FZ-1". The Liberator. Dicapai pada 5 November 2015.
- ^ a b "System Overview - 3DO". RF Generation. 11 November 2007. Dicapai pada 5 November 2015.