| Pengilang | Commodore |
|---|---|
| Jenis | Konsol permainan video |
| Generasi | Generasi kelima |
| Ketersediaan runcit | |
| Media | CD-ROM |
| CPU | Motorola 68EC020 (32-bit) berkelajuan 14.32 MHz (NTSC) atau 14.18 MHz (PAL) |
Amiga CD32, (ditulis sebagai CD32) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Commodore dan merupakan konsol 32-bit pertama yang dipasarkan dalam pasaran di Eropah. Konsol ini tidak begitu mendapat perhatian di kalangan pengguna-pengguna di kawasan Eropah kerana strategi pengiklanan yang tidak begitu memberangsangkan serta mutu kebanyakkan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini tidak begitu baik[1].
Konsol Amiga CD32 tidak lama dipasarkan di pasaran dan syarikat Commodore menghentikan pengeluaran konsol ini oleh kerana pada ketika itu syarikat Commodore diisytiharkan muflis[2].
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Pihak Commodore menyedari akan kekurangan yang terdapat pada konsol Commodore CDTV dan 64 GS, jadi mereka membangunkan konsol Amiga CD32 dengan beberapa ciri-ciri baru. Set papan litar utama dalam konsol ini direka berdasarkan kepada Amiga 1200 iaitu sebuah produk komputer peribadi keluaran Commodore[3]. Perbandingan secara teliti terhadap konsol ini dan konsol Sega Genesis dari segi spesifikasinya nampak lebih kurang sama, walaupun konsol ini mempunyai lebih "bit" berbanding dengan Genesis[3].
| Sistem teras | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Cip mikropemproses | Motorola 68EC020 (32-bit) berkelajuan 14.32 MHz (NTSC) atau 14.18 MHz (PAL) | ||||
| RAM | 2 MB | ||||
| RAM video | tidak diketahui | ||||
| Grafik dan suara | |||||
| Palet warna | 16.8 billion warna | ||||
| Resolusi skrin | 320 x 200 sehingga 1280 x 400 NTSC 320 x 256 sehingga 1280 x 512 PAL | ||||
| Saluran audio | 4 saluran (8-bit) | ||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Slaven, Andy (2002). Video Game Bible, 1985-2002. Trafford Publishing. ISBN 1553697316. Dicapai pada 22 Oktober 2015.
- ^ "Commodore Bankruptcy". The Associated Press. 29 April 1994. Dicapai pada 22 Oktober 2015.
- ^ a b "Amiga CD32". Retro Gamer. 29 Januari 2014. Dicapai pada 22 Oktober 2015.








