Kudeta: Absolute Power Will Corrupt | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Daulat (2020) terbitan iflix |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | Vanidah Imran |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Sinematografi | Madnor Kassim |
Tempoh siaran | 45–50 minit |
Syarikat penerbitan | Lacuna Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 21 November 2022 – 9 Januari 2023 |
Kudeta: Absolute Power Will Corrupt ("Kudeta: Kuasa Mutlak Memusnahkan") ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan bersama Imran Sheik dan Kroll Azry dengan skrip oleh June Tan, Zuli Ismail, Hadi M. Nor dan Imran Sheik. Dibintangi oleh Vanidah Imran, siri ini berdasarkan daripada filem Daulat (2020) yang ditayangkan di iflix. Ia diterbitkan di bawah Astro Originals dan disiarkan di Astro Ria bermula 20 November 2022 sehingga 8 Januari 2023.[1]
Sinopsis
Mengisahkan tentang Mariam Imran yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri wanita pertama di Masraya bagi menggantikan bekas Perdana Menteri ketika itu, Jamal yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah yang dilakukan. Berikutan peristiwa tersebut, Mariam terpaksa bergabung dengan parti yang goya bagi mengelakkan rampasan kuasa dan terus mengekalkan kuasanya. Dalam tempoh seminggu pertama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, pelbagai isu terjadi seolah-olah rakyat dan pemimpin yang menentangnya mempersoal dan meragui kerajaan baru dibawah naungannya.
Tekanan berterusan diterima apabila berlaku penambahan ahli baru serta berlaku konflik kehidupan peribadi bersama suaminya, Yusuf. Sedikit sebanyak menjejaskan emosinya yang mana sekiranya tidak dibendung pastinya mampu mempengaruhi setiap keputusannya sebagai Perdana Menteri. Adakah pada akhirnya kerajaan yang baru dinaikkan ini akan tumbang dan berlaku penggulingan serta rampasan kuasa daripada musuh politik beliau?
Barisan pelakon
- Vanidah Imran sebagai Mariam Imran[1][2]
- Aqasha sebagai Yusuf[1]
- Aedy Ashraf sebagai Putra[1][2]
- Koe Yeet sebagai Flora[1]
- Sangeeta Krishnasamy sebagai Sunita[1]
- Namron sebagai Hamid[1]
- Adlin Aman Ramlie sebagai Rahman[1]
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Kak Gee
- Penampilan khas
- Maszlee Malik sebagai Jamal Banna
Episod
No. | Tajuk | Tarikh penyiaran asal |
---|---|---|
1 | "The Setup" | 21 November 2022 |
2 | "The Players" | 28 November 2022 |
3 | "East V West" | 5 Disember 2022 |
4 | "Betrayal" | 12 Disember 2022 |
5 | "Coup d'Etat" | 19 Disember 2022 |
6 | "Menage a Trois" | 26 Disember 2022 |
7 | "Kill Bill" | 2 Januari 2023 |
8 | "Checkmate" | 9 Januari 2023 |
Penerbitan
Kudeta berdasarkan daripada filem Daulat yang ditayangkan pada 6 April 2020 di iflix.
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik membuat penampilan khas, sekaligus menandakan percubaan sulung beliau dalam bidang lakonan.[3][4]
Keluaran
Kudeta memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 21 November 2022, sehari selepas tayangan perdana di Astro GO dan Astro On Demand. Ia turut disiarkan di PRIMEtime setiap Jumaat jam 10 malam.
Rujukan
- ^ a b c d e f g h "Drama Kudeta". My Infotaip. 20 November 2022. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ a b Amri Hassan (10 Disember 2022). "Kudeta Bukan 'Cermin' Situasi Malaysia, Vanidah & Aedy: "Politik Bukan Untuk Kami"". Astro Gempak. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ "Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta". Astro Awani. 6 Januari 2023. Dicapai pada 16 Januari 2023.
- ^ Alicia Corbett (5 Januari 2023). "Former Education Minister Maszlee Malik Speaks About His Turn as an Actor in the Astro Series KUDETA" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 16 Januari 2023.