Pengarah, penerbit, penulis skrip, penyunting filem
Tahun aktif
2007–kini
Pasangan
Fatimah Ruzaimi (k. 2022)
Anak-anak
2
Razaisyam Rashid (lahir 28 Jun 1985) merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan penyunting filem Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (UM), beliau terkenal sebagai pengarah filem CEO (2014) dan Pusaka (2019).[1] Razaisyam pernah memenangi beberapa anugerah, termasuk Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016[2] dan Pengarah Terbaik Anugerah Telenovela 2018. Beliau juga pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia menerusi Pengarah Harapan (CEO) dan penyunting terbaik (One Two Jaga).
Razaisyam berkahwin dengan penerbit filem yang juga merupakan pencipta syarikat produksi Alpha47 Films, Fatimah Ruzaimi pada 12 Disember 2022 dengan sekali lafaz akad.[3]