As-Syaikh Abu Bakar Effendi | |
---|---|
![]() | |
Peribadi | |
Kelahiran | s. 1814 |
Kematian | 1880 |
Sebab kematian | Malaria |
Tempat persemadian | Jirat Tana Baru, Cape Town, Afrika Selatan |
Agama | Islam |
Warganegara | Kekhalifahan Uthmaniyah |
Era | Tanzimat |
Mazhab akidah | Sunni Islam |
Mazhab fikah | Qadi |
Karya penting | Bayân al-Dîn (1877) |
Alma mater | Fatih Madrasa |
Pekerjaan | Guru, Negarawan, Alim |
Pemimpin Islam | |
Anugerah | Order of the Mejidie |
As-Syaikh Abu Bakar Effendi (s. 1814 – 29 Jun 1880), juga dieja Ebu Bekir Efendi, adalah seorang kadi dari Uthmaniyyah yang dihantar pada tahun 1862 oleh Sultan Abdulaziz untuk mengajar dan mengarahkan masyarakat Islam Melayu Cape. Beliau terkenal kerana telah membuat beberapa karya besar termasuk terjemahan karyanya pada tahun 1877 Bayân al-Dîn, ke dalam bahasa yang digunakan Melayu Cape sehari-hari ketika itu, bahasa Afrikaans. Bahasa itu masih dipandang sebagai dialek bahasa Belanda. Dia dikreditkan kerana memperkenalkan fez sebagai pakaian kepala untuk lelaki Muslim di Cape, dan kehadirannya mempunyai kesan yang besar terhadap pengembangan dan penyatuan Islam di seluruh Afrika bahagian Selatan.[1]
Kehidupan awal dan nasab
Abu Bakr Effendi lahir pada tahun 1814, beberapa sumber menyebut 1835. Beliau berasal daripada keluarga Sayeed, berasal dari Mekkah. Keluarganya merantau sejak zaman Kerajaan Seljuk. Syekh Effendi lahir di Provinsi Zor. Keturunan Zayd bin Ali, putera Imam Zayn al-Abidin. Syekh Effendi merupakan orang Arab dan Kurdi.
Ketika beliau masih kecil, ayahandanya Molla Omar Al-Baghdadi, seorang gabenor Uthmani terbunuh. Effendi belajar di madrasah yang ditubuhkan puyangnya, Abu Nasr Al-Amiyr Sulaymaan Al-Qurashiy Al-Amjadiy (s. 1060 - 1134). Selepas belajar ke Mekkah, dia menyertai keluarganya di Erzurum. Menantunya kelak ialah sepupunya Sayeed Abdürrezzak ilmi Efendi. Dia juga encik jauh daripada Ömer Nasuhi Bilmen. Tidak banyak yang diketahui mengenai puyangnya, Amir Sulayman dari buku karya Effendi. Amir itu hidup sezaman dengan Suleyman Ghazi, penubuh Kesultanan Uthmani dan Kesultanan Rum.
Keadaan Muslim Cape Town selepas masa 3 Tuan Guru
Pada 1803, Tuan Sayeed Alawie dari Mekkah meninggal dunia. Setahun dari wafatnya sang sahabat, kesihatan Tuan Guru mula menurun tajam. Sehari-hari dia dibantu untuk berjalan atau digantikan berkhotbah oleh Jan van Bugis. Salah satu sumber bahkan mengatakan kalau Jan maut semasa berumur 120 tahun lebih dan dibawa ke Cape sejak 1699.[2][3] Tetapi ada banyak sekali orang yang bernama Jan van Bugis di Koloni Cape dalam arkib Belanda, sehingga boleh dikatakan murid Tuan Guru ini ialah Jan yang berbeza dan jauh lebih muda daripada Tuan Nuruman.
Memandangkan jumlah umat muslim yang semakin bertambah, Jan mencari tempat untuk diasaskannya Masjid baharu. Jan membeli sebuah bangunan dari J.P. Roux pada tahun 1807. Masjid itu beliau beri nama Masjid Pokok Palm. Pada 1810, Tuan Nuruman wafat tanpa anak lelaki, seluruh anaknya perempuan. Sara van de Kaap, si pemberi waqaf dari keluarga mualaf Khoikhoi ingin agar suaminya yang menjadi Imam.
Hal ini belum pernah Jan dengar sebelumnya, mana mungkin si pemberi waqaf menguasai kembali tanah yang sudah ia waqafkan. Belum lagi memang dia lebih layak untuk menjadi Imam, tetapi posisi Sara lebih didukung majoriti. Jan tidak punya pilihan lain kecuali mengalah. Dia tidak mau berlaku konflik yang lebih besar. Tahun berlalu, Imam Jan wafat pada tahun 1843 di samping isterinya Samida. Semasa itu masjid-masjid yang ditubuhkan di Cape Town saling berpecah belah. Bahasa Melayu di antara mereka mengalami kepunahan.
Latar belakang kedatangan
Pada Mac 1856, pihak British menanda tangani perjanjian dengan Uthmani. Salah satu poin dalam surat itu ialah bahawa British harus memperlakukan minoriti muslim dengan baik. Khalifah Uthmani, Abdul Aziz pergi melawat ke London. Peristiwa ini ialah lawatan pertama ke Britania dalam sejarah Turki Uthmani.
Khalifah memanggil Syekh Effendi dan Omar Lutfi, seorang ulama lain ke Istanbul pada 1862. Di dalam istana mereka berdua mendapat khidmat untuk berdakwah kepada penduduk Koloni Cape dan menjadi imam besar di Afrika Selatan. Khalifah melanjutkan bahawa di antara masyarakat Melayu Cape telah berlaku konflik panjang seperti yang ditulis oleh Sir P.E. de Roubaix, Dewan Cape atas perwakilan Ratu Victoria dalam suratnya. Cape Town semasa itu mula menjadi wilayah perbandaran besar.
Menurut pengakuan dari Haji Mat Dien, seorang imam yang sudah berumur, ada ketidakpuasan mendalam dari orang Melayu yang berasal dari wilayah yang dikuasai British yang baru merantau ke sana. Ketika mengetahui saudara mereka hanya mampu berbicara dalam bahasa Afrikaans. Haji Dien juga mengatakan kalau mereka memerlukan bantuan kewangan dari Uthmani untuk kemaslahatan umat.[4]
Khalifah menjelaskan bahawa kehadiran mereka berdua diperlukan bagi masyarakat Melayu Cape. Pada bulan Disember, mereka segera berangkat ke London. Singgah di sana selama 2 bulan, sebelum berlayar dari Liverpool. Mereka sampai di Cape Town selama 44 hari pelayaran dengan kapal uap.
Kedatangan beliau dan Mazhab Hanafi
Kapal yang dinaiki Syekh Effendi tiba di dermaga Cape Town mendekati pertengahan 1863. Beliau disambut ramai-ramai oleh penduduk Melayu Cape. Di antara yang menyambutnya ketika turun dari kapal ialah dua haffiz, Rajab van Bugis dan Haji Khalieb. Haji Mat Dien dan ulama-ulama lain merasa sangat gembira dengan kehadirannya. Syekh Effendi mengatakan kepada semua orang dalam satu musyawarah akbar bahawa dia merupakan ulama Hanafi, tetapi juga mempelajari ketiga mazhab lainnya. Semua ulama di Cape semasa itu ialah Syafii kecuali orang India yang memiliki mazhab yang sama seperti dirinya.
Syekh Effendi sangat dicintai pada tahun-tahun pertama kedatangannya. Beliau membantu keluarga Melayu Cape yang kesulitan secara kewangan, menubuhkan sekolah ustazah yang diawasi oleh isterinya yaitu Jeremiah Cook/Tahora Saban Effendi dan mendamaikan konflik keluarga antara Van Bugis dan keturunan Van De Kaap. Syekh itu berkata bahawa Melayu, Bugis ataupun Khoikhoi mereka semua sudah bermastautin di Cape selama ratusan tahun, mereka semua bersaudara dan bermazhab Syafii. Untuk pertama kalinya, Rajab memimpin shalat jumaat di Masjid Al-Awal.
Pengharaman lobster dan ikan snoek
Pada pertengahan 1865, Syekh Effendi mula menuliskan apa yang menjadi karya paling terkenal dan permulaan daripada sastra bahasa Afrikaans, Uitensetting van die Godsdiens. Pada awalnya beliau menulis dengan tulisan Arab Melayu, tetapi syekh menyesuaikan beberapa huruf dengan pengucapan bahasa Belanda. Apa yang hari ini oleh masyarakat Cape disebut sebagai Lisan Al Afrikaans.
Masalah muncul selepas orang-orang yang dapat membaca surat bertuliskan Arab Melayu membaca isi buku itu. Semua tuntunan, semua tata susila, semuanya mengikut pemahaman mazhab Hanafi. Pada akhir 1869, Syekh Effendi mengeluarkan fatwa kepada seluruh muslim Afrika Selatan yang bermastautin di wilayah pesisir agar berhenti mencari kerjaya dengan menangkap lobster dan ikan snoek.
Mahkamah Cape
"… at the same time I think I ought to add that little good is likely to result from this stay. The people to whom he has been sent do not understand a word of the Turkish language and have a most imperfect knowledge of Arabic, and when to this extreme difficulty of communication is added a jealousy of his interference with their customs and privileges whether proper or improper, it is but natural that he should make but little progress with them.”
— ucap Sir Philip Woodhouse, Duke of Newcastle
Seorang ustadz dari mazhab Syafii, Ahmat Saddik secara terang-terangan mentahdzir Syekh Effendi. Beberapa bulan kemudian, Syekh Effendi mengajak dua orang anaknya yang masih kecil untuk ikut bersamanya menuju Istanbul. Hal ini membuat Ahmad Saddik membuat buku bertajuk Qaidah Syafii dengan bahasa Melayu. Meski jamaahnya hanya sedikit mengerti apa yang tertulis di dalamnya, tetapi beliau disambut penuh dukungan oleh masyarakat Melayu Cape. Dia mengumpulkan petisi yang ditanda tangani lebih dari ratusan orang dan menyerahkannya pada Sir Philip Woodhouse, Sekertariat Mahkamah Cape.
Syekh Effendi menunjuk Abdul Rakiep, seorang imam muda untuk menggantikannya semasa beliau pergi. Abdul Rakiep, didukung oleh Abdurahman bin Muhammad Al-Iraqi menolak buku yang diberikan Ahmad Saddik. Beliau kemudian membawa hal ini ke Mahkamah Bandar Cape pada 1873, Syekh Effendi belum pulang ke Cape. Sidang tetap berlanjut, mahkamah memutuskan agar masyarakat Melayu Cape menyelesaikan masalah ini secara kekeluargaan dan bukunya boleh tetap diterbitkan. Syekh Effendi pulang beberapa tahun selepas sidang itu berlaku. Beberapa ulama Melayu Cape pernah menemui dan mentahdzirnya di Mekkah.
Tahun-tahun terakhir
Syekh Effendi membantu Abdul Rakiep yang masih sangat muda semasa itu di Masjid Nurul Islam, berlokasi di Jalan Buitengracht. Kebanyakaan jamaahnya adalah orang India yang bermastautin di Cape. Sementara orang Melayu dan Khoikhoi lebih memilih untuk mendengarkan Ahmad Saddik, Abdul Burns dan ustadz bermazhab Syafii lain.
Pada 29 Jun 1880, Syekh Effendi meninggal dunia selepas lawatannya pada masyarakat Dera di Mozambique. Beberapa perwakilan dari Melayu Cape seperti Abdul Burns datang untuk ikut mensholati jenazah beliau, Ahmad Saddik telah meninggal dunia setahun sebelumnya. Dia berkata bahawa tahdzir mentahdzir antara ulama Syafii dan Hanafi sudah terlalu berlebihan. Syekh Abu Bakar Effendi bagaimanapun adalah tokoh penting dalam sejarah masyarakat Melayu Cape. Dia dimakamkan di Jirat Tana Baru.
Kehidupan peribadi dan keluarga
Pada 1864, berlaku sebuah wabak cacar di seluruh Cape bahagian barat. Mangsa daripada penyakit itu telah melebihi 25.000 orang dan menjejaskan penduduk Melayu Cape. Haron, seorang pembuat pelana kuda dari Jalan Keerom yang sering jatuh sakit selepas terkena wabak.Dia ingin menjodohkan sang putri. Perempuan itu bernama Rukea Maker. Ibunya merupakan mualaf Inggeris, tetapi meninggalkan mereka berdua semasa Rukea masih kecil. Mereka menikah dan memiliki dua orang anak, satu perempuan dan satu lelaki: Fahima Effendi Emjedi dan Mustafa Effendi Emjedi.
Pernikahan keduanya tidak berlangsung lama. Mereka bercerai di hadapan mahkamah. Beliau kemudian menikah lagi dengan Jeremiah Cook, gadis berdarah Inggeris dan keturunan dari saudara pengembara terkenal, James Cook. Gadis itu bertukar nama menjadi Tahora Saban Effendi dan memiliki lima orang anak: Ahmet Ataullah Effendi Emjedi, Hisham Ni'matullah, Muhammad Alaedin, Omar Jalaleddin dan Husein Fawzi. Anaknya, Ahmet Ataullah Bey ialah konsul Uthmani di Singapura. Beliau secara peribadi pernah bertemu dengan Sultan Ibrahim bin Abu Bakar dari Johor dan keluarganya.
Keturunan dari Syekh Effendi dikenal sebagai keluarga Emjedi oleh masyarakat Melayu Cape. Mereka pengikut mazhab Hanafi. Pada 2020, Presiden Recep Tayyip Erdoğan menganugerahkan 14 ahli keluarga Emjedi dengan kewarganegaraan Türkiye.[1]
Rujukan
- ^ a b Brandel-Syrier, Mia (2023-08-14), The Religious Duties of Islam as Taught by Abu Bakr Effendi (dalam bahasa Inggeris), Brill, ISBN 978-90-04-65917-9, dicapai pada 2025-04-26
- ^ Koolhof, Sirtjo; Ross, Robert (2005). "Upas, September and the Bugis at the Cape of Good Hope. The Context of a Slave's Letter". Archipel. 70 (1): 281–308. doi:10.3406/arch.2005.3982.
- ^ "First Fifty Years - a project collating Cape of Good Hope records - Jan van Bugis". www.e-family.co.za. Dicapai pada 2025-04-26.
- ^ "Shaykh Yusuf da Costa – Naqshbandi Muhammadi Order of South Africa" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-26.