Tuan Sayeed Alawie (meninggal dunia 1803), ialah seorang ulama Afrika Selatan yang terkenal berasal dari wilayah Hijaz. Tuan Sayeed merupakan ulama ahlul bayt dan keturunan dari Syarif Mekkah.[1]
Biografi
Tidak diketahui secara pasti di mana beliau ditangkap oleh Belanda. Ada yang mengatakan kalau beliau ditangkap langsung dari Hijaz atau ditangkap semasa berdakwah di Nusantara.[2] Pada tahun 1744, Tuan Sayeed muda dimasukan ke dalam penjara Pulau Roubben. Di tempat itu ia mula mengenal tahanan lain, Haji Mat Arim/Matarim. Beberapa tahun selepas pertemuan mereka, Haji Mat Arim meninggal dunia.
Belanda perlahan mengetahui rahsia bahawa orang Arab yang mereka penjara ini bukanlah orang biasa, melainkan keturunan Nabi Muhammad SAW. Menurut cerita yang mahsyur, tangan dan kaki beliau dirantai selama lebih dari 10 tahun lamanya sebelum dibebaskan Belanda. Pihak kolonial sangat ketakutan apabila Tuan Sayeed mengazamkan sebuah pemberontakan besar di pulau itu. Selama hampir 20 tahun lamanya dia dipenjara.
Beliau dijuluki sebagai "Tuan Guru" oleh tahanan lain. Semasa telah bebas, beliau tidak kembali ke Hijaz. Tuan Sayeed memutuskan untuk berdakwah kepada masyarakat Melayu Cape. Dia bekerja sebagai konstabulari dan dipandang oleh penjaga Belanda lain sebagai ras dari Asia. Dia tidak takut untuk mengajarkan kebaikan ajaran Islam pada beberapa rekannya meski tetapan Matsuycker masih berlaku.
Dakwah di Cape Town
Pada tahun 1760an, penduduk Melayu Cape dan seluruh Cape Town belum seramai ketika kedatangan masa Tuan Guru. Ada beberapa dari mereka yang lebih menyebar ke pedalaman barat. Tuan Sayeed mengawasi keamanan kampung pada malam hari. Kadang beliau memberikan makanan lebih pada hamba Khoikhoi yang bekerja di ladang ras orang kulit putih. Beberapa dari mereka dibebaskan olehnya.
Pada satu kisah, Tuan Sayeed pernah menasihati beberapa hamba yang dibawa dari China dan Jepun untuk berhenti meminum minuman keras, mengajak mereka juga untuk masuk Islam. Memasuki usia tua, Tuan Sayeed bersara dari pekerjaannya dan fokus menjadi imam sepenuhnya. Semasa itu belum ada masjid dan jamaahnya terpaksa shalat sembunyi-sembunyi. Beliau tetap menyeru kepada tauhid.
Pada 1793, Tuan Guru meneruskan perjuangan Tuan Sayeed. Meski lebih tua, tetapi kesihatan beliau sudah tidak seperti dulu lagi. Beliau meninggal dunia pada tahun 1803. Salah satu sahabat beliau, Tuan Nuruman diberi tanah yang luas oleh Gabenor Cape, Hansen. Makam Tuan Sayeed masuk ke dalam area pemakaman.
Rujukan
- ^ "Tuan Said Aloewie – Tana Baru" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-26.
- ^ Salie, Ebrahim. "Tuan Sayyid 'Alawi : My response to Professor Michael Laffan (University of Princeton,USA)". Cite journal requires
|journal=
(bantuan)