Abdul Burns | |
---|---|
Meninggal dunia | 1898 |
Warganegara | Templat:Country data Cape Colony Koloni Cape |
Pekerjaan |
Abdul Burns (meninggal dunia 1898) ialah ketua komuniti, da'i dan jurulatih kriket Afrika Selatan. Salah satu murid dari Ahmad Saddik, beliau dikenal sebagai peribadi yang tegas dengan memimpin komuniti pemuda Melayu di Bo-Kaap sejak masih sangat muda.[1]
Biografi
Abdul Burns lahir di Cape Town, dari ayah Scotland dan ibu Melayu Cape. Maut pada tahun 1898 di Bo-Kaap. Tidak banyak yang diketahui mengenai keluarganya, selain dia mendalami ilmu agama dan memiliki hobi bermain sukan. Semasa remaja, Burns sering menggantikan pekerjaan ayahnya sebagai kusir kuda dan dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dalam pekerjaan itu. Dia mula mengajak komunitinya untuk menentang akta yang dapat merugikan mereka sekitar 1869. Pada akta itu tertulis bahawa seorang pelayan boleh disebat oleh tuannya.
Pada 1880, Burns bertemu dengan anak-anak Syekh Abu Bakar Effendi. Dia mewakili ulama-ulama Syafii lain ingin berdamai dan akan membantu mereka jika ingin menubuhkan masjid. Cabaran datang dari pihak British beberapa tahun kemudian. Mereka seperti di dalam Akta Kesihatan akan menutup Jirat Tana Baru. Sebagai bentuk perlawanan, Burns membentuk Komite untuk Tanah Perkuburan Melayu. Dia memimpin sebagai ketua dan meminta Ahmet Ataullah, Hisham Ni'matullah dan ulama lain untuk membantunya.
Pada 12 Jun 1885, Burns memimpin 500 orang untuk menutupi jalan di sekitar Gedung Dewan Cape Town. Mereka menentang penutupan jirat dan ingin agar pemakaman di tempat itu dapat kembali berlaku. Tuntutan mereka tidak dipandang oleh premier, beberapa kali Burns terus mengirimkan surat tetapi tidak ada jawaban.
Pemakaman Amaludin Rhode
Pada pagi hari, 15 Januari 1886, komuniti Muslim di Cape belum mempunyai tempat perkuburan yang layak. Seorang anak nelayan bernama Amaludin Rhode maut. Lebih dari tiga ribu orang memadati pemakaman, membuka gerbang dan menguburkan sang anak. walked to the Tana Baru cemetery and buried the child. Dua belas polis yang datang tidak boleh berbuat banyak selain mendapat pelajaran berharga.
Pada 21 Januari 1886, Abdul Burns rasmi ditangkap. Dia hendak dibebaskan oleh Jeneral keturunan Scotland D'Ogley. Burns menghargainya sebagai sesama keturunan Scotland, tetapi dia menolak tawaran itu. Apa yang dia inginkan adalah pemakaman yang layak untuk umat Islam di Cape, tetapi pentadbir tidak mampu melakukannya. Burns lebih memilih untuk menjalani hukuman dan membayar denda. Semasa dia dalam hukuman, Komitenya dibubarkan dan diambil oleh Haji Uzayr. Dia membeli tempat pemakaman yang sangat jauh yang dibolehkan oleh British. Burns kecewa dan hubungan di antara mereka retak.[2]
Kerjaya dalam kriket
Salah satu sukan yang paling terkenal semasa itu ialah kriket. Anak-anak dan juga orang dewasa sering bermain permain itu, tetapi belum ada pertubuhan rasmi yang mengawasi perlawanan 'liga kecil'. Terutama bagi orang Melayu Cape. Pada 1890, Burns terkenal menubuhkan pasukan daerah Bo-Kaap dan Kejohanan untuk seluruh Melayu Cape.[3] Pada kejohanan yang ia tubuhkan, ia bertemu dan mulai mengenal dekat seorang bowler bernama Krom Hendricks.
Pada 2 Mac 1892, Combined Malay XI bertemu dengan pasukan kebangsaan England. Krom mewakili daerah Bo-Kaap meskipun dia beragama kristen. Meski Malay harus mengakui keunggulan lawan, Krom membuat lawannya terkejut. Tidak ada dari skuad Inggeris yang percaya kalau bowler berkulit hitam itu telah berumur 35 tahun. Banyak dari penonton yang ingin melihat Krom mewakili pasukan negara Cape, tetapi ahli politik ketika itu menolaknya.
Burns memimpin pasukannya sekali lagi dalam Kejohanan Melayu dan berjaya memenangkan piala untuk Bo-Kaap selepas menewaskan Distrik Kimberley pada 1894. Kepulangannya disambut meriah empat ribu penduduk.
Rujukan
- ^ "Abdol Burns - Andre Odendal". Boorhaanol Islam Movement (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-28.
- ^ "History of Muslims in South Africa: 1804 - 1899 by Ebrahim Mahomed Mahida | South African History Online". www.sahistory.org.za. Dicapai pada 2025-04-28.
- ^ Odendaal, Andre (2010). "Cricket and representations of beauty: Newlands Cricket Ground and the roots of apartheid in South African cricket" (PDF). line feed character in
|title=
at position 40 (bantuan); Cite journal requires|journal=
(bantuan)