Abdülmecid I عبد المجيد اول | |
---|---|
Khalifah Islam Amir al-Mu'minin Sultan Empayar Uthmaniyyh Penjaga Dua Masjid Suci | |
Khalifah ke-23 dari Khilafah Uthmaniyyah Sultan Uthmaniyyah ke-31 (Maharaja) | |
Pemerintahan | 2 Julai, 1839 – 2 Jun, 1861 |
Pendahulu | Mahmud II |
Penganti | Abdülaziz |
Keputeraan | 25 April 1823[1][2] |
Kemangkatan | 25 Jun 1861 | (umur 38)
Permaisuri | Perestu Sultan Şevkefza Sultan Tirimüjgan Kadın Gülcemal Kadın Gülüstü Kadın Servetsezâ Kadın Düzdidil Kadın Verdicenan Kadın Nükhetsezâ Hanım Nesrin Hanım Mehtab Kadın Ceylanyar Hanım Nergizu Hanım Navekivisal Hanım Bezmican Hanım Nalanıdil Hanım Şayeste Hanım Serfiraz Hanım |
Dinasti | Osmanli (Uthmaniyyah) |
Ayahanda | Sultan Mahmud II |
Bonda | Bezmiâlem Sultan |
Agama | Sunni Islam |
Tughra |
Abd-ul-Majid I (bahasa Arab: عبد المجيد الأول) (ejaan lain 'Abd ül-Mecid, Abdülmecit dan Abd-ul-Mejid) (23 April 1823 — 25 Jun 1861) merupakan sultan Empayar Uthmaniyyah dan menggantikan ayahanda beliau Mahmud II pada 2 Julai 1839. Masa pemerintahannya melihat kebangkitan nasionalisme di negara itu dan menempa persekutuan dengan kekuatan utama Eropah.
Abd-ul-Majid I, adalah ayahanda kepada 4 orang sultan (Murad V, Abdülhamid II, Mehmet V Reşat dan Mehmet VI Vahdeddin (sultan ke-2 sebelum pembubaran Turki Uthmaniyah). Ia menitahkan pemugaran terhadap Hagia Sophia, yang diawasi oleh arkitek Switzerland Gaspar Fossati.
Kehidupan awal
Abdülmecid telah dilahirkan di Istana Beşiktaş Sahil atau di Istana Topkapı, kedua-duanya terletak di Istanabul.[3] Ibu beliau merupakan isteri pertama yang dikahwini pada tahun 1839, Valide Sultan Bezmiâlem, asalnya bernama Suzi (1807–1852), sama ada seorang yang berketurunan Circassian[4] atau Georgia.[5][6][7]
Abdülmecid menerima pendidikan Eropah dan bertutur dengan fasih dalam bahasa Perancis, yang mana merupakan sultan pertama yang mampu menguasai bahasa ini.[1] Sepertimana Abdülaziz yang telah mengantikan beliau, beliau berminat dalam kesusasteraan dan muzik klasik. Seperti bapa beliau Mahmud II, beliau mengetuai pembaharuan dan bernasib baik mendapat sokongan daripada para wizurai yang progresif seperti Mustafa Reşit Pasha, Mehmet Emin Ali Paşa dan Fuat Pasha. Sepanjang masa pemerintahan, beliau bergelut menentang para konservatif yang menentang pembaharuan beliau. Abdülmecid juga merupakan sultan pertama yang mendengar secara terus komplen daripada rakyat pada hari-hari penerimaan khas, yang mana biasanya dilakukan pada hari Jumaat tanpa melalui orang tengah. Abdülmecid menjelajah ke seluruh wilayah empayar untuk melihat sendiri reformasi Tanzimat dilaksanakan. Beliau menjelajah ke İzmit, Mudanya, Bursa, Gallipoli, Çanakkale, Lemnos, Lesbos dan Chios pada tahun 1844 dan ke wilayah Balkan pada tahun 1846.
Rujukan
- ^ a b Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). "Abdulmecid I". Encyclopedia Britannica. 1 (ed. 15th). Chicago, IL: Encyclopedia Britannica Inc. m/s. 22. ISBN 978-1-59339-837-8.
- ^ There are sources that state his birth date as the 23rd of April
- ^ Britannica, Istanbul:When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.
- ^ "Putnam's Monthly Magazine of American Literature, Science and Art Volume 0005 Issue 30 (June 1855)".
- ^ "Gürcistan Dostluk Derneği". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-02. Dicapai pada 2016-08-31.
- ^ "Bezmiâlem Valide Sultan, Bezmiâlem Vakıf Üniversitesi Tıp Fakültesi Hastanesi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-06. Dicapai pada 2016-08-31.
- ^ The Private World of Ottoman Women by Godfrey Goodwin, 2007, p.157
Pautan luar
Kategori berkenaan Abd-ul-Mejid I di Wikimedia Commons
Karya ditulis oleh atau mengenai Abd-ul-Mejid I di Wikisource
- Collier's New Encyclopedia. 1921. .
Abd-ul-Mejid I Tarikh keputeraan: 23 April 1823 Tarikh kemangkatan: 25 Jun 1861
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mahmud II |
Sultan Empayar Uthmaniyyah 2 Julai 1839 – 25 Jun 1861 |
Diikuti oleh: Abdülâziz |
Gelaran Sunnah Islam | ||
Didahului oleh Mahmud II |
Khalifah Islam 2 Julai 1839 – 25 Jun 1861 |
Diikuti oleh: Abdülâziz |