Mehmed IV محمد رابع | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Empayar Uthmaniyyah Kayser-i Rûm Penjaga Dua Masjid Suci Khalifah Islam | |||||
Sultan Uthmaniyyah ke-19 | |||||
Pemerintahan | 8 Ogos 1648 – 8 November 1687 | ||||
Didahului oleh | Ibrahim | ||||
Diikuti oleh | Suleiman II | ||||
Pemangku | Lihat juga
| ||||
Keputeraan | Istana Topkapı, Constantinople, Empayar Uthmaniyyah | 2 Januari 1642||||
Kemangkatan | 6 Januari 1693 Edirne, Empayar Uthmaniyyah | (umur 51)||||
Pemakaman | Masjid Baru, Istanbul | ||||
Pasangan | Gülnuş Sultan (isteri sah) Siyavuş Sultan Afife Sultan Rabia Sultan Kaniya Sultan Gülbeyaz Hatun Rukiye Hatun Cihanşah Hatun Dürriye Hatun Nevruz Hatun | ||||
Anakanda | lihat di bawah | ||||
| |||||
Dynasti | Uthmaniyyah | ||||
Ayahanda | Ibrahim | ||||
Bonda | Turhan Hatice | ||||
Agama | Sunni Islam | ||||
Tughra |
Mehmed IV atau Muhammad IV (Turki Uthmaniyyah/Jawi: محمد الرابع Meḥmed-i rābiʿ; Turki moden: IV. Mehmet; 2 Januari 1642 – 6 Januari 1693) ialah sultan bagi Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1648 sehingga 1687. Baginda ialah anakanda lelaki kepada sultan İbrahim I dan permaisuri Turhan Hatice. Baginda menaiki takhta pada usia enam tahun selepas ayahandanya digulingkan dalam rampasan kuasa. Sultan Mehmed juga menjadi sultan kedua paling lama memerintah dalam sejarah Uthmaniyah.[1]
Di bawah pemerintahan baginda, Empayar Uthmaniyah telah mencapai kemuncak perkembangan wilayahnya di Eropah. Sejak usia yang muda lagi, baginda mempunyai minat yang mendalam terhadap kegiatan pemburuan sehingga dikenali sebagai avcı (Pemburu).[1] Pada 1687, sultan Mehmed digulingkan oleh pihak tentera kerana kekecewaan terhadap perang Liga Kudus yang berterusan. Baginda kemudiannya bersara di Edirne, menetap di situ sehingga mangkat pada 1693.[1]
Rujukan
Pautan luar
- Kategori berkenaan Mehmed IV di Wikimedia Commons
Didahului oleh Ibrahim I |
Sultan Uthmaniyyah 1648-1687 |
Diikuti oleh: Süleyman II |