Nuraisha | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Kreatis Medialoka Sdn Bhd |
Pengarah | Raja Ahmad Alaudin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Secebis Harapan" oleh Nora Ariffin |
Lagu penutup | "Secebis Harapan" oleh Nora Ariffin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Ahmad Puad Onah |
Tempoh siaran | 24–25 minit |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 19 Julai 2006 – 14 September 2006 |
Kronologi | |
Mengikuti | Marikas |
Diikuti oleh | Seputeh Qaseh Ramadan |
Nuraisha ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2006 arahan Raja Ahmad Alaudin dibintangi oleh Aqasha dan Rita Rudaini. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 19 Julai 2006 hingga 14 September 2006 menggantikan Marikas.
Sinopsis
Nuraisha (Rita Rudaini), seorang gadis yatim piatu yang hidup sederhana, tidak pernah menyangka takdir akan membawanya menjadi isteri kepada Datuk Amirul (Ridzuan Hashim) seorang playboy yang mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya Amelia (Julia Ziegler). Dia juga merupakan ayah kepada sahabat baiknya sendiri, Linda (Intan Azura), dan kekasih lamanya, Zaki (Aqasha).
Namun perkahwinan yang tidak disangka itu bukan sahaja menggoncang kehidupannya, malah menimbulkan kebencian mendalam daripada Linda, Zaki dan Datin Ruby (Azizah Mahzan), bekas isteri Datuk Amirul.
Ketenangan yang diharapkan tidak kunjung tiba apabila muncul Mawar (Abby Abadi) anak kandung Datuk Amirul daripada isteri pertamanya yang kembali untuk menuntut hak dan membalas dendam, setelah diabaikan oleh ayahnya dan diseksa oleh Datin Ruby sewaktu kecil.
Pertemuan antara Nuraisha dan Mawar menyingkap rahsia gelap keluarga Datuk Amirul, mengheret mereka semua ke dalam permainan dendam, penyesalan dan perebutan kasih yang tiada kesudahan. Dalam pertarungan antara kebenaran dan kebencian, mampukah Nuraisha mencari kebahagiaan yang hakiki, atau akan hanyut dalam badai dosa masa silam orang lain?
Pelakon
Pelakon utama
- Aqasha sebagai Zaki
- Rita Rudaini sebagai Nuraisha
Memperkenalkan
- Julia Ziegler sebagai Amelia
Pelakon pembantu
- Intan Azura sebagai Linda
- Ridzuan Hashim sebagai Datuk Amirul
- Azizah Mahzan sebagai Datin Ruby
- Abby Abadi sebagai Mawar
- Esma Daniel sebagai Badrul
- Zizan Nin sebagai Reza