Anak-Anak Mafia ialah sebuah drama televisyen web Malaysia 2025 terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Ia dibintangi oleh Mierul Aiman, Fitri Farok, Scha Elinnea, Fariz Isqandar dan Zhen Ningg. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 12 Jun hingga 14 Julai 2025.
| Anak-Anak Mafia | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Pengarah kreatif | Marr Mohamad |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan | "Arus & Arah" — Firdaus Rahmat |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 10 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Muhammad Norazhar Baharuddin |
| Penerbit | Haji Md Fadzil Teh P.J.K |
Syarikat penerbitan | Zeel Production Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Tonton |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 12 Jun 2025 – 14 Julai 2025 |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Andra (Mierul Aiman) yang menyusup masuk ke dalam sebuah kumpulan mafia bernama Serigala Merah untuk membalas dendam atas kematian ibu bapanya. Di sana, dia terlibat dalam hubungan rumit dan terperangkap dalam permainan emosi serta pengkhianatan.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Mierul Aiman sebagai Andra
- Fitri Farok sebagai Ice Wijaya
- Scha Elinnea sebagai Katrina Rafael
- Fariz Isqandar sebagai Black
- Zhen Ningg sebagai Rudy
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Fadhli Masoot sebagai Jefri
- Abby Abadi sebagai Inspektor Azura
- Yaakob Abd Aziz sebagai Arie Wijaya
- Sefik Khair sebagai Inspektor Firdaus
- Zairi Aziz sebagai Ghazi
- Zarul Husin sebagai Rasheed
- Nico Lai sebagai Jacky








