Milenium: | milenium ke-3 |
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: | |
Kategori: |
Dekad 2000-an merupakan tahun-tahun dari 2000 hingga 2009, iaitu antara 24 Ramadan 1420 hingga 14 Muharam 1431. Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan dekad ini sebagai "Dekad Antarabangsa bagi Kebudayaan Keamanan dan Ketidakganasan untuk Kanak-kanak Sedunia".
Setakat ini, dekad 2000-an telah ditandakan dengan persoalan-persoalan sosial yang diwarisi oleh dunia dari dekad 1990-an dan penamatan Perang Sejuk. Isu-isu itu merangkumi:
- peningkatan terorisme;
- perkembangan komunikasi dan telekomunikasi yang pesat melalui telefon bimbit dan internet;
- perkembangan kebudayaan pop antarabangsa;
- perkembangan globalisasi secara besar-besaran yang tidak pernah berlaku dahulu.
Dari segi politik, hampir-hampir seluruh dekad 2000-an didominasikan oleh perjuangan bagi menentang tindakan terorisme yang telah menyebabkan:
- serangan Pusat Dagangan Dunia;
- Pengepungan Teater Moscow;
- pengeboman-pengeboman kereta api Madrid;
- pengeboman-pengemboman London 2005;
- pengeboman-pengeboman New Delhi Oktober 2005; dan
- krisis tebusan sekolah Beslan.
Perjuangan terhadap terorisme termuncul dalam berita hampir setiap hari, terutamanya di Amerika Utara dan Eropah. Kontroversi terhadap perjuangan tersebut, akibat-akibatnya serta justifikasi ataupun ketiadaannya, telah menyebabkan sebuah dunia yang berbelah bagi dari segi politik dan sosial.
Dekad 2000-an juga menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang amat mengagumkan di salah dua daripada negara-negara yang paling ramai penduduk di dunia, yakni India dan China, serta kesannya pertumbuhan ini kepada Dunia Barat.