Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora dan perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:
- Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)
- Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.)
- Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)
- Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)
Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.
Perdebatan dan makna
Tabung Kewangan Antarabangsa menakrifkan globalisasi sebagai “ pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas ”. Pada masa yang sama, Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi mendefinasikan ia sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi perdagangan koperat dan institisi supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara". [1] Walaupun ahli teori yang kritikal seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh difahami secara berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia [2] definasi-definasi berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai peranan dan perhubungan pemerintah, koperasi dan individu dalam memaksimakan kebajikan sosial dalam paradigma globalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi mempunyai aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana aspek-aspek ini adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan dan keburukan yang menimpa disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang kuat.
Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan, pelaburan dan migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan berlangsung melalui pelaburan langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain. Migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang perkerjaan dimana ada kekurang tenaga buruh.
Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan industri asal suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik pelaburan asing pula berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan negara-negara kehilangan kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar ekonomi yang bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka. Tambahan pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam satu negara mungkin mendapat terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja daripada negara lain dan penhijrahan beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada suatu negara. Pengkritik globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza antara negara yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan.
Aspek politik globalisasi ternyata apabila kerajaan-kerajaan menggubal peraturan-peraturan global dan institusi untuk meregulasi isu seperti perdagangan, hak asasi manusia, dan alam sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk menangani masalah ini adalah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), mata wang antara negara Eropah Euro, Persetujuan Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dan sebagainya. Sama ada suatu kerajaan negara mahu secara sukarela membuka dirinya kepada perhubungan antara-sempadan adalah persoalan tengah aspek ini.
Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Amnesti Antarabangsa dan Greenpeace juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah daripada organisasi ini menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu isu kerana mereka bimbang bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat kebolehan satu negara bangsa untuk melindungi rakyat mereka daripada eksploitasi ekonomi atau menyokong kerajaan yang melanggar hak asasi manusia rakyat mereka.
Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea dan gaya fasyen berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media dengan kepantasan umpama kilat menyambar. Jenama global seperti Coca-Cola, Nike dan Sony dirujuk secara sama pengguna seluruh dunia. Satu individu di China boleh minum minuman bergas yang sama dengan seseorang lagi di Argentina--di penghujung bertentangan glob. Walau bagaimanapun, perhubungan ini juga boleh mengakibatkan kerenggangan: sebagai contoh fikiran Barat tentang kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran agama Islam tentang apa yang melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu bentuk imperialisme budaya untuk menjaga kepentingan ekonomi.
Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan teknologi, secara khususnya dalam bidang pengangkutan dan komunikasi, yang secara langsung membentuk perkampungan global. Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar mengelilingi dunia. Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam masa satu hari, menghantar emel kemana sahaja dalam beberapa saat sahaja, atau menjadi satu daripada 1.5 juta penonton perlawanan akhir Piala Dunia. Kos pengangkutan kini menurun disebabkan kemajuan teknologi yang memungkinkan pembukaan pasaran asing kepada perdagangan. Tuna yang ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya mungkin dihidangkan dalam satu restoran sushi di Jepun pada hari keesokannya. Secara mudah, globalisasi mengembangkan segalanya.
Sejarah
Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara tentunya kumpulan berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah "globalisasi". Dalam penggunaan am dalam bidang ekonomi dan politik ekonomi, ia adalah satu sejarah perkembangan perdagangan antara negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang membenarkan firma dalam negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan dengan geseran minima.
Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik yang berdasarkan pergerakan barangan dan perkhidmatan tampa sekatan antara bidang ekonomi berasingan. Ini menyebabkan pengkhususan negara-negara dalam eksport, dan tekannan untuk memansuhkan tarif perlindungan dan halangan lain kepada perdagangan. Waktu standard emas dan liberalisasi abad ke-19 selalunya dirujuk sebagai "Era Pertama Globalisasi". Berdasarkan Pax Britannica dan pertukaran antara barangan dan mata wang yang digantung. era ini berkembang pada masa yang sama dengan pengindustrian. Asas kepada teori ini terdapat dalam hasil kerja David Ricardo tentang kelebihan Bandingan dan Hukum Say mengenai ekuilibrium Am. Pada dasarnya, ia didebatkan bahawa negara akan berdagang secara berkesan, dan apa-apa gangguan sementara dalam permintaan dan penghasilan akan perbetulan dirinya. Institusi standard emas menjadi dalam langkah di negara-negara berindustri maju bermula pada pertengahan tahun 1850 dan 1880, walaupun masa bermulaan tepatnya sering dipertikai.
"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang Dunia Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an dan permulaan dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu itu berkembang pesat, termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan pelbagai benihnya di benua Amerika dan Oceania. Ketidaksamaan antara negara-negara ini jatuh dengan pergerakan barangan, modal dan buruh secara bebas antara negara.
Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjian GATT (Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk memansuhkan halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay memhasilkan satu triti untuk mencipta Organisasi Perdangangan Antarabangsa atau WTO, untuk menjadi anggota tengah penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian perdagangan bebas antara negara yang lain, termasuk beberapa bahagian Triti Maastricht Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara juga ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan tarif, cukai dan lain-lain halangan kepada perdagangan bebas.
Sifat dan kewujudan globalisasi
Terdapat banyak perbincangan akademik tentang fenomena globalisasi sebagai sesuatu yang benar atau hanya khayalan. Walaupun penggunaan istilah ini meluas, ramai pengarang berhujah bahawa ciri-ciri yang diatribusi kepada globalisasi telah dilihat dalam detik lain bersejarah. Juga, ramai menotakan bahawa ciri-ciri berkenaan, seperti kenaikan perdagangan antarabangsa dan peranan lebih penting badan koperat antarabangsa tidak begitu mendalam sebagaimana disangka.
Sesetengah pengarang lebih menyukai istilah keantarabangsaan daripada globalisasi. Dalam keantarabangsaan, peranan yang dimainkan negara-negara lebih besar, dimana globalisasi dalam bentuknya yang paling sempurna menghampuskan keperluan negara bangsa. Maka, mereka berhujah bahawa sempadan negara-negara, dalam maksud meluas, jauh daripada dimansuhkan, dan proses globalisasi tidak berlaku, dan berkemungkinan tidak akan berlaku (lihat Linda Weiss) terutama apabila mengira bahawa dalam sejarah dunia, keantarabangsaan tidak pernah menjadi globalisasi (Kesatuan Eropah dan NAFTA pun masih belum membuktikan kes mereka).
Walau bagaimanapun, dunia semakin berkongsikan masalah dan cabaran yang tidak mengikut sempadan negara-bangsa, paling ketaranya adalah pencemaran alam sekitar semulajadi dan gerakan yang dahulunya anti-globalisasi telah menukar menjadi gerakan untuk gerakan untuk globalisasi dari bawah, yang mencar cara melalui eksperimentasi, bentuk organisasi sosial yang merentasi negara-bangsa dan demokrasi perwakilan. Dimana hujah asal yang globalisasi sedang berlangsung boleh dinafikan dengan argumentasi keantarabangsaan, seperti diatas, kemunculan suatu gerakan antarabangsa tidak boleh dipertikai dan kita boleh berbincang tentang satu proses benar kearah satu masyarakat global pelbagai masyarakat. Pengarang lainnya pula mengemukakan hujah bahawa kita kini berada dalam alam transisi ke satu fasa ketamadunan; bentuk dan ciri-ciri masyarakat global dipertikaikan dan akan ditentukan dengan pilihan-pilihan yang kita akan buat dalam dekad-dekad masa hadapan. Sebagai contoh, Kumpulan Senario Global[3] telah menggariskan wawasan alternatif masa depan dunia, dengan "kuasa pasaran" atau globalisasi ekonomi hanya merupakan satu pilihan, diperbandingkan dengan "reformasi dasar", "dunia kubu", "kegagalan", "eko-komunalisme", dan "paradigma pertahanan baru".
Sesetengah tetap dengan pendirian bahawa globalisasi adalah geografi khayalan; iaitu, satu alat politik neo-liberalis, yang cuba menggunakan sesetengah imej dan wancana politik dunia untuk menjustifikasi agenda politik mereka. Pengarang buku-buku seperti No Logo (Tiada Logo) mendakwa bahawa dengan mengemukakan satu gambaran dunia yang telah diglobalisasikan, institusi-institusi Bretton Woods boleh menuntut negara-negara membuka ekonomi mereka kepada liberalisasi dibawah Program Penyesuaian Struktur yang menggalakkan kerajaan-kerajaan membayai program-program penswastaan sebagai lebih utama daripada kebajikan sosial dan perkhidmatan awam. [4].
Ciri-ciri
Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan.
- Anjakan dari segi ekonomi
- Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia
- Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung asing
- Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC melalui perjanjian
- Pembangunan sistem kewangan global
- Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting
- Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh perbadanan multinasional
- Anjakan dari segi budaya
- Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,
- Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.
- Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah
- Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat
- Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan)
- Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan pelbagai lagi yang lain.
- Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.
- pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.
- Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-undang hak cipta dan paten
- Pembentukan nilai-nilai universal
- Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).
- Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat perjuangan mereka sendiri [5][6].
Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:
- Promosi perdagangan bebas,
- Barangan:
- Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai
- Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan pengkontenaan untuk perjalanan laut.
- Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal
- Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk perniagaan-perniagaan tempatan
- Barangan:
- Lindungan harta hak cipta
- Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan perlindungan lebih ketat
- Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat
≠
Pendapat pro-globalisasi (globalisme)
Para penyokong globalisasi demokratik boleh dilabelkan sebagai pro-globalis. Mereka menimbang bahawa fasa pertama globalisasi, yang berteraskan ekonomi pasaran bebas, seharusnya dilengkapkan dengan fasa pembinaan institusi-institusi politik global yang mewaliki kehendak rakyat dunia. Perbezaan dengan globalis lain adalah mereka tidak menakrifkan secara awal apa-apa ideologi untuk mendasarkan kehendak ini, yang seharusnya dibiarkan kepada rakyat berkenaan untuk memilih melalui suatu proses demokratik.
Para penyokong perdagangan bebas menotakan bahawa teori-teori ekonomi kelebihan bandingan mencadangkan bahawa perdagangan bebas mewujudkan penagihan sumber-sumber yang lebih berkesan, dengan semua negara bersama meraih manafaat daripadanya. Secara am, ini juga mewujudkan harga yang lebih rendah, penangguran yang lebih kurang, dan hasilan siap yang lebih banyak.
Ahli liberal dan penyokong lain laissez-faire berkata bahawa kenaikan paras kebebasan politik dan ekonomi dalam bentuk demokrasi dan kapitalisme dalam dunia maju kedua-duanya merupakan matlamat dalam dirinya dan juga mewujudkan kekayaan material yang lebih tinggi. Mereka melihat globalisai sebagai perebakan bermanafaat kebebasan dan kapitalisme.
Pengkritik golongan anti-globalisasi berkata bahawa mereka hanya menggunakan bukti anekdot untuk menyokong pandangan mereka dan statistik dunia sebaliknya menyokong kuat globalisasi:
- peratus kemiskinan mereka yang tinggal di negara membangun (iaitu yang tinggal dengan hanya berbelanjakan AS$ 1 setiap hari, diubah untuk mengira inflasi dan kuasa membeli) telah dapat dikurangkan separuh jumlahnya dalam hanya masa dua puluh tahun[7], walaupun sesetengah kritik berpendapat bahawa faktor variasi yang lebih telus harus dikira bersama[8].
- Jangka hayat rakyat negara membangun telah digandaduakan semenjak Perang Dunia Kedua dan mula merapatkan jurang antara negara maju dimana pembaikan tidak begitu menonjol. Mortaliti kanak-kanak telah turun di semua kawasan dunia.[9] Ketidaksamaan pendapatan beransur musnah.[10]
- Demokrasi telah merebak dengan jayanya dengan hampir tiada negara tanpa hak mengundi sejagat pada tahun 1900 ke 62.5% semua negara seratus tahun kemudian pada tahun 2000.[11]
- Kadar populasi dunia yang tinggal di negara dimana per-kapita bekalan makanannya kurang daripada 2,200 kalori (9,200 kilojoule) setiap hari turun daripada 56% pada pertengahan dekad 1960an ke kurang daripada 10% menjelang dekad 1990an.
- Antara tahun 1950 dan 1999, literasi global naik dari 52% kepada 81% dengan wanita sebagai golongan yang meraih manafaat paling banyak. Literasi golongan wanita sebagai berbanding literasi golongan lelaki meningkat dari 59% pada tahun 1970 ke 80% pada tahun 2000.
- Peratus kanak-kanak dalam pemburuhan menuruh dari 24% pada tahun 1960 ke 10% pada tahun 2000.
- Terdapat anjakan serupa untuk kuasa tenaga, kereta, radio dan telefon per kapita, dan juga kadar penduduk yang mempunyai akses kepada air bersih.[12]
Namun, sesetengah daripada pembaikan ini mungkin tidak berlaku disebabkan globalisasi, atau mungkin tampa globalisasi sebagaimana berlaku kini atau kesan negatifnya yang dibantah gerakan keadilan dunia.
Sesetengah pro-kapitalis juga kritikal terhadap Bank Dunia dan IMF, dengan mengemukakan hujah bahawa mereka merupakan bureau kerasuahan yang dikawal dan dibayai negara dan bukan badan koperat. Banyak pinjaman telah diberikan kepada diktator yang tidak menjalankan apa-apa reformasi sebagaimana dikatakan, dan sebaliknya menambah kepada hutang negara mereka yang terpaksa dibayar oleh rakyatnya. Mereka secara keseluruhannya melihat terlalu sedikt kapitalisme berlaku, dan bukan terlalu banyak. Mereka juga menotakan bahawa sesetengah tentangan pada globalisasi datang daripada mereka yang bertentangan matlamat, seperti kesatuan sekerja dunia Barat. Walau bagaimana pun, secara lazimnya protes terhadap Bank Dunia dan IMF dikaitkan dengan mereka yang anti-kapitalis kerana mereka membuat andaian bahawa kedua-dua organisasi ini terlalu bermotifkan keuntungan.
Yang lainnya, seperti Senator Douglas Roche Orde Kanada hanya melihat globalisasi sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan menyokong pembentukan institusi seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipilih secara langsung untuk memantau bandan antarabangsa yang tidak dipilih secara langsung.
Pendapat anti-globalisasi
Pengkritik aspek ekonomi globaliasi berhujah bahawa globalisasi bukanlah, seperti penyokongnya dakwa, suatu proses yang mengalir secara semulajadi dan tidak dapat disekat oleh sebab sebab ekonomi semua orang. Pengkritik secara lazimnya menekankan bahawa globalisasi adalah suatu proses yang dimeditasi oleh kepentingan mustahak para elit, dan secara lazimnya pendekatan alternatif dasar-dasar dan institusi-institusi berlainan wujud, yang boleh mengendalikan tuntutan bermoral kelas pekerja dan miskin di seluruh dunia, disamping juga kebimbangan alam sekitar dalam cara yang lebih saksama.Dalam istilah migrasi global yang berkontroversi pula, pertikaian berpusingkan kedua-dua penyebab, iaitu sama ada jika dan setakat apa ia adalah sukarela atau tidak sukarela, perlu atau tidak perlu; dan juga kesannya, sama ada ia bermanfaat atau tidak, dan sebagainya. Penyokong beranggapan bahawa migrasi hanyalah satu proses dimana pekerja kolar putih dan biru boleh pergi dari satu negara ke satu negara lain untuk menawarkan perkhidmatan mereka, manakala pengkritik lazimnya menekankan kesan-kesan negatif seperti pencabulan sekuriti ekonomi, politik dan alam sekitar, dan memetik satu kesan yang dinota, iaitu pertalian antara migrasi dan perkembangan kawasan sesak bandar. Mengikut "Cabaran Kawasan Sesak Bandar" (The Challenge of Slums), satu laporan habitat PBB pada tahun 2003, "ciri-ciri kitaran kapitalisme, dengan penambahan permintaan bagi buruh mahir berlawanan buruh tidak mahir, dan kesan-kesan negatif bagi globalisasi – khususnya, dentuman dan letupan global yang menggalakan pertumbuhan ekonomi yang tidak sama serta pengagihan kekayaan baru yang tidak rata – menyumbang kepada pertumbuhan yang besar kawasan sesak".Program Penyediaan Tempat Tinggal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]</ref>
Pelbagai aspek globalisasi dilihat sebagai berbahaya kepada aktivis kepentingan umum dan pundukung negara nasionalis kuat. Pergerakan ini tidak mempunyai nama. "Anti-globalisasi" adalah istilah yang paling disukai media dan boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan, kerana lazimnya para aktivis menentang aspek atau bentuk khusus globalisasi, tapi bukan globalisasi per se. Para aktivis sendirinya, sebagai contoh, Noam Chomsky, telah berkata bahawa nama ini tidak membawa makna kerana tujuan pergerakan ini adalah untuk menglobalisasikan keadilan. Memang, Gerakan Keadilan Antarabangsa adalah satu nama yang sering diperkatakan. Ramai aktivis juga bersatu dibawah slogan "dunia lain adalah mungkin", yang memberi kepada peningkatan nama seperti altermondialisme (secara tafsiran dunia-lain-adalah-mungkin-isme) dalam bahasa Perancis.
Terdapat pelbagai jenis variasi "anti-globalisasi". Pada amnya, pengkritik mendakwa bahawa hasil globalisasi tidak seperti yang dijanji apabila cubaan untuk meningkatkan perdagangan bebas bermula, dan bahawa ramai institusi terlibat dalam globalisasi tidak mengambil kira kepentingan negara miskin, kelas pekerja dan alam sekitar dalam agenda mereka.
Argumentasi ekonomi oleh ahli teori perdagangan bebas mendakwa bahawa perdagangan bebas tidak berhad akan membawa manafaat kepada yang mempunyai lebih banyak keumpilan kewangan (iaitu yang kaya) dengan diperbelanjaan yang miskin.
Ramai aktivis "anti-globalisasi" melihat globalisasi sebagai promosi agenda koperat yang mahu tetap menyekat kebebasan invididu dalam nama keuntungan. Mereka juga mendakwa bahawa autonomi dan kuasa entiti koperat yang semakin besar juga semakin membentuk polisi politik negara-negara bangsa.
Sesetengah kumpulan "anti-globalisasi" mengemukakan argumentasi bahawa globalisasi ada secara sifatnya imperialistik dan adalah satu dalang disebalik perang Iraq dan memaksa wang simpanan supaya memasuki Amerika Syarikat dan bukannya negara membangun; dan ia dipercayai oleh sesetengah pemerhati bahawa Amerika Syarikatlah antara negara-negara sedikit (jika tidak satu-satunya) negara yang betul-betul meraih manfaat daripada globalisasi.
Sesetengah lagi pula berhujah bahawa globalisasi mengenakan ekonomi berdasarkan kredit dan seterusnya menghasilkan peningkatan hutang kerajaan yang tidak stabil dan krisis hutang.
Krisis kewangan di negara-negara Asia Tenggara yang bermula dalam ekonomi berhutang Negara Thai dan terus menular ke Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan dan seterusnya dirasai diseluruh dunia, mendemonstrasikan risiko-risiko baru dan volatiliti dalam pasaran global yang kerap bertukar. Pakej-pakej 'pertolongan' IMF yang mengenakan syarat-syarat politik (seperti pengenaan sekatan terhadap perbelanjaan kerajaan) dilihat sebagai pengkritik sebagai cubaan mencabuli kedaulatan negara dalam bentuk neo-penjajahan. Aktivis anti-globalisasi menunjuk kepada peleburan-peleburan ini sebagai bukti kos tinggi kemanusiaan oleh ekonomi global yang tidak bertimbang rasa.
Penambahan undang-undang dan tekanan terhadap keamanan dengan pengurangan campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk melindungi kekayaan dan perniagaan.
Bantahan utama terhadap globalisasi tampa had (kapitalisme laissez-faire neoliberal) dikawal oleh kerajaan-kerajaan dan apa yang didakwa sebagai quasi-kerajaan seperti Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, dan seterusnya tidak dipertanggungjawabkan kepada penduduk yang mereka perintah dan sebaliknya lebih mewakili kepentingan badan koperat. Ramai persidangan antara menteri perdagangan dan kewangan di negara-negara pusat globalisasi sekali-sekala dikejutkan dengan protes-protes ganas pembangkang "globalisme koperat".
Sesetengah aktivis "anti-globalisasi" membantah kepada hakikat bahawa "globalisasi" kini mengglobalisasikan wang dan badan koperat, tetapi tidak orang dan kesatuan pekerja. Ini boleh dilihat dalam kawalan imigrasi yang ketat dalam hampir semua negara, dan kekurangan hak buruh dalam banyak negara dunia membangun.
Satu lagi kumpulan yang lebih konservatif adalah para nasionalis pendukung kuat negara dan menentang globalisasi sebagai memusnahkan peranan negara dalam politik global dan menunjuk kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai mengambil semakin banyak kuasa negara-negara individu. Para penyokong waran ini adalah Pat Buchanan dan Jean-Marie Le Pen.
Gerakan ini amat meluas merangkumi kumpulan gereja, puak-puak pembebasan kebangsaan, parti politik sayap kiri, aktivis lindungan alam sekitar, kesatuan petani, kumpulan anti-perkauman, ahli anarki, mereka yang menyokong pertempatan semula dan lain-lain. Kebanyakannya adalah bersifat reformasi (mahukan kapitalisme yang lebih berkemanusiaan) manakala lainnya bersifat revolusi (mahukan satu sistem yang lebih berkemanusiaan daripada kapitalisme). Ramai telah mengeluh kekurangan kesatuan dan arah dalam gerakan ini, tetapi sesetengah seperti Noam Chomsky mendakwa bahawa kekurangan ini mungkin merupakan satu kekuatan.
Bantahan-bantahan oleh gerakan keadilan global telah memaksa perjumpaan antarabangsa dari bandar-bandar besar kepada tempat terpencil dimana tunjuk perasaan besar-besaran tidak dapat diadakan secara praktikal.
Block quote
Penggunaan lain
"Globalisasi" boleh bermaksud:
- Globalisme, jika hanya aspek ekonominya yang digariskan, boleh dikatakan bertentang dengan nasionalisme ekonomi dan keperlindungan. Ia berkait kapitalisme dan neoliberalisme.
- Ia berkongsi beberapa ciri-ciri dangan keantarabangsaan dan sering digunakan sebagai kata ganti dengannya, walaupun sesetengah lebih suka menggunakan globalisasi untuk menekankan hakisan negara bangsa atau sempadan kebangsaan.
- Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global. Pada hari ini, semakin banyak tempat-tempat di seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain dalam bentuk yang sebelumnya tidak dapat dibayangi. Dalam istilah geografi, proses ini dikenali sebagai perhubungan kompleks, dimana semakin ramai tempat-tempat dihubung dalam semakin banyak cara. Arjun Appadurai mengenalpasti lima jenis perhubungan global:
- Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang, pelarian, dan pejalan bisnes.
- Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik. Sebagai contoh, Green Peace telah menjadi gerakan alam persekitaran global.
- Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang yang diperhubung, pertukaran stok, dan pasaran komoditi.
- Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.
- Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh dunia. Sebagai contoh, Revolusi Hijau dalam membajakan memperkenalkan amalan pertanian barat ke dalam banyak negara membangun.
- Walaupun taksonomi Appadurai boleh dipertikai, ia boleh menjadi tunjuk sebab globalisasi sebagai sesuatu yang lebih daripada ekonomi pada skala global.
- Dalam bentuk budaya, globalisasi telah digunakan sebagai label untuk mengenalpasti cubaan untuk menghakis budaya-budaya kebangsaan di Eropah dan Asia, dan memasukkan ia kedalam satu budaya global yang ahlinya lebih mudah dipengaruhi melalui media massa dan kerajaan boneka. Dalam konteks ini, imigrasi besar-besaran telah dibenarkan di kebanyakan negara-negara Eropah, sama ada sah atau haram di sisi undang-undang.
- Pembentukan satu perkampungan global— hubungan lebih dekat antara tempat-tempat berlainan dunia, dengan peluang-peluang penukaran peribadi semakin muncul, kefahaman dan persahabatan antara "rakyat dunia" dan pembentukan satu tamadun global.
- Globalisasi ekonomi — ada empat aspek pada globalisasi globalisasi iaitu empat pergerakan merentasi sempadan, secara nama pergerakan barangan/perkhidmatan, iaitu perdagangan bebas (ataupun sekurang-kurangnya perdagangan lebih bebas), pergerakan manusia (migrasi), pergerakan modal dan akhirnya pergerakan teknologi. Satu hasil globalisasi ekonomi adalah pergiatan perhubungan antara ahli suatu industri dalam bahagian-bahagian berlainan dunia (globalisasi suatu industri), dengan pada masa yang sama diikuti penghakisan kedaulatan kebangsaan pada sphera ekonomi. IMF menakrifkan globalisasi sebagai “perkembangan pergantungan antara negara di serata dunia melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian urusniaga dalam barangan dan perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas, dan penyebaran teknologi maklumat yang lebih meluas dan kerap” (IMF, World Economic Outlook, May, 1997). Bank Dunia menakrifkan globalisasi sebagai "Kebebasan dan keupayaan para individu dan firma-firma untuk melakukan urusniaga ekonomi secara sukarela dengan penduduk negara lain".
- Dalam bidang pengurusan, globalisasi adalah satu istilah pemasaran atau strategi koperat yang merujuk kepada kemunculan pasaran-pasaran antarabangsa untuk barangan pengguna yang bercirikan serupa pada keperluan dan kehendak pengguna dan memungkinkan, sebagai contoh, menjual kereta, sabun atau makanan dengan kempen iklan yang serupa kepada orang dalam budaya berlainan. Penggunaan ini dipertentangkan dengan keantarabangsaan yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti syarikat multinasional yang berdagang merentasi sempadan dalam instrumen kewangan, komoditi, atau produk yang diperkhaskan kepada pasaran tempatan. Globalisasi juga bermaksud aktiviti pengurusan antara sempadan atau proses-proses pembangunan untuk diadaptasikan kepada kemunculan suatu pasaran global atau untuk mencari dan merealisasikan manafaat dari ekonomi skala atau skop atau dari pemelajaran merentasi sempadan antara organisasi-organsasi yang lain negara asalnya.
- Dalam bidang perisian, globalisasi adalah satu istilah teknikal yang menggabungkan proses-proses pembangunan keantarabangsaan dan menjadikan perisian tempatan.
- Ramai, sebagai contoh para perserta dalam Forum Social Dunia, menggunakan istilah "globalisasi koperat" atau "penkoperatan global" untuk menggariskan impak badan koperat multinasional dan penggunaan cara undang-undang dan kewangan untuk mengenepikan undang-undang dan standard piawai tempatan untuk meleverajkan buruh dan perkhidmatan kawasan-kawasan pembangunan tidak sekata berlawanan sesama mereka.
- Penyebaran kapitalisme daripada negara maju ke negara membangun.
- "Konsep globalisasi merujuk kepada pemadatan dunia dan penyungguhan kesedaran dunia secara keseluruhan" - Benedikt Kiesenhofer
Sukatan globalisasi
Setakat mana satu negara-bangsa atau budaya telah diglobalisasikan dalam tempoh satu tahun sehingga baru-baru ini disukat dengan menggunakan proksi-proksi mudah seperti pergerakan perdagangan, migrasi, atau pelaburang asing secara langsung. Satu lagi pendekatan yang lebih sophisticated untuk menyukat globalisasi adalah indeks yang diperkenalkan badan pemikir Swiss KOF baru-baru ini. Indeks menyukat tiga dimensi utama globalisasi: ekonomi, sosial dan politik. Sebagai tambahan kepada tiga indeks-indeks menyukat ketiga-tiga dimensi ini, satu indeks menyeluruh globalisasi dan sub-indeks merujuk kepada pergerakan ekonomi yang tulen, halangan ekonomi, data tentang perhubungan peribadi, data tentang pergerakan informasi, dan data mengenai jarak antara budaya dikira. Data baru terdapat setiap tahun bagi 122 negara. Mengikut indeks, negara yang paling berglobalisasi adalah Amerika Syarikat diikuti oleh Sweden, Canada dan United Kingdom, manakala negara-negara paling kurang globalisasinya adalah Togo, Chad dan Republik Afrika Tengah.[13]
Rujukan dan nota
- ^ Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi
- ^ "Immanuel Wallerstein, "Globalisasi atau Era Perubahan?"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-15. Dicapai pada 2006-05-28.
- ^ Kumpulan Senario Global
- ^ Isu Global Yang Berkait Semua
- ^ "Keith Porter, "Masa Depan Keganasan"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-18. Dicapai pada 2006-05-28.
- ^ "Asta Maskaliunaite, "Keganasan dan Globalisasi: Debat Kebelakangan Ini"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-20. Dicapai pada 2006-05-28.
- ^ PovcalNet, iResearch.worldbank.org
- ^ "Michel Chossudovsky, "Penipuan Global"". Diarkibkan daripada yang asal pada 1999-04-27. Dicapai pada 2006-05-28.
- ^ "Guy Pfefferman, "Lapan Yang Kalah dalam Globalisasi"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-01. Dicapai pada 2006-05-28.
- ^ David Brooks, "Berita Baik mengenai Kemiskinan"
- ^ "Freedom House". Diarkibkan daripada yang asal pada 2000-08-18. Dicapai pada 2006-05-28.
- ^ "ScienceDirect". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 2006-05-28.
- ^ Indeks Globalisasi KOF
Lihat juga
- Kepemasaran
- Mundialisasi
- Kebaratan
- Walmarting
- Saskia Sassen
- Empayar Global
- Ekonomi Global
- Ekonomi Dunia
- Dunia Adalah Rata
Pautan luar
- (Inggeris) Cadangan Douglas Roche untuk Reformasi Perhimpunan PBB dalam fail PDF
- (Inggeris) Indeks Globalisasi
- (Inggeris) Indeks Globaliasi Benua Amerika Selatan
- (Inggeris) Blog Global Perniagaan Kecil
- (Inggeris) Globalisationguide (Panduan Globalisasi)
- (Inggeris) Globalism/Antiglobalism Satu survey dan analisa kritikal
- (Inggeris) Ensiklopedia Falsafah Stanford
- (Inggeris) Esei Globalisasi serta Dokumen, dll. Diarkibkan 2006-04-23 di Wayback Machine Pusat Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa Universiti Iowa